Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Crash Diet (Diet Mendadak) Yang Mesti Dijauhkan


crash-diet-diet-mendadak

Mengelakkan diri daripada mengambil sarapan pagi, menghindari karbohidrat atau hanya meminum air seharian merupakan contoh pemakanan yang tidak sihat, diamalkan oleh mereka yang mempraktik crash diet, iaitu diet yang mendadak dimana pengambilan kalori harian adalah 1000 kalori atau kurang. Gaya pemakanan ini sekiranya berterusan akan mengakibatkan ketidakseimbangan metabolisme dan sukar untuk turun berat pada tempoh masa yang panjang. Sebelum berlarutan, dinasihatkan supaya mengubah pelan pemakanan anda agar dapat pulih dari sindrom 'crash diet' ini. Berikut merupakan beberapa cara untuk anda amalkan sekiranya anda tergolong dalam mereka yang mengamalkan crash diet:


 1. Susun semula pelan pemakanan supaya anda tidak melangkau satu hidangan pun dalam sehari. Pastikan anda makan sarapan pagi, tengahari dan malam dalam kadar yang konsisten dan memadai supaya dapat membaiki metabolism yang rosak akibat pemakanan crash diet.


2. Diingatkan agar snek antara hidangan sentiasa berada bersama anda jika kelaparan dan memastikan agar tidak meninggalkan mana mana hidangan penting dalam sehari.


3. Makan makanan yang seimbang yang merangkumi buah-buahan, sayur sayuran, karbohidrat yang mencukupi seperti nasi atau roti. Protein contoh ayam bahagian dada juga amat diperlukan bagi melengkapi makanan yang seimbang Cara pemakanan ini lebih rendah kalori dan menyihatkan juga berbanding makanan ringan yang mudah didapati dalam masa yang membaiki semula metabolisme badan yang telah hilang/rosak.


4. Senaman adalah bahagian yang penting untuk mengekalkan dan membina otot otot yakni menaikkan kadar metabolisme anda juga. Latihan rintangan tinggi adalah perlu untuk seseorang itu meningkatkan terus metabolisme badan. Lagi banyak berat otot yang anda ada, lagi banyak jumlah kalori akan dibakar pada ketika senaman tersebut.

Sumber

Comments :

0 comments to “ Crash Diet (Diet Mendadak) Yang Mesti Dijauhkan”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.