Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Janganlah sibuk dengan kerja sahaja...

Dikisahkan, suatu hari ada seorang anak muda yang tengah menanjak kerjayanya tapi merasa hidupnya tidak bahagia. Isterinya sering mengomel kerana merasa keluarga tidak lagi mendapat masa dan perhatian yang cukup dari si suami. Orang tua dan keluarga besar, bahkan menganggapnya sombong dan tidak lagi peduli kepada keluarga besar. Tuntutan pekerjaan membuatnya kehilangan masa untuk keluarga, teman-teman lama, bahkan saat merenung bagi dirinya sendiri.

Hingga suatu hari, kerana ada masalah, si pemuda harus mendatangi salah seorang petinggi syarikat di rumahnya. Setibanya di sana, dia sempat terpukau saat melewati taman yang tertata rapi dan begitu indah.


"Hai anak muda. Tunggulah di dalam. Masih ada beberapa perkara yang perlu Bapak selesaikan," seru tuan rumah. Bukannya masuk, si pemuda menghampiri dan bertanya, "Maaf, Pak. Bagaimana Bapak boleh merawat taman yang begitu indah sambil tetap bekerja dan boleh membuat keputusan-keputusan hebat di syarikat kita?" 

Tanpa mengalihkan perhatian dari pekerjaan yang sedang dikerjakan, si bapak menjawab ramah, "Anak muda, mau lihat keindahan yang lain? Kamu boleh kelilingi rumah ini. Tetapi, sambil berkeliling, bawalah mangkok susu ini. Jangan tumpah ya. Setelah itu kembalilah kemari".
-->  

Dengan sedikit heran, namun senang hati, diikutinya perintah itu. Tak lama kemudian, dia kembali dengan lega kerana mangkok susu tidak tumpah sedikit pun. Si bapak bertanya, "Anak muda. Kamu sudah lihat koleksi batu-batuanku? Atau bertemu dengan burung kesayanganku?" 
Sambil tersipu malu, si pemuda menjawab, "Maaf Pak, saya belum melihat apa pun kerana kepekatan saya pada mangkok susu ini. Baiklah, saya akan pergi melihatnya." 
Saat kembali lagi dari mengelilingi rumah, dengan nada gembira dan kagum dia berkata, "Rumah Bapak sungguh indah sekali, asri, dan selesa." tanpa diminta, dia menceritakan apa saja yang telah dilihatnya. Si 

Bapak mendengar sambil tersenyum puas sambil mata tuanya melirik susu di dalam mangkuk yang hampir habis.Menyedari lirikan si bapak ke arah mangkoknya, si pemuda berkata, "Maaf Pak, keasyikan menikmati indahnya rumah Bapak, susunya tumpah semua". 
"Hahaha! Anak muda. Apa yang kita pelajari hari ini? Jika susu di mangkok itu utuh, maka rumahku yang indah tidak tampak olehmu. Jika rumahku terlihat indah di matamu, maka susunya tumpah semua. Sama seperti itulah kehidupan, harus seimbang. Seimbang menjaga agar susu tidak tumpah sekaligus rumah ini juga indah di matamu. Seimbang membahagikan masa untuk kerja dan keluarga. Semua kembali ke kita, bagaimana membahagi dan memanfaatkannya. Jika kita mampu mengimbangi dengan bijak, maka pasti kehidupan kita akan harmoni ". 
Seketika itu si pemuda tersenyum gembira, "Terima kasih, Pak. Tidak diduga saya telah menemukan jawaban kegelisahan saya selama ini. Sekarang saya tahu, kenapa orang-orang menjuluki Bapak sebagai orang yang bijak dan baik hati".==============================================Boleh membuat kehidupan seimbang tentu akan mendatangkan keharmonian dan kebahagiaan. Namun boleh membuat kehidupan menjadi seimbang, itulah yang tidak mudah.

Sumber

Comments :

0 comments to “Janganlah sibuk dengan kerja sahaja...”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.