--> Anak muda dari FELDA Jelai 1, Gemas, Negeri Sembilan itu yang hanya ditemani Ketua Sherpa, Jamling Bothe, 35, turut mencatat rekod sebagai wanita termuda pertama dari Malaysia menjejakkan kaki di puncak gunung berketinggian 8,848 meter (29,028 kaki) dari paras laut.
“Assalamualaikum semua, Hanis dah sampai di puncak dunia. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar,” katanya ketika menghubungi wakil media dari puncak menerusi walkie-talkie.
Perbualan cukup terhad itu memperlihatkan kecekalan Siti Hanisah yang nekad meneruskan impian mendaki Everest buat kali kedua selepas gagal dalam percubaan pertama bersama pasukan Projek Everest FELDA 2013 pada Isnin lalu.
Tanpa memikirkan risiko menunggu 60 jam di Kem 4 yang mempunyai paras oksigen rendah serta kemungkinan mendapat serangan radang paru-paru berair (HACE), anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu nekad membuktikan tiada yang mustahil jika mempunyai kemahuan berjaya.
Sumber dan Berita Penuh
tahniah..di mana ada usaha, di situ kita pasti akn bjaya..