Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Buat laporan polis untuk cari jodoh


buat-laporan-polis-untuk-cari-jodoh Tugas sebagai anggota polis memang mencabar. Bukan sahaja perlu menjaga keselamatan awam, tetapi juga menghadapi kerenah manusia yang tak masuk akal.

Seorang lelaki berusia 27 tahun telah membuat laporan polis di IPPD Klang Selatan. Tidak seperti laporan biasa, ianya dibuat untuk mendapatkan bantuan polis bagi mencari pasangan untuk berkahwin.

Di dalam laporan tersebut, lelaki itu memberitahu dia adalah seorang lelaki bujang dan berharap agar polis dapat membantu mencari seorang isteri untuknya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Kamarul Zaman Mamat berkata, polis tidak boleh menghalang mana-mana individu daripada membuat laporan polis tetapi dalam masa yang sama beliau turut menekankan bahawa orang ramai tidak sepatutnya menyalah guna perkara tersebut bagi melaporkan perkara remeh temeh.

Lelaki itu bagaimanapun tidak dikenakan sebarang hukuman kerana apa yang dilakukannya tidak menyalahi undang-undang.

Foto: Flickr

Sumber

Comments :

0 comments to “Buat laporan polis untuk cari jodoh”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.