Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Selfie sebagai kesedaran kanser kulit


selfie-sebagai-kesedaran-kanser-kulit
Menangkap gambar selfie bukan lagi aktiviti masa senggang di media sosial sahaja, kini ada yang menangkap selfie bagi tujuan kesedaran perubatan.

Seorang wanita mengambil gambar selfie bagi mengingatkan orang ramai bahawa aktiviti menggelapkan kulit atau proses tanning boleh menyebabkan kanser kulit.

Tawny Willoughby yang berasal dari Alabama telah didiagnos menghidap kanser kulit sebanyak enam kali sejak enam tahun lalu.

Jururawat berusia 27 tahun ini gemar berkunjung ke salon tanning dan menggelapkan kulit, bukan dengan cara berjemur bawah cahaya matahari tetapi menggunakan mesin tanning elektronik.

Aktiviti itu bermula semenjak menuntut di sekolah menengah lagi dan dilakukanya sebanyak empat hingga lima kali seminggu.

Ibu muda ini mula-mula bertemu pakar dermatologi semasa berusia 21 tahun. Pada mulanya, walaupun sebahagian kulit yang boleh menyebabkan kanser telah dibuang namun penyakit itu tidak terus hilang.

Selama enam tahun, Tawny telah didiagnosis dengan sel karsinoma basal sebanyak lima kali dan sel karsinoma skuamus sekali.

Setiap kali bertemu doktor pakar, dia perlu menjalani prosedur menyakitkan untuk membuang kanser dari kulit seperti Curettage dan Electrodessication, Cryosurgery, Surgical Excision dan Photodynamic Therapy (PDT).

Tawny kemudiannya memuat naik gambar kulit mukanya di laman Facebook bagi menimbulkan kesedaran bahawa bahayanya aktiviti tanning jika tidak dilakukan dengan cara yang betul.

Menurut kenyataan Tawny di laman Facebooknya, menyapu losyen atau pelindung matahari adalah satu kemestian jika mahu melakukan aktiviti menggelapkan kulit.

Gambar itu telah dikongsi lebih 67,000 pengguna Facebook yang rata-ratanya memuji tindakan berani Tawny.

Kredit gambar: Facebook
 

Comments :

1
jusinfiniti said... on 

slm

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.