Berita kembalinya siri TV popular, X-Files, menjadi satu berita gembira buat penggemarnya di seluruh dunia.
Siri TV dengan latar sains fiksyen itu dijadualkan memulakan
penggambaran 8 Jun ini. Walaupun telah 13 tahun ditamatkan, namun siri
X-Files diingati sebagai antara siri paling ikonik dalam sejarah
industri televisyen.
Mari kita lihat apa yang diketahui tentang X-Files returns setakat ini.
1. Akan tetap dibintangi teraju utamanya, Gillian Anderson dan David
Duchovny. Malah Anderson merupakan orang yang membuka ruang kembalinya
X-Files apabila memulakan tweet dengan hashtag #xfiles2015...