Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

5 tip menjadi pejuang MMA hebat

MMA atau Mixed martial arts mula mendapat tempat di kalangan para media dan tontonan umum. Seni mempertahankan diri ini memainkan peraturan campur dimana peserta dibenar mengguna teknik serangan serta pergelutan dari seleksi sukan tempur di dunia.

Sesetengah menyifatkan sukan ini bersifat ganas dan hanya menanamkan idea bahawa mereka yang tabah dah cekal sahaja boleh menyertai.

MMA yang dahulunya dimonopoli golongan lelaki kini menyaksikan penglibatan atlet wanita. Siapa sangka sukan lasak ini juga sesuai buat sang hawa bukan?

Mengalung gelaran ‘pejuang MMA tercantik di dunia’, Song Ga Yeon mendapat perhatian meluas ekoran rekod kejayaan yang dikecapi. Gadis cantik berusia 19 tahun ini tidak terkalah dalam karier amatur malah mendapat pujian dalam kemenangannya ke atas pejuang lelaki sebanyak dua kali.

Menggunakan kejayaan Song Ga Yeon sebagai inspirasi, mari teliti lima tip menarik buat kaum wanita untuk menjadi pejuang MMA yang hebat!

Diet dan Nutrisi
Bukan perkara asing untuk mana-mana atlet, penjagaan diet dan pengambilan nutrisi yang mencukupi amat penting untuk menguatkan tubuh badan. Tahukah anda, sebelum debut pertama, Ga Yeon turun 6 kg dalam masa dua minggu?



Beliau mengikuti diet ketat yang menukarkan lemak badan kepada otot. Plan diet tersebut meliputi perkadaran 9:7:3 bagi karbohidrat, protien dan lemak.

Sukan sebagai hobi
Mejurusi seni mempertahankan diri sebagai karier tidak bermakna, anda tidak boleh meminati sukan lain. Ga Yeon merupakan seorang pelari pecut ketika berada di sekolah rendah.



Pada waktu terluangnya pula, gadis kelahiran Gyeongsangbuk-Do ini gemar menghabiskan masa bermain golf bersama bapanya.

Disiplin dalam latihan
‘Practice makes perfect’, satu pernyataan yang teguh dah jelas. Jika kamu berminat menyertai mixed martial arts, disiplin harus dijadikan tiang hidup.



Meskipun berlatih di sekolah, Song Ga Yeon menghabiskan sekurang-kurangnya enam jam di gim kick-boxing untuk berlatih. Langkah menjadi semakin mantap malah skil bakal bertambah sempurna.

Bersikap positif
Salah satu ideologi paling berkesan dalam pembentukkan karekter seorang pejuang. Bersikap positif mampu melenyapkan kebimbangan sampingan lantas mendorong ke arah misi yang hendak digapai. Kejelitaan gadis 19 tahun ini sering dipandang enteng oleh pelbagai pihak yang tidak mempercayai kebolehannya bertinju.



Semasa mula-mula mendekati Road FC tahun lalu, Ga Yeon ditawarkan menjadi gadis gelanggang meski niat sebenar mahu bertanding. Beliau hanya mampu bersikap positif dan berazam mahu membuktikan bahawa impresi itu tidak benar sama sekali.

Singkir pemikiran remeh
Perkara yang tidak penting dan renyah hanya akan menambah beban dikemudian hari kelak. Otak yang dipenuhi pemikiran masnum akan menggangu menumpukan perhatian semasa berlatih, berehat mahupun tatkala bertanding.



“Jika wajah saya luka semasa berlawan, ia boleh dijahit. Kalau lebam mula timbul, ia kan hilang juga satu hari nanti,” jawab Ga Yeon apabila ditanya perihal kecedaraan yang mungkin dialami.

Saksikan debut sulung Song Ga Yeon dalam Road FC 017 pada hari Jumaat, 26 September, pukul 10 malam menerusi saluran KIX HD (Astro 729).

Sumber

Comments :

0 comments to “ 5 tip menjadi pejuang MMA hebat”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.