Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Malaysia Tidak Akan Maju? Ketahui 5 Faktor Ini.


   Malaysia, negara kita. Tempat di mana kita dilahirkan dan tempat di mana kita akan disemadikan. Inilah Malaysia bumi yang bertuah. Negara yang aman dan makmur serta terus membangun. Hanya di negara ini percakapan rakyatnya lebih dari 3 bahasa dalam satu ayat. Di negara ini, kita makan sajian pelbagai budaya dalam satu pinggan yang sama.
     Kini sudah 2018, tidak lama lagi kita akan berada di tahun 2020. Pernahkah anda membayangkan kereta terbang pada tahun 2020? Pasti ramai pernah membayangkannya. Namun, adakah negara kita Malaysia ini benar-benar akan menjadi negara maju seperti yang kita mahukan dan yang akan disanjung oleh negara luar? InshaAllah. Tetapi, kalau tidak tercapai? Apa faktornya?

     Artikel ini bukan artikel politik. Tapi, lebih elok kita ketahui faktor yang akan menghalang negara kita untuk maju dari segi sikap kita sendiri sebagai rakyat Malaysia.

5. ‎Sikap Semasa Memandu

   Syukur kepada Ilahi, kini banyak di antara kita mampu memiliki sekurangnya sebuah kereta dalam sebuah keluarga. Namun, semasa anda memandu adakah anda berhemah? Adakah anda memasang lampu isyarat untuk ke lorong lain, untuk memotong atau untuk masuk ke simpang? Kalau pasang lampu isyarat okay la tu. Jangan kerana kecuaian anda orang lain kena tempiasnya. Jangan fikir pemandu lain tu ahli nujum boleh agak korang nak belok kanan kiri. Lorong kecemasan pun jangan la pandai-pandai nak guna. Cuba bayangkan ahli keluarga anda yang dalam kecemasan? Dan masa ada orang nak melintas jalan lebih baik berikan laluan. Bukannya terus pecut. :)

4. ‎Tidak Menepati Masa & Tidak Amanah

     Hidup sekarang semakin mencabar. Berkeringat demi sesuap nasi menyara hidup sendiri dan hidup keluarga. Kadang-kadang kita stress dengan kerja.  Lagi-lagi kena marah oleh bos. Persoalannya, adakah kita menepati masa untuk masuk ke pejabat? Adakah kita amanah dan berintegriti dalam menjalankan tugas? Kalau kita kat Malaysia ni kebanyakkannya kalau ditanya "dah jalan ke belum". Dijawab "On  the way, traffic jam" padahal masih  dirumah layan Instagram ataupun Mobile Legend.

3. ‎Melintas Jalan Raya

    Dalam kita menjalani kehidupan seharian yang penuh dengan kesibukan, kita sering terburu-buru sehinggakan mahu melintas jalan pun kita tidak menoleh kiri dan kanan. Malah, jejantas dan laluan melintas yang ada berdekatan pun kita tidak mahu menggunakannya. Kita lebih percaya kuasa "Tangan" itu lebih kuat dari segalanya. Kuasa tangan? Ya, kebanyakkan daripada kita akan menggunakan tangan untuk menghentikan kereta untuk melintas semata-mata. Ingat kebal sangat ke? huhuhu
     ‎

2. Buang Sampah Merata-Rata & Tidak Menghargai Kemudahan Awam.

   Negara Jepun adalah negara yang patut kita contohi. Rakyatnya berdisiplin dan sangat menitik beratkan kebersihan. menjadi teladan negara di seantero dunia. Kita di Malaysia? Adakah kita sanggup mengutip sampah yang kita nampak di lantai, di jalan raya atau di tempat-tempat awam untuk dibuang ke dalam tong sampah? (Sepatutnya perkara baik tak perlu malu). Adakah kita tidak membuang sampah merata-rata? Lihat sahaja keadaan padang atau dataran selepas konsert/karnival selesai diadakan. Adakah bersih? Selain itu, kemudahan awam di negara kita juga harus kita jaga dan gunakan dengan sebaiknya dan bukannya kita menjadi perosak yang merugikan diri sendiri.

1. ‎Tidak Cinta Akan Negara 

    Malaysia satu-satunya negara kita. Pernah tak anda terfikir atau terdengar kawan-kawan kita berkata "Ah, baik aku pindah ke Singapura je! blablabla....". Macam la negara lain nak terima korang. Haha. Apapun, seharusnya kita kena berbangga dan bersyukur kepada Tuhan kerana menjadi rakyat Malaysia dan menanamkan semangat patriotik dalam jiwa kita. Bukannya kita jatuhkan negara ini, bukannya kita hina negara ini, bukannya kita hancurkan negara ini dan bukannya kita huru-harakan negara ini.

   Akhir kalam, sayangilah negara kita Malaysia bak kata pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri kita. Malaysia kini hampir mencapai Wawasan 2020. Sudah banyak perubahan dan kemajuan. 2020 nanti tak perlu pun kereta terbang untuk maju. Negara-negara maju lain diorang tak gunapun kereta terbang. XD. Perbaiki sikap kita untuk mencorak tamadun yang cemerlang. Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.
Bersama majukan #NegaraKu.
Komen & SHARE

P/s: Kepada rakyat Malaysia yang layak mengundi. Jangan lupa turun mengundi rabu ni. Mengundi laksanakan tanggungjawab dan kerana sayang Malaysia.

JOM MENGUNDI
9 MEI 2018 #PRU14

Labuan? Kenapa Masih Ramai Tidak Kenal Pulau/Wilayah Ini? Ini 5 Sebabnya...



   Pernahkah anda mendengar cerita pasal pulau Labuan?  Pulau Labuan terletak sekitar 10 km dari pantai Sabah, 2 jam setengah penerbangan dari Kuala Lumpur, dan sekitar 30 km dari pantai Brunei. Walaupun sudah menjadi Wilayah Persekutuan lebih 30 tahun, tetapi masih ramai rakyat Malaysia terutamanya yang berada di semanjung Malaysia tidak tahu akan status Labuan sebagai Wilayah Persekutuan. Namun  apa sebabnya?Berikut 5 sebab berdasarkan Malaysia DuniaKu. :)

Baca juga: 5 Fakta W.P Labuan

5. Jauh Terpisah Dari 2 Wilayah Persekutuan Yang Lain

   Kedudukan W.P Labuan yang berada di Borneo (Malaysia Timur) menyebabkanya Labuan terpisah dari segi geografi dengan W.P Kuala Lumpur & W.P Putrajaya. Sebab itu kalau sebut W.P Labuan, ramai saja yang tak tahu Labuan negeri apa. Kalau dikatakan Labuan merupakan "Wilayah Persekutuan", kebanyakkan orang (terutamanya orang semenanjung Malaysia) hanya akan terfikir Kuala Lumpur & Putrajaya. Sedangkan Labuan merupakan Wilayah Persekutuan Ke-2 sejak 16 April 1984 sebelum Putrajaya.

4. Saiz Labuan Yang Kecil

   Kalau ditanya, negeri apa yang paling kecil di Malaysia? pasti ramai yang menjawab negeri Perlis. Ya betul. Perlis negeri terkecil. Tapi, tahukah anda Wilayah Persekutuan adalah lebih kecil berbanding negeri Perlis walaupun digabungkan ketiga-tiga wilayah (KL, Labuan & Putrajaya).

Perlis: 810 km²
W.P Kuala Lumpur: 243.65 km²
W.P Labuan: 91 km²
W.P Putrajaya: 49 km²
Jumlah Luas Wilayah Persekutuan: 384.64 km²
Sumber rujukan: Wikipedia

   Namun, W.P Labuan bukanlah wilayah terkecil kerana W.P Putrajaya lebih kecil. 

3. Malaysia Timur Hanya Sering Disebut "Sabah & Sarawak"

   Sejak dibangku sekolah lagi sering disebut Malaysia Timur = Sabah & Sarawak. Labuan mana? tetap ada di Malaysia Timur (Borneo) tapi jarang disebut. Kalau menonton televisyen sekalipun pasti perasan Malaysia Timur = Sabah & Sarawak. Betul? Maka, orang tak tahu kerana orang jarang mendengarnya.

2. Labuan Dahulunya Di Bawah Negeri Sabah

   Admin percaya, masih ramai yang mengatakan W.P Labuan merupakan sebahagian daripada Sabah. Sedangkan Labuan telah menyertai Wilayah Persekutuan sejak 1984. Dari pengalaman admin, kalau ditanya oleh rakan-rakan (terutamanya rakan-rakan dari semenanjung) asal dari mana? dan diberi jawapan Labuan. Pasti akan dibalas dengan "Ouh Sabah......" lagi teruk "Labuan? mana tu? Indonesia ke?". Tapi tak semua macam tu. ada je yang tahu Labuan tu Wilayah Persekutuan. :)

1. Kerana Masih Tidak Ada Jambatan

  Admin yakin, sekiranya Labuan mempunyai jambatan yang menghubungkan W.P Labuan ke tanah besar Sabah. Pasti jambatan itu akan menjadi mercu tanda utama Labuan sekali gus mengangkat nama Labuan ke seluruh Malaysia dan mungkin ke saentero dunia serta akan menarik lebih banyak pelancong dan pelabur. Lihat sahaja Pulau Pinang, terkenal dengan adanya jambatan. InshaAllah, jambatan Labuan akan menjadi kenyataan seperti yang dinyatakan Perdana Menteri Malaysia dan akan menjadi kebanggaan rakyat W.P Labuan.

Baca juga: Jambatan Labuan-Menumbok bakal menjadi kenyataan?

  Kongsikan artikel ini supaya orang luar dari Labuan mengenali Labuan. Kepada anda yang masih tidak pernah ke Labuan, marilah melawat Labuan pulau mutiara laut china selatan !! :) Santai dan tenang.

 P/s: Kajian dalam talian Malaysia DuniaKu mendapati 9 daripada 20  responden memberikan jawapan bahawa Labuan merupakan daerah Sabah. Manakala, 5 orang tidak mengetahui Labuan dan selebihnya mengetahui status Labuan sebagai  Wilayah Persekutuan. 17 responden berasal dari semenanjung dan selebihnya dari borneo.

 Nota: Artikel ini bukan bertujuan untuk menghina dan bukan juga berkaitan politik. Hanya sekadar perkongsian ilmu sesama kita rakyat Malaysia. Harap maklum.

Sumber: 
Wikipedia:-
-Labuan

5 Ragam Pengundi Di Hari Pilihan Raya. Yang Mana Korang Pernah Jumpa?



    Beberapa hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Yang dah pernah mengundi sebelum ni pasti perasan ada banyak ragam pengundi-pengundi kan? hah, ni 5 ragam pengundi semasa pilihan raya. :)

1. Lupa Nak Bawa Kad Pengenalan

   Terlalu Semangat nak datang mengundi sampai tertinggal kad pengenalan. Lagi teruk, dah lah datang lambat lepastu dah beratur panjang masa nak mengundi baru perasan kad pengenalan takde. 

  Apa-apapun, sebenarnya boleh je gunakan lesen memandu atau apa-apa kad yang ada nombor kad pengenalan dan gambar muka anda. Namun lebih baik sediakan kad pengenalan awal-awal. 

Sebelum hari mengundi nanti. Ada baiknya korang semak tempat mengundi bagi yang belum tahu. Jangan nanti salah pusat mengundi pula. [SEMAK PENGUNDI (ONLINE)]

2. Lama Berdiri Di Meja Undi

    Ni satu hal lagi.. berdiri di meja undi sampai 30 minit lebih. Rupanya-rupanya tak tahu nak undi parti apa. haha. Lagi teruk tak tahu bagaimana nak mengundi. Namun, kalau korang tak faham cara mengundi, Ketua Tempat Mengundi (KTM) akan check macam mana keadaan korang, okay ke tak. KTM akan terangkan cara mengundi, nak pangkah bahagian mana satu dan macam-macam lagi lah supaya korang tak keras kat situ je!

3. Pakaian Macam Fashion Show Semasa Nak Mengundi

   Pergi mengundi macam nak pergi Fashion Show, make up tebal gilerr!!. Tak perlu nak berlebih-lebih. Nanti KTM tengok muka tak sama muka dengan dalam kad pengenalan tak dapat mengundi pulak. Cukup berpakaian sopan. Jari pastikan bersih jugak ye. Jangan ada perwarna kuku. Nanti menyukarkan proses nak warna jari korang tu ataupun last-last tak dapat nak mengundi.


4. Kaki Laman Sosial

   Zaman dah berubah. sikit-sikit nak swafoto. lepas tu post kan media sosial. tak kesahlah Instagram, Facebook, atau media sosial lain. Ada artis pon sibuk nak selfie sampai sanggup keluar dari barisan. huhu. jangan sampai macam tu ye.. Artis pun rakyat Malaysia jugak. Tak perlu nak sakai. Admin yakin nanti lepas mengundi ramai yang akan post gambar jari dengan caption "Done Mengundi". 
Tapi, tak salah pon, jangan sampai korang ambik gambar apa yang korang pangkah masa mengundi pula. Maybe, boleh dikenakan tindakan. :)


5. Jenis Rileks Je...

   Jenis rileks ni biasanya yang dah perpengalaman. Rileks je beratur. jenis macam ni takde masalah pon. Jenis macam ni patut dicontohi. :)


 Bagaimanapun ragam mereka, sekurang-kurangnya mereka mengundi. Bagaimana pula dengan anda?


JOM MENGUNDI 
PADA 9 MEI 2018 NANTI
#PRU14

Artikel Rujukan: OHBULAN

5 Pantai Tercantik di Malaysia. Adakah pantai negeri anda tersenarai?




Tahukah anda bahawa anda telah menghabiskan ratusan ringgit untuk melancong ke luar negara semata-mata untuk mencari pusat peranginan yang terbaik.

Jangan tak tahu ya, sebenarnya banyak pantai-pantai yang cantik di Malaysia ini. Jadi anda semua tidak perlulah berhabis duit pergi ke luar negara. Mari kita lihat 5 pantai cantik yang ada di Malaysia

5. Pantai Tanjung Rhu, Langkawi (Kedah)


Sesuai buat mereka yang mencari ketenangan, pantai ini tidak mempunyai banyak pengunjung seperti Pantai Cenang. Pantai Tanjung Rhu mempunyai pasir yang halus dan bersih serta air yang jelas seperti kristal membuat orang akan mengagumi kecantikan pantai ini.

4. Pantai Pulau Manukan (Sabah)


Di luar persisiran pantai pulau ini ialah kawasan terumbu karang yang sangat cantik serta aktiviti lain yang boleh dilakukan pengunjung seperti 'parasailing' selam skuba, snorkelling dan lain-lain. Pulau ini juga merupakan yang kedua terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman Malaysia serta turut diktiraf sebagai taman laut negara.

3. Pantai Perhentian Kecil, Pulau Perhentian (Terengganu)

Pantai ini merupakan antara pantai yang tercantik di Malaysia dan masih lagi dipelihara alam semula jadinya dan pengunjung masih belum mengenali pantai ini. Selain itu, bot juga tidak dibenarkan memasuki pantai kerana terumbu kawang yand wujud di kawasan air cetek. Pengunjung juga berpengalaman menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang mengasyikkan.

2. Pantai Cherating (Pahang)

Cherating merupakan salah satu pusat peranginan tepi pantai yang terkenal di Malaysia malahan banyak aktiviti boleh dilakukan di sini. Sesuai untuk pasangan berbulan madu ataupun percutian keluarga, anda juga berpeluang untuk belajar papan luncur sewaktu berada di sini.

1.Pantai Pasir Putih, Pulau Dayang Mersing (Johor)

Sesuai dengan namanya pantai ini mempunyai pasir yang putih, lembut dan masih dipelihara alam semula jadinya serta pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti bola tampar, mandi laut dan berjemur di bawah sinaran matahari. Bagaimanapun, nama sebenar pantai ini adalah Pasir Panjang namun disebabkan sudah banyak nama pantai seperti itu di Malaysia (Pulau Perhentian dan Pulau Tioman) maka penggunaan nama pantai ini ditukar kepada nama Pasir Putih.


Sumber: Sinar Harian

(Video) VIRAL: Kerana Rendang Ayam "Crispy" Kita Bersatu





Sejak semalam kecoh di laman media sosial mengenai kisah ayam rendang perlu rangup tular sehingga mendapat perhatian netizen seluruh dunia.

Isu ini bermula apabila kisah tukang masak, Zaleha Kadir Olpin yang tersingkir daripada pertandingan MasterChef UK kerana ayam rendangnya dikatakan tidak rangup dan garing.

Selepas kedua-dua juri pertandingan masakan itu kena 'troll' netizen, kini giliran restoran makanan segera pula menggunakan kesempatan itu untuk mempromosikan produk makanan mereka.

KFC Malaysia menerusi Facebooknya memuat naik sekeping gambar tertera "bukan rendang" merujuk kepada ayam gorengnya yang rangup tidak harus dikelirukan dengan rendang.
“Satu-satunya makanan yang sepatutnya rangup adalah ayam goreng kami. Tahniah Masterchef Zaleha!"
"Kami ada ayam rendang yang anda mahu! Boleh kami masuk Masterchef sekarang?" 

   Selain rakyat Malaysia yang bersatu disebabkan isu rendang ini. Perkara ini juga menarik perhatian beberapa orang selebriti seperti chef wan termasuklah ahli politik Malaysia seperti Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib dan Tun Dr. Mahathir.

Sumber: Astro Awani

5 Negeri/Wilayah Terkaya Di Malaysia


Wilayah Persekutuan Labuan
   Pendapatan per kapita, atau Keluaran Dalam Negari Kasar (KDNK) per kapita merujuk kepada berapa banyakkah hasil dalam negeri yang dikumpulkan, dan dibahagikan mengikut jumlah penduduk. Sebagai contoh jika pendapatan dalam negeri adalah RM 1,000, dan penduduk dalam negeri itu adalah 10 orang, maka pendapatan per kapita adalah RM 100.  KDNK per kapita merupakan salah satu cara untuk mengenalpasti taraf hidup rakyat dalam sesebuah negeri atau negara. Namun, negeri dengan KDNK yang tinggi tidak semestinya semua rakyatnya berpendapatan tinggi.

   Berikut merupakan 5 negeri terkaya berdasarkan KDNK. Adakah negeri anda tersenarai? tinggalkan komen :)

5. Sarawak: RM 44,333 setahun (RM 3,694 sebulan)

Kuching, Sarawak
   Di Sarawak banyak terdapat sumber asli, dan industri utama seperti perlombongan, pertanian, dan perhutanan menyumbang 32.8% daripada ekonomi pada tahun 2013. Ia juga mengkhusus dalam pembuatan makanan dan minuman, produk berasaskan kayu dan rotan, produk logam asas, dan petrokimia, serta kargo dan perkhidmatan udara dan pelancongan

4. Selangor: RM 44,616 setahun (RM 3,718 sebulan)

Shah Alam, Selangor
   Sektor perindustian merupakan penyumbang utama terhadap kerancakan ekonomi negeri iaitu menyumbang lebih 58% dalam KDNK negeri pada tahun 2008, malah ia merupakan nadi ekonomi Negara. Selangor mempunyai sektor pembuatan seperti elektronik, bahan kimia dan kenderaan automotif yang terbesar di Malaysia, seperti kereta proton dan perodua. Kereta import juga beroperasi di negeri ini seperti Toyota, Nissan, Volkswagen, Ford, Volvo, BMW dan banyak lagi. Banyak kilang-kilang dari luar negara yang bertapak di negeri ini.

3. Pulau Pinang: RM 47,322 setahun (RM 3,943 sebulan)

Georgtown, Pulau Pinang
    Pulau Pinang, yang juga digelarkan sebagai "Mutiara Timur" (Pearl of the Orient), merupakan sebuah syurga bagi pencinta-pencinta makanan yang datang dari seluruh Malaysia dan Singapura untuk menikmati gaya masakan yang istimewa. Makanan Pulau Pinang yang membayangkan pergaulan di antara kaum Cina, Melayu dan India, juga dipengaruhi kuat oleh makanan Thailand. Pulau Pinang adalah termashyur dalam makanan penjaja yang dijual dan dimakan di tepi jalan, terutamanya makanan mi dan makanan laut.

2. W.P Labuan: RM 61,833 setahun (RM 5,152 sebulan)

Wilayah Persekutuan Labuan
   Pada April 2009, atas permintaan Kumpulan 20 negara kaya dan membangun, Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) telah menyenaraihitamkan Labuan sebagai satu dari "syurga bagi rahsia perbankan". Selain Malaysia, OECD juga menyenaraihitamkan Filipina, Costa Rica dan Uruguay. Empat negara ini dinamakan sebagai negara yang paling bawah kerana menolak untuk menerima peraturan baru keterbukaan kewangan seperti bertukar-tukar maklumat mengenai cukai. Namun OECD mengeluarkan Pusat Kewangan Luar Pesisir Labuan dalam senarai hitam syurga cukai yang tidak bekerjasama atau komitmennya untuk bekerjasama dalam memerangi penyalahgunaan pematuhan dalam piawai percukaian cuma beberapa hari kemudian.

1. W.P Kuala Lumpur (Termasuk W.P Putrajaya): RM 101,420 setahun (RM 8,451 sebulan)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
   Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan bandar di sekelilingnya membentuk rantau yang paling berindustri dan paling pesat pembangunan ekonominya di Malaysia. Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999. Putrajaya, bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Wilayah Persekutuan Putrajaya


Lakukan 5 Langkah Ini Untuk Pastikan Rumah Sentiasa Kemas!


   Selalu datang rumah kawan-kawan atau orang lain rapi dan kemas je walaupun ada anak kecil. Tapi kalau kat rumah sendiri kemas tu masa lepas kemas je lepastu bersepah balik. Sebenarnya nak pastikan rumah kelihatan kemas sepanjang masa bukanlah dengan cara mengemas keseluruhan rumah. Berikut merupakan perkongsian Ainniena Azney untuk memastikan rumah sentiasa kemas. Semoga bermanfaat!

1. Kemas katil
Kemas katil dan bilik anda sebaik bangun tidur. Celik je mata terus lipat selimut tu jangan tinggal macam tu je. Selimut lah benda paling penting untuk katil
Kelihatan kemas.

2. Selepas basuh baju terus lipat
Pakaian yang tidak diurus dengan baik selalu jadi punca rumah nampak bersepah. Jadi jangan biarkan baju kotor bertimbun dan jangan juga biar baju yang sudah kering dalam bakul tinggi menggunung. Setiap kali selesai membasuh terus lipat pakaian yang kering dan masukan dalam almari. Part ni memang nina tak suka tapi terpaksa kene buat jugak okey !

3. Jangan biar singki penuh
Sama juga dengan pinggan mangkuk, jangan biar ia memenuhi singki. Basuh pinggan setiap kali selepas makan. Ini pantang larang mak nina. Dia suka “ngepek” kalo tengok pinggan mangkuk bersepah dalam sinki. Sekarang nina pon jadi sakit mata sakit je hati ni kalo tengok sinki bersepah.

4. Pastikan kaunter dapur sentiasa bersih
Selepas basuh, terus susun pinggan mangkuk, kuali dan periuk di tempatnya. Simpan juga baki lauk pauk dalam bekas berpenutup bukan di atas pinggan. Buang sampah setiap kali bakul penuh. Jangan smpai berulat sudah hehehe.

5. Kemas ruang tamu tengah hari dan malam
Ruang tamu memang jadi tempat permainan anak, bantal kecil akan bertaburan begitu juga mainan mereka. Anda memang perlu mengemaskannya paling kurang dua kali sehari. Sekali, menjelang tengah hari dan kali kedua sebelum tidur supaya sebaik celik mata pagi hari anda melihat ruang tamu yang bersih dan kemas. Fuhh ni bahagian Nayla punya. Dia punya kawasan ni paling kerap kena kemas.

Tip Ekstra
* Sambil mandi bersihkanlah bilik air. Sental lantai atau pun bersihkan singki dan mangkuk tandas. Nina suka sangat cuci tandas sebab Nina tak boleh dengan tandas kotor. Geliii euuii .
* Sekali sehari sapu lantai ruang tamu dan dapur.
* Seminggu sekali mop lantai.
Mudah saja bukan untuk dapatkan rumah yang kemas. Anda hanya perlu jadikan 5 perkara ini sebagai rutin harian.
Semoga bermanfaat, Selamat Mencuba!

Sumber: Ainniena Azney  Mingguan Wanita

5 Petua Goreng Telur Gebu & Sedap!


Sumber: ButterKicap 
1. Tambah Mayonis
Tambahkan satu sudu besar Mayonis didalam bancuhan telur dan pukul hingga sebati. Mayonis akan menjadikan telur dadar menjadi gebu, lembut dan bertambah sedap!

2. Tapis Telur Yang Telah Dipukul
Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul telur sehingga menjadi kembang. Setelah itu tapiskan telur tadi untuk menapis buih-buih yang ada pada telur. Selepas itu barulah dimasukkan bahan-bahan yang lain.

3. Pukul Telur Dengan Lebih Lama
Pecahkan beberapa biji telur kemudian pukul telur dengan lama sehingga kembang. Setelah itu anda boleh menambahkan bahan-bahan lain mengikut kemahuan anda.

5. Tambah Serbuk Penaik
Serbuk penaik juga boleh ditambahkan didalam bancuhan telur dan pukul sebati. Serbuk penaik akan membuatkan telur dadar menjadi gebu,lembut, cantik dan bertambah enak.

4. Tambahkan Sedikit Air
Pecahkan telur di dalam mangkuk dan masukkan sedikit air. Kemudian pukul hingga kembang dan goreng seperti biasa.

Rujukan: Mingguan Wanita

Nota & Contoh Soalan Sejarah Tingkatan 5 (SPM) - Ringkas, Padat & Lengkap


  Nota Sejarah Tingkatan 5 (SPM) Bab 1 hingga Bab 9. Semoga bahan-bahan ini memudahkan para pelajar dan pengguna untuk mendapatkan panduan, bahan rujukan dan bahan pembelajaran serta pengajaran Sijil Pelajaran Malaysia. Bahan-bahan ini telah kami pilih di antara yang terbaik. Semoga bermanfaat!

Sekiranya terdapat masalah pada link, sila berikan maklum balas pada ruangan komen.

NOTA TINGATAN 5:


Popular Minggu Ini

Kategori

Kongsikan

Powered by Blogger.