Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

5 azam kewangan 2015


5-azam-kewangan-2014
Utamakan hutang, ketepikan simpanan

Apabila anda mempunyai wang lebih setelah membayar bil-bil bulanan, ia adalah perkara biasa untuk simpan wang tersebut sebagai dana kecemasan. Sungguhpun begitu, jika anda mempunyai hutang kad kredit yang banyak, ia adalah lebih baik untuk membayar hutang anda terlebih dahulu. Kenapa? Kadar bunga kad kredit yang dikenakan setiap bulan adalah lebih banyak berbanding dengan keuntungan simpanan anda di dalam akaun simpanan. Bayar hutang anda dahulu, simpan kemudian.

Apakah skor kewangan anda?

Apa itu skor kewangan? Skor kewangan amat penting untuk menentukan jika pinjaman kereta daripada bank boleh lulus atau tidak. Selain daripada pinjaman kereta, skor kewangan akan direkod dan boleh disemak bila-bila masa oleh bank apabila anda membuat pinjaman baru. 
 
Simpanan automatik!

Sudah berapa kali anda ingatkan diri anda untuk membuat simpanan? Beratus-ratus kali, tetapi tidak menjadi? Cara yang paling berkesan untuk membuat simpanan adalah pemotongan automatik dari akaun gaji anda. Carilah simpanan yang paling sesuai dengan diri anda dari institusi kewangan untuk mulakan simpanan anda hari ini. Jangan lupa untuk bandingkan kadar bunga untuk memperoleh keuntungan simpanan paling lumayan!

Melabur saham

Anda tidak perlukan berjuta-juta ringgit untuk melabur saham. Beberapa ratus ringgit cukup untuk mula dengan 'index fund' di Bursa Malaysia. Apabila melabur, fikirkan pelaburan jangka masa panjang. Buat kajian yang mencukupi untuk tentukan saham mana anda harus melabur. 

Bayar lebih, jimat lagi banyak

Akhir sekali, anda harus bayar lebih daripada pembayaran bulanan minima kad kredit. Tahukah anda penyata bulanan kad kredit anda turut memberitahu anda yang dengan membuat pembayaran minima, anda akan berhutang lama? Cuba anda kira kadar bunga kad kredit anda dan tambah sebanyak RM50 setiap bulan supaya anda boleh habis membayar hutang dalam masa terdekat.

Tahun 2015 ini, anda harus pandai berjimat-cermat dan gunakan apa yang anda dapat untuk melabur.
 

Comments :

0 comments to “ 5 azam kewangan 2015”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.