Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Permainan video "penghisap darah"


permainan-video-penghisap-darah
Permainan tidak lama lagi bukan sekadar permainan, tetapi boleh menjadi perkara yang penting umpama hidup atau mati.

Dua individu di Kanada telah mencipta aksesori permainan aneh yang menghisap darah pemain melalui jarum ‘intravena’, setiap kali mereka menekan butang ‘hit’ dalam permainan.

Peranti, yang dikenali sebagai "Blood sport" dicipta dengan menggunakan teknologi "rumble pack". Peranti ini memberi isyarat elektrik yang menghantar getaran kepada pengawal apabila pemain ditembak, hanya untuk mengkonfigurasi semula wayar dan menjadikannya sebagai peranti pengaliran darah.

“Setiap kali anda ditembak dalam permainan, darah akan mengalir keluar dari lengan anda melalui salur intravena itu,” kata kedua-dua eksekutif pengiklanan Kanada,Taran Chadha dan Jamie Umpherson.

Syarikat itu berharap projek yang dinanti-nantikan yang diberi nama Battlefield dapat dilancarkan pada bulan Mac tahun depan.

Walaupun permainan penembak ini kelihatan seperti peranti kematian, perekanya berkata peranti ini dicipta untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan derma darah melalui permainan ini.


Sumber

Comments :

0 comments to “ Permainan video "penghisap darah"”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.