Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Perniagaan online di Facebook dan Instagram menyalahi undang-undang Malaysia


perniagaan-online-di-facebook-dan-instagram-menyalahi-undang-undang-malaysia
PUTRAJAYA, (MLP) - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mengisytiharkan perniagaan secara online menerusi laman sosial Facebook atau Instagram adalah menyalahi undang-undang kecuali mendaftar terlebih dahulu dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Timbalan Menterinya Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, peniaga dalam talian perlu mendaftar sebagai langkah-langkah keselamatan buat para pengguna bagi mengelakkan sebarang penipuan atau eksploitasi berlaku.

Menurut Ahmad Bashah, terdapat beberapa syarat yang harus dipatuhi berdasarkan Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) yang dikeluarkan pada tahun 2012.

“Para peniaga wajib memaparkan nama perniagaan, nama syarikat, nombor pendaftaran syarikat, e-mel dan nombor telefon mereka dalam laman Facebook atau Instagram,” tegasnya.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu berucap mengenai perdebatan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2014 di Dewan Negara semalam.

Perihal tersebut telah dibangkitkan oleh Senator Shahanim Mohamad Yusoff yang mempersoal langkah-langkah yang diambil kementerian berkenaan bagi melindungi para pengguna yang gemar membeli barangan dan servis secara online.

Kredit gambar: wiki
 

Comments :

0 comments to “Perniagaan online di Facebook dan Instagram menyalahi undang-undang Malaysia”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.