Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Kenali polis paling digemari di dunia!


kenali-polis-paling-digemari-di-dunia
Kenalilah Shivdeep Waman Rao Lande, seorang polis di Patna, India yang menerima lebih 300 sms setiap hari dari peminat wanitanya!

Dia telah menjadi hero di mata orang ramai selepas menyelamatkan seorang gadis dari dicabuli oleh tiga lelaki mabuk. Gadis itu telah menelefonnya untuk meminta pertolongan dan Lande seperti hero Bollywood telah sampai di tempat kejadian dengan serta merta. 

Dilahirkan di keluarga yang miskin, Lande sebenarnya seorang jurutera tetapi telah menyertai pasukan polis pada tahun 2006.  

Hampir semua rakyat di pekan itu mempunyai nombor telefonya dan jika dipanggil untuk kecemasan, dia akan tiba dengan serta merta. Lande juga diberi nama timangan selepas watak  terkenal polis 
Bollywood seperti Singham’, ‘Dabangg’ dan ‘Rockstar.

Tahukah anda, dia boleh ditemui di laman wikipedia dan mempunyai ikutan Facebook yang ramai? Dia pernah tersangkut dalam kes penipuan Facebook apabila beberapa lelaki tempatan membuka akaun Facebook dan menyamar sebagainya untuk meminta lamaran wanita. 

Ketika menerima arahan pemindahan dari kerajaan, masyarakat di situ telah mengadakan perarakan lilin untuk membantah arahan tersebut. 

Seorang yang baik hati, Lande juga menyumbangkan 60 % hingga 70%  gajinya untuk tabung sosial yang mengadakan perkahwinan untuk gadis miskin dan juga untuk pelajar miskin yang ingin membelajari kursus kejuruteraan.  

Adakah dia polis yang paling digemari dunia?  Betul, rasanya. 


Kredit Foto: Police Suhail
 

Comments :

0 comments to “ Kenali polis paling digemari di dunia!”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.