Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Loghat amat sukar dibuang


loghat-amat-sukar-dibuang
Meskipun seseorang itu berjaya menguasai bahasa kedua namun, aksen asal amat sukar untuk dihilangkan.

LiveScience menyifatkan perkara ini terjadi kerana faktor umur pembelajaran. Apabila dilahirkan sehingga mencecah usia lima tahun, minda manusia begitu fleksibel lantas mampu mengasimilasi pelbagai suara. Seketika menjangkaui usia tersebut, proses mengamatan bunyi mulai berkurangan.

“Anda tidak boleh belajar bahasa kedua sepertimana anda mempelajari bahasa ibunda. Minda tidak dapat memproses bunyi sebagaimana usia lima atau enam mampu,” terang pakar, Katharine Nielson.

Salah satu isu lain yang berkaitan masalah pembelajaran bahasa adalah, manusia sering mempelajari bahasa kedua menerusi penulisan terlebih dahulu dan bukannya percakapan.

Percakapan sebagai tumpuan awal pembelajaran amat penting kerana penutur asli boleh membaiki kesalahan pada peringkat awal.

Pakar mencadangkan bahawa mempelajari bahasa baru menerusi latihan percakapan serta sari kata di televisyen merupakan cara yang paling berkesan.

“Namun begitu terdapat kes khas, dimana para pelakon biasanya berjaya melatih diri mereka untuk mengutarakan pelbagai loghat apabila dikehendaki,” terang Katherine lagi.

Kredit gambar: justicefergie
 

Comments :

0 comments to “ Loghat amat sukar dibuang”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.