Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

4 adat pelik perkahwinan

Perkahwinan adalah hari yang paling dinanti oleh setiap insan. Namun, bagi sesetengah adat dan kepercayaan, mereka mempunyai beberapa adat unik yang perlu dilalui sebelum atau selepas majlis perkahwinan berlangsung. Ada di antara adat-adat ini membuatkan kita angkat kening dan bertanya, "Biar betul?"

PENGHITAMAN PENGANTIN (SCOTLAND)

Upacara ini melibatkan balingan telur, sos, dan barangan busuk pada pengantin perempuan. Dengar macam biasa kan? Tetapi itu bukan pengakhirannya, kerana anda akan diarak di sekitar bandar, berhenti di pub di serata bandar.

BALING PERALATAN DAPUR (JERMAN)

Apa yang berlaku ialah tetamu pengantin akan membaling cawan, mangkuk, gelas, dan apa saja boleh pecah. Pengantin kemudiannya perlu membersihkan serpihan-serpihan itu. Ia melambangkan bahawa pasangan pengantin akan berdepan kesukaran dan mereka perlu bekerjasama jika mereka mahu perkahwinan mereka berjaya.

PANAH PENGANTIN PEREMPUAN (CHINA)



Kalau tadi pengantin dibaling dengan barang-barang seperti telur dan sos, kali ini pengantin perempuan perlu 'dipanah' pengantin lelaki.  Menurut adat ini, pengantin lelaki perlu menembak tiga anak panah pada pengantin perempuan. Bagaimanapun, mereka tidak menggunakan kepala anak panah. Pengantin lelaki kemudiannya akan mendapatkan kembali anak panah ini dan mematahkannya. Adat ini sebagai lambang bahawa pasangan pengantin akan terus mencintai satu sama lain.

SERGAH PENGANTIN DI MALAM PERTAMA (era sebelum kurun ke 19)



Tak dapat dipastikan dari negara atau kaum mana, tetapi yang pasti ia tentu merupakan tradisi paling menjengkelkan dalam banyak-banyak adat pelik perkahwinan. Apa yang terjadi adalah pada malam perkahwinan pasangan pengantin, satu perhimpunan besar terdiri dari rakan-rakan, ahli keluarga dan tetamu majlis perkahwinan yang lain akan berkumpul di luar rumah pasangan pengantin dan akan membuat bising sekuat mungkin. Mereka akan memukul periuk, menyanyi lagu dan melakukan apa sahaja yang mereka boleh untuk mengganggu pasangan itu.

Sumber

Comments :

0 comments to “4 adat pelik perkahwinan”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.