Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Gunting dalam perut selama 12 tahun


gunting-dalam-perut-selama-12-tahun
KAZAKHSTAN, (MLP) – Seorang lelaki tidak menyangka kesakitan yang dialami di bahagian perut setiap kali makan selama 12 tahun berpunca daripada sebilah gunting yang tertinggal dalam badan semasa menjalani pembedahan dahulu.

Lebih sedekad lalu, seorang rakyat Kazakhstan bernama Karp Ponomaryov menjalani pembedahan usus atas nasihat doktor. Prosedur berkenaan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Karp pulang ke rumah dan mula menjalani kehidupan seperti biasa. Tidak lama kemudian, jejaka tersebut mula merasa kesakitan di bahagian abdomen setiap kali menjamu selera.

Pada mulanya dia menyangka bahawa kesakitan itu adalah kesan sampingan dari pembedahan. Ekoran terlalu gembira kerana terselamat dan masih hidup selepas dibedah, Karp menyahkan sebarang pemikiran negatif.

Namun lelaki itu mula kehilangan selera makan sejak beberapa tahun kebelakangan. Kesakitan yang dulu hanya sedikit kini menjadi lebih ketara.

Karp mendaftar ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan awal. Doktor yang ditugaskan untuk melakukan X-ray amat terkejut  apabila melihat sebilah gunting besar berada di dalam perut Karp.



Pihak hospital tidak berjaya mendapatkan penjelasan dari doktor yang melakukan pembedahan usus 12 tahun lalu kerana dia sudah bersara tiga tahun lalu dan telah meninggal dunia.



Karp tidak bercadang untuk menyaman pihak hospital. Dia cuma mahu pembedahan untuk mengeluarkan gunting sepanjang 20cm itu dilakukan secepat mungkin.



Kredit gambar: Mirror, huffpost
 

Mesin ATM beri duit RM20 & RM50 palsu


mesin-atm-beri-duit-rm20-rm50-palsu
CHERAS, (MLP) – Lima orang peniaga di Taman Megah terkesima selepas mengetahui bahawa wang RM20 yang diberi pelanggan semasa melakukan urus niaga didapati wang palsu.

Sebahagian besar penjaja tidak sempat memeriksa ketulenan wang kertas berkenaan ekoran gerai masing-masing sedang sibuk dan sesak dengan pengunjung.

Kesemua mangsa tidak membuat laporan polis, namun saya sudah maklumkan perkara ini kepada polis dan berharap siasatan segera akan dijalankan,” ujar Adun Balakong, Eddie Ng Tien Chee.

Eddie Ng turut menerima aduan daripada seorang remaja yang menerima lapan keping wang palsu RM50 dikeluarkan dari mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Batu 11, Cheras.

Menurut Eddie, remaja tersebut mengeluarkan wang sejumlah RM2,000 daripada ATM untuk dideposit ke akaun milik rakannya menggunakan mesin deposit wang tunai di bank yang sama.

Walaubagaimanapun, mesin deposit terbabit tidak menerima lapan keping wang kertas yang kemudiannya didapati tidak dicetak dengan sempurna.

Pihak bank telah menggantikan wang kertas dengan nilai yang sama kepada mangsa selepas laporan polis dibuat.

Menurut Adun Balakong itu, beliau akan menulis surat kepada Bank Negara Malaysia untuk menggesa siasatan dilakukan terhadap kes.

“Ketua Audit Negara juga digesa melakukan audit terhadap pencetak wang supaya tidak menimbulkan salah faham kepada mereka yang tidak bersalah kerana menyimpan wang palsu tanpa pengetahuan,” tegas Eddie Ng lagi.

Kredit gambar: Yahoo News
 

Nokia 3310 VS iPhone 6


nokia-3310-vs-iphone-6
Apakah ciri-ciri yang membuatkan seseorang itu memutuskan untuk membeli sebuah telefon bimbit? Lambakkan jenama serta jenis telefon bimbit di pasaran tentu membuatkan pengguna berputih mata untuk memilih.

Sesetengah mahu perisian paling hebat, ada pula yang dambakan bentuk yang diidamkan. Tidak kurang juga yang membeli berdasarkan spesifikasi.

Telefon bimbit telah melalui pelbagai revolusi termasuklah dari segi dalaman, luaran mahupun transformasi kepada telefon pintar.

Namun tidak semestinya sebuah telefon itu mempunyai kesemua ciri-ciri yang diingini bukan? Ada juga orang yang masih berpaut pada model lama ekoran spesifikasi yang mantap.

Apa kata kita buat perbandingan konsol terdahulu dan sekarang? Mari perhati perlawanan antara Nokia 3310 dan iPhone 6!

Bateri



iPhone 6 yang dikeluarkan pada suku tahun ketiga 2014 ini amat canggih dan hebat dalam semua segi. Tapi dengan penggunaan yang kerap, hayat bateri hanya boleh bertahan sekitar 4 hingga 5 jam sahaja.



Nokia 3310 mempunyai nada dering monofon dan ia diiktiraf hebat semasa mula-mula dipasarkan. Tidak kiralah betapa ratus level 'Snake' yang anda main, jangka bateri boleh bertahan sehingga 4 atau 5 hari!

Batasan Impak



Telefon pintar masakini rata-rata sememangnya rapuh. Produk terkini keluaran Apple ini tidak terkecuali. Secara kasar, daya ketahanannya hanyalah kejatuhan dua kaki pada lantai kayu keras.



Lantai simen? Tiada masalah! Tingkat tiga? Bring it on! Itulah kata-kata yang mungkin diutar Nokia 3310 sekiranya boleh berbicara mengenai batasan impak yang boleh dihadapinya.

Perlindungan



Aksesori untuk telefon pintar kebanyakannya bersifat luaran. Pengguna harus membeli casing atau back cover bagi melindungi telefon bimbit dari calar, retak atau kerosakan.



Bukan setakat ringan, Nokia 3310 yang dikeluarkan pada September 2000 ini dicipta dengan sistem ketahanan secara dalaman. Tidak cukup dengan itu, kelonsong luarannya juga boleh ditukar sesuka hati.

Kemas kini perisian



Bisanya sistem iOS mahupun Android memerlukan kemas kini perisian sekurang-kurangnya seminggu sekali. Banyak aplikasi yang perlu update dan tambahan baru untuk mengekang masalah.



Software updates? Apa itu? Sekali lagi perkataan yang mungkin terpacul dari mulut Nokia 3310 sekiranya boleh berkata-kata. Telefon GSM ini dalam kadar sempurna semasa dikeluarkan.

Kadar Hayat



Terus terang sahaja, telefon bimbit anda hanya bertahan setahun dua sahaja bukan? Tambahan pula jika menggunakan telefon pintar. Dalam dua tahun, pasti bateri sudah kembang, skrin sudah pudar dan perisian menjadi lambat.



Cuba anda selongkar almari atau kabinet, jika menjumpai Nokia 3310 apa kata cuba cas bateri dan ketik butang hidup. Pasti boleh digunakan lagi. Tak percaya cubalah!

Kesimpulannya? Mahukan telefon yang bertahan lama? Gunakanlah Nokia 3310 yang sememangnya old school!

Kredit gambar: tumblr, mynokiablog, thejournal, stluciatimes, deviantart. osxdaily, digitaltrends, lowyat
 

Carian popular rakyat Malaysia sepanjang 2014


carian-popular-rakyat-malaysia-sepanjang-2014
Tahun 2014 hampir melabuhkan tirai. Rata-rata tahun yang dipenuhi suka duka ini diwarnai dengan cerita yang menyedihkan dan tragedi berbanding kisah yang bersifat positif.

Mahupun begitu, hiruk-pikuk yang berlaku mempunyai dua cabang cerita yakni salah satunya bersifat pengajaran atau mempunyai iktibar.

Ayuh teladani 5 topik hangat yang menjadi carian popular rakyat Malaysia sepanjang tahun 2014.

5 - Jennifer Lawrence



Jennifer Lawrence menduduki tempat kelima dalam senarai carian paling popular rakyat Malaysia sepanjang tahun. 2014 merupakan tahun yang penuh kontroversi buat pelakon yang pernah memenangi anugerah Oscar ini.

Aktres berusia 24 tahun ini muncul dalam dua filem popular berskala besar iaitu X-Men: Days of Future Past dan The Hunger Games: Mockingjay – Part 1, beserta Serena. Kisah penyebaran gambar bogelnya sekitar suku tahun ketiga turut menjadi perbualan hangat serta beberapa insiden di karpet merah yang diolah menjadi meme popular.

4 - Robin Williams



Pelawak veteran ini telah menyentuh hati dan perasaan jutaan individu di seluruh dunia. Tidak hairanlah namanya sering ditaip ke ruangan carian sejurus kematian mengejut beliau pada 11 Ogos 2014.



Membintangi pelbagai filem yang dikira berprestij seperti Aladdin, Good Will Hunting, Hook, Jumanji dan Patch Adams, ternyata nama Robin Williams amat mashyur serta memberi impak besar kepada rakyat Malaysia. Pastinya rakyat negara ini amat terkenang filem lakonan beliau yang menjadi buah hati dan kegemaran berzaman lamanya.

3 - FIFA World Cup 2014



Tidak dinafikan FIFA World Cup yang diadakan setiap empat tahun ini adalah acara sukan terbesar pada tahun 2014. Piala dunia disambut dan ditonton di seluruh benua. Malaysia juga tidak terkecuali terkena tempias kegemilangan aura bola sepak.



Banyak insiden mengejutkan yang berlaku mendorong kepada jumlah pencarian yang  dicatatkan. Sepanyol menjadi pasukan pertama yang dihantar pulang meski juara bertahan, Itali dan England tewas dalam pusingan kumpulan serta kejuaraan Jerman selepas 14 tahun. Tidak lupakan barisan pemain bola kacak yang pastinya dicari oleh peminat-peminat wanita Malaysia!

2 - Ice Bucket Challenge



Sememangnya aktiviti yang menjadi sebahagian daripada usaha kesedaran penyakit amyotrophic lateral sclerosis (ALS) ini menjadi fenomena. Meskipun segelintir yang mengutuk dan mempertikai apakah releven perbuatan terbabit, tidak kurang juga sebahagian besar rakyat Malaysia yang menyokong kempen tersebut.

Ramai personaliti popular di Malaysia yang berani untuk menyahut cabaran serta menderma kepada badan kebajikan ALS Association. Antaranya pelakon Lisa Surihani, ahli politik seperti Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Nazri Aziz selain DJ Radio iaitu JJ (Red.Fm) dan JinnyBoy (Hitz.fm).

1 - Malaysia Airlines



Kata kunci pencarian ‘Malaysia Airlines’ menjadi paling popular sepanjang tahun 2014 atas sebab-sebab yang kurang baik. Rata-rata masyarakat Malaysia amat terkejut dan tidak menyangka dua tragedi mengakibatkan pesawat komersil MAS boleh berlaku dalam masa setahun.



Kisah pencarian MH370 menjadi topik trending sejak bulan Mac lalu. Aliran trend tersebut berterusan ekoran MH17 ditembak jatuh di Ukraine sekitar Julai. Kedua-dua tragedi berkenaan merupakan bencana paling teruk yang pernah direkodkan dalam sejarah penerbangan dunia. Tidak hairanlah rakyat Malaysia amat berminat untuk mengambil tahu lantas mengikuti perkembangan siasatan.

Kredit gambar: mrwallpaper, mundotkm, communitytable, independent, ohbulan, abc7news, tumblr, coral-bay
 

10 alat muzik paling mahal di dunia

1.    Biola

Nama Stradivari adalah antara biola terbaik dan Antonius Stradivari telah mengeluarkan lebih 1,000 biola yang hebat. Bagaimanapun, biola paling mahal terjual adalah daripada jenis Giuseppe Guarneri iaitu bernilai AS$4 juta (RM14 juta).


2.    Piano

Piano paling mahal terjual adalah milik John Lennon dan isterinya Yoko ono. Piano model Z jenama Steinway itu sangat dikagumi kerana pernah dipaparkan dalam salah sebuah lagunya ‘Imagine’. Ia dijual kepada George Michael pada harga AS$2.08 juta (RM7.3 juta).


3.    Set drum

Antara set drum termahal yang pernah terjual bernilai AS$50,000 (RM174,000) kerana ia terdiri daripada emas. Selain itu, terdapat banyak lagi jenama set drum yang mahal seperti Tamu Ash.


4.    Gitar akustik

Gitar bersejarah dihasilkan Eric Clapton pada tahun 1970 yang menggabungkan tiga model gitar Fender Stratocasters membentuk sebuah gitar, berjaya dilelong pada harga AS$959,500 (RM3.3 juta). Selain itu, gitar Fender Stratocasters juga pernah dijual pada AS$3.7 juta (RM13 juta).


5.    Gitar elektrik

Gitar paling mahal adalah 1949 Bigsby yang dijual pada nilai AS$266,500 (RM928,000).


6.    Trompet

Trompet paling mahal dijual adalah trompet kegemaran milik pemain muzik, Dizzy Gillespie. Ia bernilai AS31,000 (RM108,000), dan sebuah lagi dijual pada harga AS$55,000 (RM191,000).


7.    Klarinet

Klarinet milik Benny Goodman baru-baru ini dijual pada harga AS$25,000 (RM87,000), dan satu lagi bernilai AS$16,250 (RM57,000).


8.    Papan kekunci muzik

Harga sebuah papan kekunci muzik sebenar dengan semua ciri mampu mencecah lebih AS15,000 (RM52,000). Ia mahal kerana memainkan peranan penting dalam komposisi lagu dan biasanya digunakan golongan profesional.


9.    Seksafon

Seksafon paling mahal di dunia yang pernah terjual adalah milik pemain seksafon lagenda yang dilelong pada nilai AS$30,000 (RM105,000) dan AS$35,000 (RM122,000).


10.    Sitar

Hari ini, sitar banyak digunakan untuk muzik klasik di Pakistan dan India. Alat ini membawa sentuhan tema Parsi dalam muzik dan merupakan alat penting untuk mencipta sebuah muzik klasik. Sitar terbaik adalah daripada Hemand Calcutta berharga antara AS$3,600 (RM13,000) hingga AS$14,000 (RM49,000).

Sumber

Pekerja dibenarkan tidur 30 minit

SEBUAH kilang di Guangdong, China membenarkan pekerja mereka tidur di tempat kerja selama 30 minit setiap hari kerana mendakwa ia boleh meningkatkan produktiviti sebanyak 30 peratus.

Peraturan ini merupakan sebahagian daripada pembaharuan baharu yang dilaksanakan pihak kilang sejak beberapa tahun lalu supaya pekerja lebih produktif.

Difahamkan, peraturan tidur di tempat kerja telah memberi banyak manfaat kepada pekerja dan kerajaan China kini gembira dengan peningkatan produktiviti pekerja yang diperoleh selepas mereka dibenarkan tidur seketika.

Bagaimanapun, sejak 2005, terdapat penambah baikan seperti kenaikan gaji, penyediaan asrama bagi pekerja yang ingin tidur berbaring dan dewan makan diubahsuai menjadi gelanggang pingpong serta tenis untuk mereka bersantai. – Daily Mail

sumber

Kereta terkecil di dunia

IA mungkin kelihatan seperti sebuah kereta mainan untuk anak kecil, namun kereta ini sebenarnya lengkap dengan enjin, pemecut dan brek, pedal minyak, sistem gear dan lampu depan serta belakang.

Penciptanya, Xu Zhiyun, 60, mengambil masa dua tahun untuk mencipta kereta itu dengan kos hanya 155 pound (RM852).

Dengan hanya berukuran 58 sentimeter (sm) panjang, 33 sm lebar dan 38 sm tinggi, ia menjadi kereta terkecil di dunia dan Xu sering memandu kereta itu bagi mengelakkan jalan raya sibuk di Shanghai.

Selain itu, Xu turut menggunakan kemahirannya untuk mencipta pelbagai barangan yang memudahkan kehidupan sehariannya seperti rak televisyen bergerak dan mereka pakaian sendiri. – Mail Online

Sumber

Kenali rumpai miang mexico, ulam raja

ALOR SETAR - Walaupun baru-baru ini negara kecoh dengan bahaya rumpai miang mexico, namun ramai mempertikaikan persamaan tumbuhan beracun tersebut dengan ulam raja.

Tumbuhan ulam raja adalah tumbuhan liar dan menjadi tambahan hidangan kepada penggemar ulam yang biasanya dimakan mentah.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Jabatan Pertanian Kedah, Ramli Abdul Rahman berkata, masyarakat tidak perlu khuatir kerana rumpai miang mexico atau parthenium hysterophorus mempunyai tiga ciri berbeza dengan ulam raja.

“Cara pertama dan paling mudah untuk membezakan ulam raja dan rumpai beracun itu adalah dari segi bau. Ulam raja mempunyai bau dan rumpai tersebut tidak.

“Selain itu, rumpai miang mexico mempunyai bulu halus di kesemua batang tumbuhan tersebut berbanding ulam raja.

“Orang ramai juga boleh mengenali rumpai miang mexico tersebut melalui bunganya yang berwarna putih krim berbanding bunga ulam raja bewarna merah jambu,” katanya.

Tambahnya, walaupun kedua-dua tumbuhan tersebut hidup secara meliar di kawasan belukar dan mudah didapati namun tiga perbezaan itu adalah cara mudah untuk mengenali rumput miang mexico tersebut.

“Jangan khuatir, dari jauh kita sudah boleh bau dan melihat bentuk fizikal berbeza antara kedua tumbuhan ini walaupun seakan sama serta dapat mengelakkan alahan akibat rumpai miang mexico itu,” katanya.

Sumber

Awas dengan panjang samping lelaki!


awas-dengan-panjang-samping-lelaki Kita tidak dapat menahan ketawa apabila membaca petikan daripada satu temu bual ini. Macam inilah, ketika balik beraya nanti, cuba perhatikan panjang samping si jejaka idaman anda. Ada makna sebenarnya!

Menurut Prof Madya Datuk Paduka Dr Mohd Rosli Saludin, “Apabila mengenakan samping, lelaki yang sudah berkahwin mesti di bawah lutut. Namun kalau orang bujang, sampingnya mesti di atas lutut. Kalau orang sudah kahwin memakai samping singkat itu tandanya dia hendak menambah isteri.”

Jadi kali ini saya sertakan gambar contoh pemakaian samping yang betul.



Ini sekadar gurauan sahaja ya, “model” yang ditampilkan ini tiada niat nak menambah isteri pun.

Sumber

Sebab anda harus dengar lagu sedih selepas berpisah

Baru-baru ini, kajian oleh pakar sains Jerman telah menghuraikan bahawa mendengar lagu sedih selepas perpisahan sebenarnya membantu seseorang itu pulih dengan lebih cepat. 

Malah, ia sebenarnya boleh mengembirakan orang tersebut!  

Liila Taruffi dari Universiti Freie di Jerman berkata memainkan lagu sedih sebenarnya berfungsi sebagai bantuan untuk emosi kita semasa kita bersedih dan memberi kesan yang keseluruhan ke atas kesejahteraan tubuh dan minda kita.

Pasukan sains ini telah mengkaji 772 peserta dari seluruh dunia untuk mengetahui sebab orang mendengar lagu muzik sedih terutama selepas berpisah dengan kekasih. Keputusannya adalah lagu sedih sesuai kerana mereka berasa sepi.

’Melalui lagu sedih juga, manusia dapat merasakan perasaan yang sedih tanpa mengalaminya di kehidupan sebenar. Ini mengaktifkan kesedaran kognitif yang membangkitkan imaginasi kita’’, tambah Taruffi.

Antara lagu-lagu yang terkenal yang didengari ramai selepas perpisahan adalah Hurt dari Johnny Cash dan Moonlight Sonata dari Beethoven.

Kredit Foto: Desi Rulez

Mengaku diri Spiderman!


mengaku-diri-spiderman
Semua orang mengimpikan untuk menjadi superhero. Ya, seorang manusia biasa yang dikurniakan kelebihan tertentu yang kemudiannya digunakan untuk melindungi masyarakat; satu keistimewaan yang diimpikan ramai orang.

Mungkin itu salah satu impian yang tidak kesampaian buat lelaki ini, Aaron Joseph Purmort. Dan demi menyempurnakan impian itu, Aaron meletakkan hal itu sebagai salah satu deskripsi diri dalam siaran takziah (obituary) selepas kematiannya.

Dalam siaran itu, Aaron mengakui dirinya adalah Spiderman, superhero terkenal yang menyelamatkan dunia dengan kebolehan 'labah-labah'nya!



Aaron meninggal dunia pada usia 35 tahun akibat kanser, meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki.

Kata isterinya, Nora, ia pada mulanya bermula sebagai gurauan antara dia dan mendiang suaminya. Ini kerana Aaron sangat menggemari buku dan watak komik.

Mungkin ini salah satu cara untuk Aaron mengabadikan kenangan untuk dirinya bersama anak dan isterinya. Jika bukan pada orang lain, mungkin dia adalah superhero di mata anaknya, siapa tahu? 
 

Kucing hijau misteri, baka baru?


kucing-hijau-misteri-baka-baru Penduduk di sekitar bandar Varna yang terletak di Bulgaria dikejutkan dengan seekor haiwan misteri jenis Felis catus atau kucing yang sedikit ganjil.

Kucing berkenaan berwarna hijau dan ia bukanlah penyuntingan oleh PhotoShop atau hasil kretif aplikasi gambar.



Warga Varna yang pernah bertembung dengan entiti pelik itu rata-rata bingung tentang asal-usul dan bagaimanakah kewujudannya boleh terhasil.

Sesetengah menyatakan bahawa keadaan kucing tersebut berlaku kerana keadaan perubatan yang jarang berlaku. Ada pula yang menyebarkan khabar angin bahawa haiwan feline itu diculik makhluk asing dan tidak kurang yang berpendapat bahawa ia adalah baka baharu kucing.



Malangnya ada penjelasan logik tentang mengapa haiwan comel ini berwarna hijau. Sekumpulan remaja bertindak mengekori kucing terbabit bagi mengetahui asal kejadiannya.

Apa yang mereka temui? Kucing berkenaan tinggal dan tidur di sebuah garaj tempatan yang dipenuhi cat serbuk berwarna hijau.

Namun begitu nampaknya kesan warna tersebut tidak juga luntur walaupun saban hari berlalu.

Menarik bukan jika anda mempunyai kucing unik yang begitu berlainan dari norma?








Kredit gambar: sickchirpse

Sumber




Berani melawat tempat ini?


berani-melawat-tempat-ini
Sebelum ini, kami telah memetik 5 tempat yang paling menyeramkan di dunia. Ingat lagi? Ini adalah sambungan artikel tersebut.

Sebenarnya, terdapat banyak tempat di dunia ini dengan cerita misteri. Biasanya, pelancong hanya melawat ke tempat yang menarik, menakjubkan atau tempat yang bersejarah. Jarang kita melawat ke tempat - tempat sebegini. Di luar negara, tempat - tempat sebegini dijadikan sebagai tempat pelancongan oleh kerajaan mereka.

Kalau anda seorang yang berani dan kuat semangat, tempat ini boleh dijadikan sebagai tempat pelancongan anda!

Berikut adalah 4 tempat paling menyeramkan di dunia.

Isla de las Muñecas, Mexico


La Isla de las Munecas adalah sebuah pulau yang amat menyeramkan di Mexico. Difahamkan, tempat ini mempunyai banyak patung yang tergantung di pohon-pohon pokok. Bukan patung cantik, tetapi patung - patung yang berkelihatan amat menyeramkan.

Menurut penduduk di situ, pulau ini telah dihuni oleh seorang lelaki bernama Don Julian Santana. Dia telah menetap selama 50 tahun di pulau ini dan meninggal dunia pada tahun 2001. Koleksi patung - patung ini merupakan perbuatan Julian yang dilakukan sebagai kerja harian.

Namun, terdapat rahsia di sebalik perbuatan Don Julain Santana itu. Ramai yang percaya, dia melakukan perkara ini sebagai dedikasi untuk hantu kecil yang merupakan seorang gadis yang mati di parit berhampiran pulau tersebut.

Willard Asylum - Willard, New York


Rumah ini dibina pada tahun 1869 bagi pesakit kurang siuman tahap kronik.  Dalam masa itu, tempat ini telah menampung sebanyak 50,000 pesakit dan difahamkan, separuh daripada pesakit itu telah meninggal dunia di rumah ini. Menurut penduduk berhampiran, mereka kadangkala mendengar jeritan orang dari bangunan tersebut pada waktu malam. Seram kan?

Borley Rectory - Borley, Essex, England


Rumah yang berkelihatan suram ini digelar sebagai rumah berhantu di daerah Borley Rectory, Essex, England.

Rumah ini mengisahkan cinta biarawan dari Borley dengan seorang biarawati dari sekolah berhampiran. Cinta mereka ditentang lalu menyebabkan pasangan ini melanggar peraturan adat mereka dengan kahwin lari. Sebagai hukuman, biarawan digantung mati, manakala biarawati dikubur hidup-hidup oleh masyarakat mereka. Selepas kejadian ini, peduduk di situ percayai roh mereka masih menghantui rumah tersebut.
Selama bertahun-tahun, paderi di rumah ini telah mengalami pelbagai peristiwa paranormal, seperti api tidak diketahui puncanya, jejak langkah hantu, fenomena "Poltergeist" dan sebagainya.

Hutan Hoia Baciu, Transylvania, Romania


Hutan Hoia Baciu dipercayai sebagai gerbang menuju dunia roh. Kalau sudah masuk ke dalamnya tidak ada hala tuju untuk kembali.


Kredit Gambar: Movie Pilot

Sumber

Pekerja Tesco naik mahkamah kerana terlalu cantik


pekerja-tesco-naik-mahkamah-kerana-terlalu-cantik
LONDON, (MLP) - Seorang wanita cantik yang juga pekerja pusat beli-belah Tesco terpaksa memohon perintah mahkamah gara-gara tidak tahan akibat sering diganggu seorang lelaki.

Samantha Bryce, 22, meminta mahkamah mengeluarkan perintah menjauhkan Nicholas Fenny, 56, yang didakwa sering mengganggunya  dengan memberi hadiah, kad Valentine dan mengajaknya keluar untuk makan malam.

Nicholas mula mengganggu Samantha selepas kali pertama mereka bertemu di pasar raya berkenaan pada Disember tahun lalu.

Kata Samantha, dia berasa takut kerana Nicholas mengetahui segala-gala tentang dirinya termasuk tempat asal dan warna kuda yang dimilikinya.

Foto: Mirror UK/hulukelang.com 
 

Telefon Samsung 'meletup' ketika tidur


telefon-samsung-meletup-ketika-tidur
KANADA, (MLP) - Seorang pelajar perempuan terkejut besar apabila telefon Samsung Ace miliknya meletup ketika dia sedang tidur.

Hope Casserly, pelajar Universiti Ontario berkata, dia dikejutkan oleh bunyi ‘pop’ yang kuat di sebelahnya ketika sedang nyenyak tidur jam 1.30 pagi.

Kata Hope, telefon itu tidak dicas dan diletakkan  di atas tempat tidurnya, dengan skrin telefon menghadap ke atas.

Samsung yang menerima aduan daripada Hope segera menghantar telefon berkenaan untuk siasatan. Hasil siasatan awal mendapati telefon berkenaan menggunakan bateri tidak tulen. 
 

Lahir dengan jantung di perut


lahir-dengan-jantung-di-perut
CHINA, (MLP) - Seorang lelaki di Henan dikesan dilahirkan dengan satu keganjilan; jantungnya berada di bahagian abdomen.

Huang Rongming, 24 tahun, selama ini terpaksa hidup dengan jantungnya terletak di bahagian perut, akan menjalani pembedahan bagi membetulkan semula keadaan itu.

Kerana kedudukan jantungnya itu, Huang mengalami masalah untuk bernafas setiap kali dia berjalan.

Kondisi seperti ini hanya berlaku kepada lima bayi daripada sejuta kelahiran dan kebanyakan mereka meninggal dunia sebaik dilahirkan. 
 

Gaya hidup luar biasa bayi termanja dunia


gaya-hidup-luar-biasa-bayi-termanja-dunia
Romany Rose Rowland dari Britain hanya berusia lima bulan tetapi mempunyai rak pakaian yang berjenama dan memakai subang berlian yang berharga hampir RM3 juta. 
Ibu Romany, Witney Rowland seorang ibu tunggal dan pemilik salon kecantikan berkata 'Saya lakukan semua ini untuk menyenangkan hidup anak saya ketika dewasa nanti’’. 
Berikut adalah barang milikan Romany yang masih belum mula berjalan lagi!
- Beg tangan Gucci

- Jam tangan Gucci bernilai RM10 ribu
 
- Pram bayi bernilai RM5 ribu yang diguna berdasarkan warna pakaian seharian

- Baju cashmere dan bulu haiwan yang setiap satu bernilai RM600

- Tab mandi merah jambu bernilai RM2 ribu

- Katil bayi berusia 200 tahun bernilai RM10 ribu


Untuk Krismas pula, katil buatan tangan ala puteri (RM15 ribu) dan kereta Range Rover mini (RM2 ribu) akan dihadiahkan kepada Romany! 
Ibunya kemudian telah mengaku yang dia ingin bayinya untuk menjadi terkenal seperti Honey Boo Boo dari siri realiti Amerika yang menceritakan kehidupan Alana 'Honey Boo Boo' Thompson, peserta pertandingan ratu cantik untuk budak kecil.  

Adakah wajar untuk memberi kemewahan sebegini ke atas bayi berumur lima bulan?


Kredit Foto: Daily Mail

Popular Minggu Ini

Kategori

Kongsikan

Powered by Blogger.