Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

5 Mitos penjagaan kulit lelaki


mitos-penjagaan-kulit-lelaki
Terdapat pelbagai info yang tidak benar mengenai proses penjagaan kulit sang adam. Sesetengah pria pula berpendapat tidak perlunya mereka melakukan perkara-perkara remeh seperti kaum hawa.

Ketahuilah bahawasanya penting untuk lelaki menjaga kulit. Mari kenali beberapa mitos popular sering dibangkitkan tatkala berbicara mengenai isu ini.

Bercukur sekadar membuang bulu muka

Bercukur bagus untuk muka kerana proses tersebut sekaligus membuang sel kulit mati yang biasanya menyumbat pori muka.

Tidak memerlukan losyen

Kenyataan yang tidak benar malahan kulit arjuna sebenarnya lebih berminyak berbanding kulit wanita. Losyen sangat penting bagi mengelakkan kulit kasar atau bersisik.

Tiada bintik hitam

Tidak kira lelaki atau wanita pasti mendapat bintik hitam dalam liang di sekeliling hidung. Walaupun kaum wanita sering memicit bagi mengilangkannya, para lelaki sebenarnya boleh mengunakan pencuci muka berasaskan asid salisilik, skrub atau pelekat blackheads.

Jerawat hanya di muka

Satu pernyataan yang sangat salah diperturun. Terutama untuk jejaka yang selalu berpeluh, jerawat boleh tumbuh di bahagaian belakang badan. Gunakan sabun pencuci anti-jerawat glycolic atau asid salisilik.

Tidak perlu pelembap

Pakar menyifatkan pengekalan kelembapan wajah adalah penting untuk semua orang. Lelaki lebih cenderung mendapat kulit berminyak maka penggunaan gel pemutih atau serum dalam kegunaan harian adalah lebih baik daripada heavy cream atau losyen.  Kredit gambar: scmp

Sumber

Comments :

0 comments to “ 5 Mitos penjagaan kulit lelaki”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.