Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Tips turunkan berat badan tanpa bersenam

Masalah berat badan merupakan satu isu yang paling hangat diperkatakan. Meskipun ada segelintir yang berjaya dalam regim penurunan berat badan namun sebahagian besar yang mencuba gagal, dan terus dirundum rasa hampa.

Kesibukan menjalani kehidupan seharian membuatkan usaha menjadikan diri lebih sihat sekadar angan-angan. Mungkin masalah membahagi masa untuk pelajaran, bekerja, perihal keluarga dan aktiviti lain manjadi penyebab utama.

Ada cara sebenarnya untuk terus menjalani proses menguruskan badan dikala sibuk. Ketahui 8 tips bagaimana menurunkan berat badan tanpa bersenam.

Gaya pemakanan



Pernahkah mendengar frasa “Breakfast like a King, Lunch like a Queen and Dinner like a Pauper”? Lebihkan kuantiti makanan semasa sarapan kerana badan memerlukan banyak tenaga untuk mulakan hari. Makan sederhana semasa tengahari, dan kurangkan pemakanan pada waktu malam kerana tubuh memerlukan masa untuk berehat dari melawaskan makanan.

Banyak minum air masak



Tubuh kita memerlukan banyak air untuk menjana metabolisme selain membolehkan organ-organ di dalam badan berfungsi dengan lebih baik. Elakkan meminum bergas yang mengandungi gula dan kalori yang tinggi.

Aktifkan diri



Anda perlu kekal aktif untuk membakar kalori dalam badan. Tidak mempunyai masa untuk ke gimnasium? Tidak perlu bimbang, ubah beberapa cara dalam hidup agar dijadikan senaman secara tak langsung. Elakkan naik lif dan pilih menaiki tangga dan parkir kereta jauh agar boleh berjalan sedikit.

Buah & sayur



Ya, ramai yang sering menyatakan buah-buahan dan sayuran baik untuk badan. Ini adalah kerana kedua-duanya lebih mudah dihadam serta mengandungi banyak vitamin yang baik untuk kesihatan. Tambahan pula, ia diakui tidak mengandungi kolesterol. Tidak mahu makan banyak pada waktu malam? Cukuplah sekadar menikmati buah-buahan dan sayuran.

Teh hijau



Jika anda sukakan yogurt, cuba amalkan satu sudu kecil serbuk teh dibancuh dengan setengah cawan air panas dan setengah cawan yogurt. Amalan ini baik sebagai minuman pembantu mempercepat pencernaan setiap kali selepas makan.

Air limau nipis



Setiap kali ketika makan di luar, pesan air limau nipis berbanding air minuman yang menggunakan banyak gula atau susu pekat. Kebanyakan orang yang mengamalkan air limau nipis mengalami penurunan berat badan setelah tiga hingga empat minggu diamalkan.

Konsisten



Lebih afdal sekiranya membuat perancangan seperti plan makanan, susun jadual aktiviti malah sistematik dalam menjaga pemakanan. Amalkan tips diatas secara konsisten, sangat membantu untuk mencapai berat badan ideal.

Tidur dengan cukup



Kitaran penurunan berat badan tak mungkin lengkap tanpa tidur yang cukup. Tahukah anda bahawasanya badan memulakan proses penurunan berat semasa dalam keadaan berehat? Tidur yang cukup mampu mengembalikan kesegaran, membakar kalori dan meningkatkan sistem imun.

Selamat mencuba!

Kredit gambar: pinterest, goodblossom, healthytimesblog, independent, uecthai, zibbleinc, josephagu, healthmeup

Sumber

18 peraturan pelik dari merata dunia

Mengembara ke tempat yang baru adalah sesuatu yang begitu mengembirakan sekali. Ini kerana, buat seketika waktu anda dapat menikmati cara hidup yang berbeza. Tidak juga lupakan, lokasi - lokasi pelancongan yang penuh dengan sejarah.

Tetapi, sebelum anda melawati tempat yang baru, pastikan anda mengetahui peraturan di tempat tersebut untuk menyenangkan lawatan anda. 

Berikut adalah beberapa peraturan pelik di sesetengan negara di dunia!

- Diharamkan untuk menjadi juruterbang selepas usia 80 tahun (Turki)

- Tidak dibenarkan untuk makan dan minum dekat bangunan bersejarah (Rome, Italy)

- Kasut tumit tinggi diharamkan untuk dipakai di monument-monumen penting (Greece)

- Tidak dibenarkan berkongsi bilik sebelum kahwin (Dubai)

- Tidak boleh memijak mata wang tempatan (Thailand)

- Ditangkap polis jika memberi makan kepada burung merpati (Venice,Italy) 


 

- Tidak boleh menggunakan duit tukar lebih daripada 25 sen (Canada)

- Diharamkan menjual patung yang tidak mempunyai muka manusia (Perancis)

- Tidak boleh keluar rumah tanpa memakai seluar dalam (Thailand)

- Tidak dibenarkan memakai baju patung lelaki Ken ke atas patung Barbie (Indiana, AS)

- Bersalah jika mandikan dua bayi pada masa yang sama (Los Angeles, AS)

- Boleh dibawa ke mahkamah jika ditangkap mengorek hidung pada hari Ahad (Israel)

 
- Tidak boleh menggunakan tandas selepas pukul 10 malam di pangsapuri (Switzerland)

- Harus pandai untuk diberi permohonan masuk ke universiti (China)

- Dari pukul tujuh pagi, kereta yang bernombor plat yang diakhiri dengan  1 atau 2 tidak dibenarkan di jalan   raya pada    hari Isnin, 3 atau 4 pada  hari Selasa, 5 atau 6 pada hari Rabu, 7 atau 8 pada hari Khamis, dan 9  atau 0 pada hari Jumaat  (Filipina)

- Wanita tidak boleh menolak pelawaan keluar makan malam oleh seorang lelaki (Jepun)

- Tidak boleh membuang air kecil di pantai Portugal (Portugal) 

- Menyongsangkan setem Permaisuri di atas sampul surat dianggap sebagai derhaka (England)



Kredit Foto: Tumblr, Fanpop 

13 adat makanan dari merata dunia

Setiap negara di dunia ini mempunyai cara pemakanan dan adat makan yang tersendiri. Ketika mengembara di perantauan, ianya penting untuk mengenali adat makanan sebagai tanda hormat ke atas tradisi tempatan yang unik. 
Berikut adalah beberapa tatatertib makanan yang  perlu anda sedar apabila berada di negara yang lain.


Thailand

Makan menggunakan garpu adalah tidak sopan di Thailand. Di sini, garpu hanya digunakan untuk menolak makanan ke atas sudu yang kemudiannya disuap ke dalam mulut


Jepun

Menghirup mi dan sup dengan kuat di Jepun adalah adat yang sopan kerana ini menunjukkan anda telah menikmati makanan yang dihidang 


Korea Selatan 

Sebagai tanda hormat, ahli keluarga yang tertua akan duduk di meja malam dan menjamu selera sebelum yang lain 


Inuit Kanada

Kentut selepas makan adalah satu tanda penghargaan untuk tuan rumah 




China

Meninggalkan pinggan yang kosong dianggap biadap kerana ia bererti anda tidak diberi makanan yang mencukupi. Tetapi di India dan Jepun, ia bermaksud anda telah menikmati hidangan itu 


Bulgaria 

Tidak disarankan untuk membawa bunga kuning sebagai hadiah kerana di Bulgaria warna kuning melambangkan kebencian


Chile

Anda tidak digalakkan untuk makan dengan tangan tetapi wajib menggunakan garpu dan pisau ketika makan  



Itali

Jika piza anda tidak dihidang dengan keju Parmesan, anda harus berdiam sahaja kerana ia adalah satu ‘dosa’ makanan untuk meletakkan keju Parmesan di atas piza 




Afghanistan

Sanggupkah anda ciumkan roti yang jatuh ke atas lantai? Anda wajib lakukan demikian di Afghanistan! 


Perancis

Di Perancis, anda tidak harus memuji makanan yang dihidang dan juga tidak harus menggunakan pisau untuk memotong salad 


Turki 

Bersendawa selepas makan dianggap sebagai satu tanda kenyang dan perhargaan kepada tuan rumah  


New Zealand

Berbincang dan bercakap ketika makan harus pada tahap yang minima kerana tumpuan harus diberi kepada makanan



Australia
Anda tidak harus lambat ke majlis makan kerana ia dianggap biadap di Australia


Kredit Foto: Tumblr, Giphy, Collider

10 spectacular mosques from around the world


10-spectacular-mosques-from-around-the-world
A mosque is a place of worship in Islam. In Arabic it is known as masjid and is also a place for study, rest and reflection. 
Mosques from around the world comes in all shapes and size depending on the culture, heritage and resources of the local Muslim community. Over centuries, the architecture of mosques have developed as many now contains courtyards and fountains. 
Here are 10 spectacular mosques from around the world.

Blue Mosque, Turkey




Hui Mosque, Ningxia, China





Shrine of Hazrat Ali, Afghanistan




Sultan Omar Ali Saifuddin Mosque, Brunei




Sheikh Zayed Grand Mosque, UAE 





Taj Mahal Mosque, India




Qolsharif Mosque , Russia




Malacca Straits Mosque, Malaysia





Crystal Mosque, Malaysia




Great Mosque of Damascus, Syria






Photo Credit : Prophertbuh, Daily Travel Photos, City Photos, Imgkids, Beauty Places, Clean Middle East, Beautiful Mosque, HDW

9 kucing paling popular di dunia


9-kucing-paling-popular-di-dunia
Siapa yang tidak suka kucing? Keletah haiwan comel ini seringkali mencuit hati pemilik mahupun orang ramai yang memerhati.

Cuba bayangkan betapa sunyinya dunia serta laman sesawang jika tidak mempunyai haiwan felis ini sebagai halwa mata?

Ayuh kenali 9 ekor kucing yang dianggap paling popular di dunia!

Venus



Pastinya terlintas karekter penjahat Two-face dari siri Batman bukan? Venus dilahirkan dengan penyakit Heterochromia, lantas mempunyai dua warna pada mata serta wajah yang unik.

Grumpy cat



Kucing perengus ini amat popular di laman hiburan malah dijadikan pelbagai meme lucu.

Sam



Menarik bukan? Si comel yang diberi nama Sam ini mempunyai alis kening!

Shironeko



Digelar kucing yang mempunyai ekspresi gembira, Shironeko juga sentiasa kelihatan mengantuk.

Hamilton



Siapa perlukan Wak Doyok jika anda mempunyai kucing hipster seperti Hamilton?

Snoopy



Snoopy amat terkenal di laman Instagram kerana ia terlalu comel!

Garfi



Garfi yang dibela oleh Hulya Ozkok ini digelar kucing paling garang di dunia.

Banye



Banye menpunyai tompok hitam dibawah mulut, lantas membawa gelaran kucing OMG!

Snowball



Lantaran wajahnya mempunyai iras Hitler, Snowball lantas mendapat gelaran Kitler.

Kredit gambar: catsthatlooklikehitler. Winnie, hulyaozkok, snoopy, kagonekoshiro, VenusTheAmazingChimeraCat, Theofficialgrumpycat

5 telefon pintar murah untuk penggemar selfie

Mengambil selfie adalah satu tabiat yang telah menjadi budaya kita pada masa kini. Oleh itu, pengeluar-pengeluar telekommunikasi bekerja dengan tungkus - lumus dalam mengeluarkan telefon pintar selfie yang hebat untuk kita.
Berikut adalah 5 telefon bimbit selfie murah yang boleh didapati di pasaran. 
Samsung Galaxy Grand Prime

Telefon pintar ini dilengkapi dengan kamera 5-megapixel yang membolehkan pengguna mengambil gambar selfie berkumpulan dengan lebih mudah. Harga anggaran Samsung Galaxy Prime adalah antara RM600 hingga RM900. 


Nokia Lumia 735


Dilancarkan di Malaysia pada bulan Oktober yang lepas, pengemar selfie boleh membeli telefon pintar khas untuk selfie ini pada harga RM999. 


Panasonic Eluga S


Panasonic baru - baru ini telah melancarkan Panasonic Eluga S yang mempunyai ciri selfie yang menarik iaitu Blink Play yang akan menangkap gambar selfie dengan automatik selepas pengguna mengedipkan mata mereka. Harga anggaran di Malaysia adalah sekitar RM700 hingga RM800. 


Xiomi Redmi Note


Xiomi adalah antara telefon pintar yang berbaloi untuk pengemar selfie kerana kualiti gambar yang dikatakan boleh berlawan dengan telefon pintar yang lebih mahal. Kamera depannya adalah 5 megapixel dan harganya dianggarkan antara RM600 ke RM800. 


Sony Xperia C3


Dipromosikan oleh Sony sebagai ‘telefon pintar selfie terbaik di dunia’, Xperia C3 mempunyai pelbagai aplikasi selfie.  Tambahan pula, ia mempunyai lampu flash untuk camera hadapan. Harga pasaran di Malaysia adalah RM999. 


Kredit Foto: Tekno Kompas, BGR, India Tv News, Nirmal TV, Trusted Reviews, Pop Sugar
 

Penggilap kuku termahal dunia


penggilap-kuku-termahal-dunia


Pereka kasut terkenal, Christian Louboutin telah melancarkan penggilap kuku yang berharga sekitar RM2,200 setiap satu botol.

Penggilap kuku berwarna merah yang bernama Starlight itu adalah khas untuk musim luruh dan musim sejuk dan dihiasi dengan 1,500 kristal Strass. Kotaknya juga agak menarik kerana dihiasi dengan motif bunga-bungaan kristal yang sama.

Pada permulaan tahun ini, Louboutin telah melancarkan koleksi penggilap kuku yang botolnya diinspirasikan dari tapak kasut ikoniknya yang berwarna merah.

Koleksi ini boleh didapati dengan harga RM150 setiap satu botol. Sanggupkah anda membeli penggilap kuku untuk harga ini?

Kredit Foto: Really Ree
 

10 virus terkejam dunia

Pembinasa! Bukanlah secara luaran namun ia merosakkan dalaman. Begitulah perihal virus dan kesan yang dibawakannya.

Cukup popular sebagai ancaman digital di seluruh dunia, ayuh kita imbas 10 serangan siber yang pernah direkodkan.

Morris



Seorang mahasiswa dari Cornell University bernama Robert T. Morris telah mencipta worm yang dipanggil Morris pada tahun 1988. Pada asalnya ia dicipta bagi tujuan mengukur saiz sebenar internet. Worm ini telah melumpuhkan 1/10 pengguna Internet walaupun pada ketika itu pengguna adalah seramai 60,000.

Nimda



Merupakan perkataan admin yang terbalik. Nimda memerlukan 22 minit untuk tersebar dengan menggunakan beberapa medium unik seperti mencipta e-mel sendiri, menarik pengguna atau memanfaatkan virus yang tersedia ada. Ia menyebabkan kerugian sebanyak U$635 juta pada tahun 2001.

Melissa



Mampu memaksa Microsoft, Intel Corp dan Alcatel Lucent untuk menutup gateway e-mel ekoran lalu lintas besar yang disebabkan pada tahun 1999. Melissa dicipta oleh David L. Smith sempena nama seorang penari Florida yang disukainya.

Loveletter



Telah menyebabkan kerugian sebanyak U$5.5 juta kerana sistem e-mel pelbagai syarikat dan negara perlu dimatikan untuk menghilangkan worm ini. Worm Loveletter bermula pada 4 Mei 2000 di Filipina, namun tersebar ke seluruh dunia melalui e-mel hanya dalam sehari.

Code Red



Popular sekitar 2001, Code Red menjangkiti komputer yang menggunakan Microsoft IIS Web Server dengan mengeksploitasi buffer overflow. Meskipun hanya berleluasa selama sebulan tetapi worm Code Red telah menyebabkan kerugian sebanyak US2.6 juta dan gangguan menyeluruh kepada akses internet.

MS Blaster



Dikatakan berasal dari China, namun MS Blaster dicipta oleh Jeffrey Lee Parson yang berusia 18 tahun. Sekitar Ogos 2003, MS Blaster tersebar melalui Windows OS lalu memberi kesan kepada Federal Reserve Bank of Atlanta, BMW AG, balai kota Philadelphia dan ribuan syarikat.

Sasser



Pada 30 April 2004, Delta Air Lines Inc terpaksa membatalkan 40 penerbangan selain rangkaian kereta api di Australia tertunda akibat operator gagal berkomunikasi kesan daripada serangan Sasser. Hukuman 21 bulan telah dijatuhkan kepada penciptanya iaitu seorang remaja berbangsa Jerman yang bermasalah.

Witty



Worm spesifik pertama menyerang software network-protection. Selain itu, ia juga berupaya menyerang ribuan alamat IP serta menghapuskan sebahagian daripada cakera keras. Selepas tragedi 19 Mac 2004, pihak admin telah mengambil langkah untuk memperkuat pertahanan jaringan secara proaktif.

Storm Worm



Muncul sekitar tahun 2006, ancaman ini menyerang apabila pengguna membuka sebuah e-mel bertajuk ‘230 Dead As Storm Batters Europe’. Storm Worm sebenarnya ialah sebuah program Trojan Horse yang diguna oleh para penggodam untuk spam e-mel melalui Internet.

Leap-A / Oompa-A



Mac dengan sistem security through obscurity ternyata tidak terlepas daripada ancaman digital. Tahun 2006 dikejutkan dengan serangan Leap-A atau Oompa-A yang menjangkiti iChat lantas mengakibatkan ribuan fail rosak hasil penghantaran ke seluruh address book.

Sumber

Sakit kepala kerana cacing di dalam otak

LONDON, (MLP) - Seorang lelaki warganegara British yang berusia 50 tahun telah menderita selama empat tahun akibat sakit kepala dan hilang ingatan. Pakar perubatan telah melakukan imbasan MRI untuk mencari punca masalah tersebut.

Pada mulanya, keputusan imbasan hanya menunjukkan satu kelompok yang kelihatan seperti luka.

Tetapi, selepas membuat imbasan dengan teliti, pakar perubatan telah menemui cacing berparasit berukuran 10 cm di dalam otak lelaki tersebut.

Sejurus selepas itu, lelaki itu diberi rawatan dan telah pun berpulih.

Cacing tersebut hanya dijumpai sebanyak 300 kali di seluruh dunia sejak tahun 1953 dan belum pernah dilaporkan di Britain.

Kredit Foto: LA Times

Sumber

Dibelasah isteri kerana minta chapati lebih

AHMEDABAD, (MLP) - Akibat meminta chapati yang lebih, seorang ahli bomba, yang berusia 40 tahun dari India telah dipukul dengan teruk oleh isterinya.

Setelah pulang dari kerja, Marathi memarahi isterinya kerana hanya menghidangkan dua keping chapati untuk makan malam.

Isterinya, Ujjala melawan dan berkata ‘’ Jika inginkan chapati yang lebih, tolong masak dengan sendiri’’ dan terus memukul suaminya dengan seketul batu. Ujjala juga dikatakan telah mengancam untuk membunuh suami dan dua anak lelakinya.

Saksi yang berkumpul di luar rumah Marathi berkata isteri yang berumur 38 tahun itu sempat memecahkan cermin tingkap dan jam dinding sebelum menguncikan suami dan anak lelakinya di dalam rumah. Dia kemudiannya menghilangkan diri untuk seketika.

Dunia ini memang pelik sampai kena dibelasah kerana minta chapati lebih!

Sumber

Aplikasi Twitter untuk halang bunuh diri dilancarkan

Sebuah badan kebajikan di Britain telah melancarkan satu aplikasi untuk Twitter yang dapat mengesan status yang mempunyai hasrat untuk membunuh diri.

Aplikasi tersebut bernama Samaritans Radar ini disasarkan kepada pengguna yang berumur 18 hingga 35 tahun yang merupakan kumpulan yang paling aktif di Twitter.

Perkataan yang aplikasi ini akan cari adalah dalam bahasa Inggeris yang merangkumi ‘’tired of being alone”, “hate myself”, “depressed”, “help me” dan “need someone to talk to”.

Dibina oleh agensi digital, Jam, aplikasi ini juga akan memberi amaran yang awal kepada pengikut Twitter seseorang yang mempunyai niat untuk bunuh diri.

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, pengikut Twitter perlu melawat laman web Samaritans Radar and memberi butiran mereka. Selepas itu, mereka akan mula memerhatikan akaun Twitter.

Kredit Foto: Cio

Sumber


Popular Minggu Ini

Kategori

Kongsikan

Powered by Blogger.