Setiap kali menjelangnya hujung tahun dan perayaan Hari Natal
kunjung tiba pastinya ramai yang mula menyelongkar dan menonton semula
filem Krismas kegemaran.
Tentunya filem Home Alone menjadi pilihan ramai ekoran keletah serta
aksi lucu Kevin McCallister (lakonan Macaulay Culkin) menentang dua
penjahat iaitu Harry (Joe Pesci) dan Marv (Daniel Stern) yang cuba untuk
merompak rumahnya.
Kini hampir 24 tahun filem arahan Chris Columbus ini menemui layar
perak. Home Alone kini menjadi sebuah fancais filem apabila disusuli
oleh empat buah filem sekuel.
Ayuh ketahui 9 fakta yang anda tidak tahu mengenai filem Home Alone!
Pelakon Aksi
Masih ingatkan anda akan beberapa aksi bahaya Kevin seperti
sleeding salji di dalam rumah, memanjat rak sehingga runtuh atau
zip lining ke rumah pokok?
Pihak produksi sebenarnya menggunakan pelakon aksi bernama Larry Nicholas untuk melakonkan aksi berbahaya ini.
Stuntman berusia 30 tahun itu mempunyai susuk tubuh yang kecil dan ketinggian yang sama dengan Macaulay Culkin semasa filem dirakam.
Hampir Dilanggar
Meskipun hampir kesemua adegan berbahaya menggunakan pelakon aksi namun
babak di mana Kevin hampir dilanggar ini dilakonkan sendiri oleh
Macaulay Culkin!
Adegan ini amat berbahaya maka ia telah dirakamkan dengan keadaan
terbalik. Maksudnya kereta bergerak secara ke belakang sama seperti
reaksi muka Kevin.
Salji
Home Alone merupakan filem yang berlatarbelakangkan musim sejuk ekoran
ditayangkan semasa sambutan Krismas. Tetapi tahukah anda bahawa salji
yang dilihat dalam filem berkenaan bukannya salji betul?
Ia sebenarnya adalah emping atau serpihan kentang yang dikisar. Tambahan
pula kipas angin membantu menjadikan keseluruhan filem tampak benar!
Tidakkah ‘salji’ palsu itu sepatutnya berwarna kuning?
Kesan Gigit
Pelakon Joe Pesci yang membawa watak Harry benar-benar menjiwai
aksaranya. Semasa adegan Kevin digantung oleh kedua perompak di dalam
rumah, Harry mengertak kanak-kanak itu dengan mengatakan bahawa dia mahu
mengigit jarinya.
Semasa sesi lakonan Joe telah mengigit secara betul sehingga menyebabkan
jari Macaulay Culkin luka. Masih ada parutnya sehingga kini.
Teman Wanita Buzz
Tentu anda tidak dapat melupakan babak Kevin menyelongkar kotak simpanan
barang Buzz? Dia menjumpai bingkai gambar yang memuatkan gambar teman
wanita abangnya lalu membuat reaksi menyeringai.
Tahukah anda orang di dalam gambar itu sebenarnya adalah lelaki? Pihak
produksi mahu menggunakan gambar seorang gadis yang benar-benar buruk.
Bagi menggelakkan orang sebenar dicemuh kemudian hari, mereka memakaikan
alat solek dan menukar seorang krew lelaki menjadi wanita.
Tarantula
Adegan di mana watak Marv ditakutkan dengan labah-labah Tarantula benar-benar dilakonkan sendiri oleh Daniel Stern.
Tetapi Daniel hanya membenarkan aksi itu dibuat sekali sahaja tambahan
pula dia perlu berjaga-jaga kerana jeritan boleh menakutkan haiwan
artropod berkenaan.
Pelabur Tidak Berminat
Home Alone adalah filem berbajet kecil dan tidak mempunyai ramai
pelabur. Filem sepanjang 103 minit ini sebenarnya kelolaan produksi
Warner Bros sebelum 20th Century Fox mengambil alih projek lantas
menambah sedikit lagi bajet menjadi USD 17 juta (RM 59 juta).
Siapa sangka Home Alone mendapat sambutan hangat lantas menduduki tangga
pertama selama 12 minggu! Filem komedi keluarga ini turut menjadi filem
dengan kutipan tertinggi pada tahun 1990 yakni sebanyak USD 476,684,675
(RM1.66 billion) meskipun mula ditayangkan pada 16 November.
Efek Khas
Bajet yang kecil, mengekang keinginan pihak produksi untuk mempunyai
efek khas yang menarik. Sebaliknya mereka menggunakan khidmat seorang
anak muda bernama Kevin Nordeen dengan upah yang murah.
Kevin hanya mengenakan bayaran rendah untuk setiap efek khas yang dibuat
iaitu sekitar USD200 (RM 697), USD 500 (RM 1,742) dan USD 600 (RM
2,091).
Ornamen Krismas
Bagi menghalang Marv dari memasuki rumah, Kevin ada meletakkan pelbagai
ornamen Krismas di tepi tingkap rumah. Sejurus melihat karekter Marv
terpijak hiasan tersebut, pasti ramai yang terkumit turut merasakan
kesakitan yang dialaminya.
Adegan terbabit benar-benar dilakonkan sendiri Daniel Stern tanpa
memakai kasut. Meskipun tanpa bantuan kesan khas namun perhiasan
tersebut sebenarnya diperbuat dari gula-gula. Tetapi sakit bukan jika
terpijak gula-gula keras?
Terasa mahu menonton semula bukan filem Home Alone selepas membaca?
Kredit gambar: Fanpop, tumblr, buzzfeed, YouTube