Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Nyaris ditelan anaconda kerana aksi lagak ngeri


nyaris-ditelan-anaconda-kerana-aksi-lagak-ngeri AMERIKA SYARIKAT, (MLP) - Hasrat seorang lelaki mahu melakukan aksi lagak ngeri ditelan hidup-hidup oleh seekor ular anaconda membawa padah apabila aksi yang dirancang sebagai satu lakonan itu benar-benar terjadi.

Dalam rakaman yang disiarkan saluran Discovery, Paul Rosolie, 27, dan 10 pembantunya mengesan ular anaconda sepanjang enam meter di Sungai Amazon. Dengan memakai sut hitam dan dilumur dengan darah babi, Rosolie, meredah kawasan itu sambil dirakam kamera dan disaksikan isterinya, Gowri.

Tidak lama kemudian, seekor anaconda betina menerpa Rosolie sebelum melilit lelaki setinggi 1.7 meter itu.

Namun, sebaik menyedari tangannya ‘mula akan patah’ akibat belitan itu, Rosalie mengarahkan rakan, doktor dan pakar veterinar menyelamatkannya.

Sumber

Comments :

0 comments to “Nyaris ditelan anaconda kerana aksi lagak ngeri”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.