Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

James Bond Malaysia?


james-bond-malaysia
Senarai pelakon untuk filem James Bond terbaharu telah pun diumumkan, dengan Daniel Craig kekal peneraju watak ejen 007 yang digilai wanita itu.

Kali ini, kami bawakan kepada anda 4 pelakon lelaki tempatan yang dirasakan sesuai untuk bergelar James Bond andai ada pengarah mahu 'localize'kan filem itu. Atau pun, siapa tahu di masa akan datang, pelakon tempatan terpilih untuk melakonkan watak berkenaan? (Well, we can always dream, right?)



1. Remy Ishak



Pelakon yang mula menjadi rebutan semenjak drama bersiri Nur Kasih meletup sekitar tahun 2009 ini sesuai bukan sahaja kerana ketampanan dan keseksiannya, tetapi juga memandangkan 'track record' dalam melakonkan watak untuk filem aksi.

2. Aaron Aziz



Mana boleh melupakan jejaka idaman Malaya ini? Mungkin kemampuannya boleh diragui, tetapi aura sebagai James Bond yang seksi, macho dan bijak ada pada Aaron.

3. Tony Eusoff



Satu nama yang mungkin agak kurang popular di mainstream, tetapi tak dinafikan punya aura sebagai James Bond. Bakat lakonannya? Tak perlu dipertikaikan!

4. Fahrin Ahmad



Tak lengkap senarai ini andai kami tidak memasukkan nama Fahrin Ahmad. Tak banyak terlibat dengan projek mega, namun tiada siapa boleh menyangkal ketampanan dan keseksian Fahrin; dan dua elemen ini adalah antara yang paling penting untuk watak James Bond. 
 

Comments :

0 comments to “James Bond Malaysia?”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.