Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Movember: Selebriti Malaysia dan misai


movember-selebriti-malaysia-dan-misai
November telah berlalu pergi maka ramai kenalan anda yang akan meninggalkan aksara ‘ganas’ kerana mempunyai misai dan jambang.

No shave November sebenarnya berasal dari Yayasan Movember yang bermula beberapa tahun lalu. Komuniti ini menyaran para arjuna untuk menyimpan misai dan janggut selama sebulan bagi memupuk kesedaran terhadap penyakit berkaitan lelaki.

Sehingga tahun 2014, terdapat 800 program diadakan menerusi 21 negara di dunia. Dana kesihatan ini giat membantu pesakit kanser prostat, testis dan masalah kesihatan mental kaum adam.

Sempena dengan hari terakhir Movember, apa kata kita kenali lima selebriti Malaysia yang sememangnya dikenali kerana persona misai mereka.

Aizat Amdan



Penyanyi dan penulis lirik berbakat ini bukanlah pendatang baru dalam arena seni suara. Namun apa yang baru? Misai unik ala-ala P.Ramlee yang mula diperkenal awal tahun. Nampak matang penampilan baru jejaka yang berusia 25 tahun ini.

Izzue Islam



Pelakon yang popular dengan drama Sebenarnya Saya Isteri Dia ini menjadi gilaan para gadis di luar sana kerana wajah yang comel. Tetapi semasa mula mencipta nama dahulu, Izzue cukup dikenali kerana rupa paras yang garang ekoran mempunyai facial hair.

M. Nasir



Siapa yang tidak kenal dengan seniman M. Nasir? Selama beberapa dekad, komposer dan penyanyi popular ini sentiasa menjaga misai serta jambang yang selari dengan perwatakkan seriusnya. Mendapat gelaran ‘sifu’, M. Nasir betul-betul kelihatan seperti guru dari Jepun!

Wak Doyok



Ikon fesyen ini amat popular kerana tatagaya, stail serta fesyen yang dikenakan. Namun apa yang membuat Wak Doyok dikenali di seluruh Malaysia adalah kerana misainya. Rata-rata ramai anak muda kini yang mula meniru penampilan Wak Doyok bukan sekadar pakaian tetapi misai sekali!

A.Galak



A. Galak amat sinonim dengan persepsi sebagai anggota polis atau Sarjan Misai. Itulah gelaran yang membuatkan pelakon veteran ini popular. Setiap kali berbicara mengenai misai yang unik, nama beliau tidak pernah lekang dari diutarakan.

Kredit gambar: mediamalaya, budiey, wiki, ohbulan, kayling88ent, carigold
 

Comments :

0 comments to “Movember: Selebriti Malaysia dan misai”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.