Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Gunting dalam perut selama 12 tahun


gunting-dalam-perut-selama-12-tahun
KAZAKHSTAN, (MLP) – Seorang lelaki tidak menyangka kesakitan yang dialami di bahagian perut setiap kali makan selama 12 tahun berpunca daripada sebilah gunting yang tertinggal dalam badan semasa menjalani pembedahan dahulu.

Lebih sedekad lalu, seorang rakyat Kazakhstan bernama Karp Ponomaryov menjalani pembedahan usus atas nasihat doktor. Prosedur berkenaan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Karp pulang ke rumah dan mula menjalani kehidupan seperti biasa. Tidak lama kemudian, jejaka tersebut mula merasa kesakitan di bahagian abdomen setiap kali menjamu selera.

Pada mulanya dia menyangka bahawa kesakitan itu adalah kesan sampingan dari pembedahan. Ekoran terlalu gembira kerana terselamat dan masih hidup selepas dibedah, Karp menyahkan sebarang pemikiran negatif.

Namun lelaki itu mula kehilangan selera makan sejak beberapa tahun kebelakangan. Kesakitan yang dulu hanya sedikit kini menjadi lebih ketara.

Karp mendaftar ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan awal. Doktor yang ditugaskan untuk melakukan X-ray amat terkejut  apabila melihat sebilah gunting besar berada di dalam perut Karp.



Pihak hospital tidak berjaya mendapatkan penjelasan dari doktor yang melakukan pembedahan usus 12 tahun lalu kerana dia sudah bersara tiga tahun lalu dan telah meninggal dunia.



Karp tidak bercadang untuk menyaman pihak hospital. Dia cuma mahu pembedahan untuk mengeluarkan gunting sepanjang 20cm itu dilakukan secepat mungkin.



Kredit gambar: Mirror, huffpost
 

Comments :

0 comments to “Gunting dalam perut selama 12 tahun”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.