Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Petrol & Diesel dijangka turun 10 sen mulai 1 Januari 2015


petrol-diesel-dijangka-turun-10-sen-mulai-1-januari-2015
KUALA LUMPUR, (MLP) - Presiden Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman tidak menolak kebarangkalian harga minyak RON95, RON97 dan diesel dijangka turun 10 sen bermula 1 Januari 2015.

Beliau berkata demikian ekoran rentetan penurunan harga minyak mentah dunia yang menyusut sejak kebelakangan ini.

"Ini hanya bayangan harga kerana kadar sebenar hanya akan ditetapkan kerajaan dalam masa terdekat. Rakyat perlu tahu terdapat kos lain yang tidak termasuk di dalam pengiraan harga minyak seperti pengangkutan dan sebagainya," ujar Hashim.

Buat pertama kali sejak tahun 2009, harga minyak mentah Brent jatuh pada paras di bawah AS$60 (RM210) setong bagi penghantaran Januari bermula Selasa lalu.

Datuk Ahmad Maslan sebelum ini turut membayangkan harga minyak akan turun menjelang Januari tahun hadapan.

Walaubagaimanapun Timbalan Menteri Kewangan itu menegaskan jumlah penurunan harga kesemua bahan api belum dapat diumumkan kerana masih di peringkat kajian.

Pada 1 Disember lepas, harga runcit RON97 turun sembilan sen kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 pula turun empat sen kepada RM2.26 seliter. 
 

Comments :

0 comments to “Petrol & Diesel dijangka turun 10 sen mulai 1 Januari 2015”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.