Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Berbasikal ke rumah selepas digigit jerung


berbasikal-ke-rumah-selepas-digigit-jerung
PERTH, (MLP) - Cameron Pearman, 13, telah berbasikal balik to rumahnya dan bersarapan pagi selepas digigit oleh seekor jerung semasa meluncur di pantai kira-kira 85 kilometer dari Perth.
Dalam insiden yang berlaku semalam pada pukul 6 pagi itu, dia dilaporkan dirawati oleh seorang anggota penyelamat pantai sebelum menunggang basikal untuk balik ke rumah. Budak itu mengalami luka kecil pada kaki kanannya.
Selepas sampai ke rumah, bapanya hanya berfikir bahawa anaknya itu terjatuh basikal dan langsung tidak percaya yang dia diserang oleh seekor jerung. Selepas insiden itu, pihak berkuasa pantai telah menutup pantai itu daripada kunjungan orang ramai sehingga 6 pagi hari Ahad waktu tempatan.

Menurut Cameron, jerung itu menyerangnya dari belakang. Walaupun digigit jerung,  dia berkata dia akan terus meluncur pada awal pagi Ahad.

Sumber

Comments :

0 comments to “Berbasikal ke rumah selepas digigit jerung”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.