Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Nak sertai Sekolah Hogwarts?


nak-sertai-sekolah-hogwarts Anda peminat fanatik Harry Potter? Jika ya, mungkin anda akan cemburu dengan apa yang akan dipaparkan ini. College of Wizardry merupakan acara tahunan yang diadakan untuk mengumpulkan peminat Harry Potter dari 11 negara. Ia menjadi satu konvesyen di mana semua tentang Harry Potter diadaptasi ke alam realiti - termasuklah magik!





Acara ini berlangsung di sebuah perkampungan di Poland, di mana sebuah bangunan yang dikesan mempunyai persamaan dengan Hogwarts dipilih sebagai lokasi. 200 peserta akan memainkan peranan masing-masing; guru magik, profesor dan pelajar. Tiada skrip dibekalkan, semua yang berlaku adalah secara spontan dan setiap 'watak' tahu apa yang perlu dilakukan.

College of Wizardry berlangsung setiap November dan April selama empat hari, dengan bayaran sebanyak 280 euro (RM1,189.90) seorang.

Sumber

Aplikasi dan gadget unik untuk iPad anda


aplikasi-dan-gadget-unik-untuk-ipad-anda Pengeluaran aplikasi telah naik dengan mendadak dalam lima tahun lepas dengan kemunculan tablet dan telefon pintar. Lebih daripada hanya membina aplikasi, pengeluar dan pereka telah menceburi wilayah baru, mencipta aksesori dan alat. Di sini kami mengkaji semula empat aplikasi dan alat yang menarik untuk iPad anda.

iCade
Manakala pada masa lalu kami mungkin telah memilih untuk pergi ke arked, aplikasi iPad baru iCade kini membenarkan anda bermain permainan Atari lama dari rumah anda. iCade, yang diperbuat daripada sebuah bingkai kayu, direka seperti konsol arked. Dengan menggelongsori iPad anda melalui selongsong, pemain boleh mempunyai akses kepada banyak aplikasi permainan Atari seperti Asteroids, Centipede dan Battlezone pada harga dari RM3 – RM15. Kabinet arked boleh dibeli dalam talian untuk US99 (RM300)- ianya agak mahal tetapi datang dengan butang dan joystick yang melengkapkan pengalaman permainan arked ini.

Rockmate
Dibangunkan oleh Fingerlab, Rockmate menyatukan semua unsur-unsur studio muzik ke dalam satu aplikasi tunggal. Aplikasi ini mengandungi empat instrumen: dua gitar, gendang-gendang dan papan kekunci, dan membenarkan anda menulis, merakam dan bermain lagu. Versi terbaru aplikasi ini memperkenalkan ciri baru seperti kit dram/ papan kekunci dan sebuah mikrofon. Mereka turut menggabungkan pilihan berkongsi yang baru untuk membenarkan pengguna berkongsi muzik mereka melalui Soundcloud, Audiocopy, iTunes dan Facebook. Aplikasi ini menelan belanja $3 (RM9.50) dan boleh dibeli melalui kedai aplikasi iTunes Apple.

Joystick-It Tablet Arcade Stick
Seperti iCade, tablet joystick Think Geek membenarkan pengguna mencapai tahap permainan yang tertinggi dengan ribuan permainan seperti PacMan, Reckless Racing dan iFighter. Joystick ini tidak memerlukan bateri. Pemain boleh juga menggunakan tindakan permainan ‘dual joystick’ untuk aplikasi yang memerlukan kawalan lebih kompleks. Satu joystick menelan belanja sebanyak $9 (RM28), manakala satu pek pengawal ‘dual joystick’ berharga $16 (RM30).

iRig MIX
iRig Mix, yang direka khusus untuk iPhone, iPod touch dan iPad, ialah satu pengadun yang menawarkan kawalan sama seperti mana-mana ‘mixer’ DJ profesional. Ianya akan menelan belanja sebanyak €74.99 (RM300), yang mana lebih murah daripada apa yang kebanyakan DJ menetapkan. Sifat padat ‘mixer’ ini adalah satu kelebihan yang besar. iRig membenarkan pengguna mendirikannya dengan mudah sama ada anda dalam bilik tidur anda atau di sebuah pesta. Untuk DJ yang ingin membuat adunan muzik, iRig adalah satu pilihan ekonomi yang memberi alatan DJ yang sama tanpa harga mahal. iRig datang dengan empat aplikasi bebas, DJ Rig, AmpliTube, VocaLive dan GroooveMaker.

Sumber

Jalan ditutup kerana ketam melintas


jalan-ditutup-kerana-ketam-melintas AUSTRALIA, (MLP) - Lebih 120 juta ketam yang mendiami Pulau Christmas akan memenuhi jalan raya pada setiap tahun antara bulan Oktober dan November.

Ini adalah kerana waktu tersebut adalah tempoh musim mengawan bagi ketam-ketam di Pulau Christmas jadi ia berhijrah dari pulau ke laut untuk bertelur.

Oleh kerana kehadiran ketam yang banyak pada tempoh penghijrahan tersebut, pihak berkuasa terpaksa mengarahkan jalan raya di pulau tersebut ditutup agar ketam-ketam tersebut tidak dilanggar kenderaan ketika ‘melintas’.

Kebiasaannya, ketam merah mengambil masa 4 minggu untuk bertelur, sebelum pulang kembali ke habitat asalnya.

Sumber

Pemilik darah jenis ‘emas’


pemilik-darah-jenis-emas
Apabila berbicara mengenai darah manusia, rata-rata orang ramai hanya mengetahui jenis darah A, AB, B, dan O. Namun kumpulan darah besar tersebut sebenarnya mempunyai jutaan kepelbagaian mikro yang berbeza.

Ini adalah kerana permukaan atasan sel darah diselaputi dengan antigen istimewa. Sebanyak 342 antigen kini dikenalpasti. Pemilikkan beberapa jenis tertentu menentukan jenis darah penuh anda.

Pada tahun 1961, saintis terkesima apabila menemui sejenis darah baharu yang dipanggil Rh-null. Nama tersebut diberi ekkoran kelangsungan jenis darah terbabit yang kekurangan 51 antigen di dalam sistem RH.

Kini selepas hampir 49 tahun, hanya 43 orang sahaja di seluruh dunia yang mempunyai jenis darah berkenaan.

Salah seorangnya adalah lelaki berbangsa Switzerland bernama Thomas. Penelitian oleh Smithsonian mendapati, kurang dari 10 orang pemilik darah Rh-null yang menjadi penderma darah aktif.

Darah Rh-null digelar sebagai darah emas kerana keunikannya yang boleh membantu sesiapa sahaja yang memiliki jenis darah Rh yang lain.

Kredit gambar: xchristina27x
 

Ikan jerung sempat ‘photobomb’ gambar


ikan-jerung-sempat-photobomb-gambar
NEW SOUTH WALES, (MLP) - Seorang penonton di New South Wales, Steph Bellamy sedang mengambil anak-anaknya menyediakan diri untuk pertandingan meluncur di sini.

Tetapi, apa yang  luar biasa adalah dengan tiba-tiba seekor ikan jerung telah melompat keluar daripada air dan ‘photobomb’ gambar tersebut. 

Bellamy berkata "Jerung itu telah melompat dua kali dan saya sempat mengambil gambar pada lompatan yang kedua. Saya dapat mendengar orang ramai bertanya, 'Apakah itu?' Selepas ‘zoom’ gambar tersebut, baru saya perasaan yang ia seekor jerung’’. 

Kemunculan jerung jenis 'spinner' itu telah menyebabkan para peluncur untuk naik ke darat dan pertandingan dipaksa dihentikan selama 10 minit sebelum disambungkan semula. Tiada kecederaan telah dilaporkan dan dipercayai bahawa jerung berada di perairan untuk memburu ikan.

Kredit Foto: ABC

Sumber

Jual kentut di eBay


jual-kentut-di-ebay Laman web ebay merupakan antara laman web jual beli paling popular di dunia. Boleh dikatakan apa sahaja yang anda perlukan, boleh ditemui di laman web ini.

Tetapi jangan terkejut kalau ada yang menggunakan laman web ini untuk membuat kerja gila. Seorang wanita dengan nama akaun kbug1978, menjual kentutnya di dalam balang kaca yang tertutup rapi di eBay.

Kedengaran seperti satu lawak jenaka? Tetapi percayalah, 'barang' ini memang betul-betul dijual.

"Ini adalah kentut yang amat segar yang disimpan dalam sebuah bekas dengan bau menawan.Saya yakin kentut ini cukup murni dan tidak tercemar oleh udara atmosfera. Anda boleh mendapatkan kentut dalam botol ini dengan hanya $2-$50".

Ada yang berminatkah?

Sumber

Taman Permainan menyebabkan kematian lelaki dewasa


taman-permainan-menyebabkan-kematian-lelaki-dewasa
NEW YORK, (MLP) – Seorang lelaki maut kerana dihentam tayar dari permainan buaian di sebuah taman rekreasi kanak-kanak, awal minggu lalu.

Aleim Perkins membawa anak buahnya, Leela yang berusia enam tahun untuk bermain buaian di Taman Permainan Tompkins.

Lelaki berusia 39 tahun itu dilaporkan menghayun buaian secara kuat sebelum tayar yang dipasang rantai itu menghentam mukanya dan menyebabkan kecederaan dalaman.

Saksi di tempat kejadian mengatakan bahawa Aleim terus rebah selepas terkena hentaman kuat tersebut. Mulutnya dipenuhi darah dan dia terus tidak sedarkan diri.

Beberapa ibu bapa yang turut berada di tempat kejadian bertindak menenangkan anak buahnya sambil menghubungi talian kecemasan. Mangsa dikejarkan ke hospital berdekatan namun disahkan mati semasa dalam perjalanan.

Tayar seberat 25 paun itu telah direka untuk memuatkan lebih bahan etil vinil asetat yang keras berbanding getah sepertimana tayar biasa.

Kredit gambar: tirezoo, nypost 
 

tali skipping pun gajet juga?



Kelebihan dan kegunaan tali skipping
kelebihan-dan-kegunaan-tali-skipping Isu gadget pada kali ini akan membincangkan berkenaan topik tali skipping. Apakah tali skipping ini? Adakah ia hanya sesuai untuk kanak-kanak untuk bermain? Apakah kelebihannya jika kita orang dewasa ini menggunakannya?

Kali ini kita akan membincangkan berkenaan dengan kelebihan dan kegunaan tali skipping dalam membantu meningkatkan prestasi kecergasan dan membantu membakar kalori yang berlebihan.

Tali skipping adalah tali yang panjang yang biasa digunakan oleh kanak-kanak untuk melompat dan sebagainya. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan dengan menggunakan tali skipping ini. Untuk penggunaan orang dewasa, ia adalah alatan senaman yang boleh digunakan untuk membantu membakar kalori berlebihan.

Bagaimana ia boleh terjadi?

Menggunakan tali skipping didalam latihan kecergasan dan pembakaran kalori anda adalah salah satu latihan senaman yang amat mudah dilakukan. Mengikut kajian yang dijalankan melompat tali skipping selama 30 minit akan menghasilkan pembakaran kalori lebih kurang sebanyak 300 kalori. Mari kita lihat beberapa kelebihan jika kita melompat tali skipping.


Meningkatkan kardiovaskular anda

Sistem kardiovaskular anda melibatkan jantung dan arteri dan urat yang membawa darah dan oksigen ke hati dan seluruh badan. Dengan melakukan aktiviti ini, ia dapat membantu meningkatkan kesihatan dan meningkatkan system kardiovaskular anda.


Mudah dan murah 

Melompat tali skipping adalah senaman ringkas, mudah dan murah. Jika anda mempunyai satu set tali skipping ini, anda jangan menunggu untuk menikmati kelebihan alatan senaman ini. Anda harus gunakanya kerana ianya  boleh dilakukan dimana-mana seperti di tepi jalan, luar rumah, dan sebagainya.


Membina kekuatan otot anda

Jika kita melakukan latihan lompatan tali ini, ia akan melibatkan kekuatan otot anda lebih-lebih lagi dibahagian otot bahagian bawah badan anda seperti kaki, betis dan sebagainya.

Sebelum anda melakukan senaman ini, pastikan anda tahu tahap kecergasan dan tahap fizikal anda. Pastikan  ianya tidak memudaratkan dan tidak melibatkan kecederaan kepada anda.
Latihan lompat tali ini melibatkan penekanan otot kaki anda. Mungkin bagi sesetengah individu, anda mungkin mengalami kesakitan di kaki anda. Otot telah bekerja keras untuk melakukan senaman ini dan ia akan pulih selepas beberapa hari.

Akhir sekali, terdapat banyak lagi kelebihan yang boleh anda perolehi dengan melakukan senaman ini kerana ia dapat membantu mempercepatkan pembakaran lemak dan meningkatkan stamina anda.


Sumber

Apabila suami bantu kerja rumah


apabila-suami-bantu-kerja-rumah
Secara harfiahnya, mempunyai pasangan seharusnya memudahkan urusan seharian. Sang suami sentiasa berada di sisi ketika sakit ataupun sihat. Namun tidak semua jejaka sempurna yang menyarungkan cincin ke jari anda.

Ada pula kes tatkala isteri memerlukan bantuan, si suami berusaha melakukan yang terbaik untuk meringankan beban.

Akhirnya, lebih baik mereka hanya membiarkan sang hawa melakukan semua kerja-kerja rumah kerana kebanyakan pria memang gagal apabila berbicara mengenai kerja-kerja rumah!

Apabila disuruh membawa pulang raspberi dan beri biru



Tatkala menyuruh untuk membeli enam biji kentang



Menelefon suami supaya meletakkan spaghetti di atas dapur supaya mudah untuk terus membuat sos sahaja



Jangan lupa beli kad sempena ‘baby shower’ ya bang...



Boleh tolong gosok seluar?



Sayang, dah gantung cermin belum?



Dahaganya saya, boleh bawakan air?



Awak nampak tak dimana cincin kahwin saya?



Saya mahu mandi, bantu saya melipat...



Dan akhir sekali...



Kredit gambar: omgcutething, viralnova, bro my god, apartmenttherapy
 

Rumah di planet Marikh?


rumah-di-planet-marikh
Meskipun tiada ura-ura mengenai perpindahan manusia ke planet lain, Jabatan Penerbangan Nasional dan Pentadbiran Angkasa (NASA) telah memulakan misi membina rumah prototaip di planet Marikh.

Jika diamati pada rangka pelan, penempatan tersebut berbentuk kubah dan boleh didiami beberapa orang. Rumah berkenaan turut dilengkapi enam bilik tidur, bilik air, dapur, ruang tamu dan ruang bekerja.



NASA sebenarnya telah mula membina rumah prototaip itu di Hawaii sejak beberapa tahun lalu malah mula diduduki ahli krew sebagai percubaan.

Para saintis mahu mengadaptasi keadaan di planet merah itu dengan simulasi berkenaan. Para krew diuji melalui ciri-ciri persekitaran yang seakan sama dengan planet keempat di dalam sistem solar itu.

Mereka perlu membiasakan diri memakai sut angkasa apabila mahu keluar atau berkomunikasi dengan dunia luar selain memanipulasi perbezaan masa selama 24 minit berbanding bumi.

Dua misi mengadaptasi persekitaran Marikh sudah berlangsung yakni selama tiga dan lapan bulan. Percubaan selama setahun akan bermula tidak lama lagi.





Kredit gambar: sickchirpse
 

Kurus itu sihat. Betul ke?

Tidak semestinya kurus itu sihat. “Kurus tidak bermakna secara automatik anda tidak gemuk,” kata Dr Jimmy Bell, Profesor Imbasan Molecular di Kolej Imperial, London. Sejak 1994, Bell dan rakan setugasnya mengimbas lebih 800 orang bagi menghasilkan “peta gemuk” bagi mencari di mana lemak tersimpan. Menurut data yang diperolehi Bell, mereka yang mengekalkan diet, memiliki lebih banyak lemak walaupun pada mata kasar mereka kelihatan kurus. Senario ini lebih bahaya kerana orang kurus selalu berasa mereka sihat kerana tidak gemuk.

Saintis percaya, tubuh menyembunyikan lemak pada bahagian dalam dahulu sebelum lemak muncul pada bahagian lain seperti perut, lengan dan paha. Lemak yang mengelilingi organ dalaman penting seperti jantung, hati dan pankreas yang mana tidak boleh dilihat dengan mata kasar sama bahaya nya dengan lemak yang terbentuk pada individu yang gemuk. Lemak yang meyelaputi organ dalaman mungkin menghantar isyarat kimia badan yang salah untuk menyimpan lemak di dalam organ dalaman. Ia boleh membawa kepada masalah penolakan insulin (diabetes jenis 2) atau serangan jantung. 

“Menjadi sesorang yang kurus tidak bermakna dia kebal pada serangan diabetes atau tidak akan berisiko pada serangan jantung,” kata Dr. Louis Teichholz dari Hackensack Hospital, New Jersey. Beliau berkata, mereka yang memiliki jisim berat badan normal juga boleh memiliki tahap lemak tersimpan yang memeranjatkan! Kurus adalah bonus tetapi itu bukan matlamat utama dan yang penting adalah bebas kolestrol dan sihat. Pangambilan makanan yang seimbang, dan mungkin boleh diselitkan dengan senaman ringkas dapat membantu meningkatkan kecergasan kita.

Sesorang yang kurus berisiko dalam mengambil lebih daripada jumlah kalori yang diperlukan kerana mereka tidak nampak perubahan fizikal pada tubuh mereka. Disebabkan itu ramai di luar sana makan tanpa mengira kalori yang sepatutnya dan terkejut bila didiagnos menghidapi penyakit jantung, kencing manis, dan mungkin juga kandungan kolestrol yang tinggi. Sebaiknya ambil makanan yang hanya diperlukan badan, cukup vitamin nya, dan mampu memberi tenaga yang secukupnya. Bersederhana perlu ditekankan dalam kehidupan seharian.
Ada individu yang berat badan nya akan bertambah bukan kerana jisim lemak nya tetapi jisim otot yang dihasilkan daripada latihan bebanan. Oleh itu, jangan terpedaya dengan kilogram kerana tak semestinya makin bertambah berat, makin bertambah lemak. Ini semua akan berbalik kepada cara hidup kita seharian. Lebih kan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan pelbagai warna. Peruntukkan beberapa jam dalam seminggu untuk beriadah bagi membantu lagi proses pembakaran kalori yang telah diambil oleh badan. Kegagalan pembakaran atau penggunaaan kalori akan menyebakan kalori teresebut bertukar kepada lemak yang gagal diproses. 

Kesimpulan nya, kurus tidak menjadi garis pengukur bahawa seseorang itu sihat dan bukan juga menyatakan bahawa gemuk itu bebas daripada sebarang penyakit. Mendapat tubuh yang langsing dan kurus merupakan bonus tetapi lebih cantik sekiranya yang kurus itu juga sihat dalaman dan luaran. Individu yang bertubuh besar pula tidak perlu gusar kerana anda mungkin sihat tetapi hanya bertubuh besar dan mungkin boleh melakukan beberapa rutin senaman yang ringkas secara berterusan untuk mendapatkan ptongan badan yang ideal seperti yang dikehendaki. Semuanya terpulang kepada anda semua.
 
 

Terapi anak kucing untuk kawal stress


terapi-anak-kucing-untuk-kawal-stress
Rasa tertekan? Cubalah terapi anak kucing.
Sebuah video yang disiarkan di YouTube minggu lalu menunjukkan betapa berkesan terapi kucing dalam mengawal tekanan anda.

Klip tiga minit yang dicipta oleh Soul Pancake dan Purina Tidy Cats bermula dengan perbincangan orang awam mengenai perkara yang meletakkan mereka di bawah tekanan mental atau emosi.

Selepas meluahkan perasaan, mereka masuk ke sebuah "bilik terapi" lut sinar dan kemudian diarahkan untuk berehat, menutup mata dan mendengar bunyi kucing mengiau.

Selepas beberapa saat, mereka membuka mata dan terkejut dengan kehadiran anak kucing yang comel!


Dengan gembira, mereka yang berada di dalam bilik mula bermain, berpelukan dan bermanja dengan anak kucing.

"Meluangkan masa bersama makhluk muda hanya mengingatkan saya untuk mengambil perkara dengan mudah," kata seorang wanita.

Malah, pejalan kaki juga terpegun dengan apa yang dilihat.

Kredit Gambar/Video: The New Paper & YouTube

Sumber

Petrol & Diesel dijangka turun 10 sen mulai 1 Januari 2015


petrol-diesel-dijangka-turun-10-sen-mulai-1-januari-2015
KUALA LUMPUR, (MLP) - Presiden Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman tidak menolak kebarangkalian harga minyak RON95, RON97 dan diesel dijangka turun 10 sen bermula 1 Januari 2015.

Beliau berkata demikian ekoran rentetan penurunan harga minyak mentah dunia yang menyusut sejak kebelakangan ini.

"Ini hanya bayangan harga kerana kadar sebenar hanya akan ditetapkan kerajaan dalam masa terdekat. Rakyat perlu tahu terdapat kos lain yang tidak termasuk di dalam pengiraan harga minyak seperti pengangkutan dan sebagainya," ujar Hashim.

Buat pertama kali sejak tahun 2009, harga minyak mentah Brent jatuh pada paras di bawah AS$60 (RM210) setong bagi penghantaran Januari bermula Selasa lalu.

Datuk Ahmad Maslan sebelum ini turut membayangkan harga minyak akan turun menjelang Januari tahun hadapan.

Walaubagaimanapun Timbalan Menteri Kewangan itu menegaskan jumlah penurunan harga kesemua bahan api belum dapat diumumkan kerana masih di peringkat kajian.

Pada 1 Disember lepas, harga runcit RON97 turun sembilan sen kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 pula turun empat sen kepada RM2.26 seliter. 
 

Diet cara gladiator roman


diet-cara-gladiator-roman
Tentunya ramai yang beranggapan seorang prajurit zaman roman sebagai lelaki pemakan daging tegar serta pengemar kentang bukan? Nyahkan andaian itu dengan kadar segera.

Ahli antropologi telah menemui dan mengkaji struktur tulang para pejuang gladiator dari makam kota kuno yang pernah menjadi ibukota wilayah Romawi di Asia.

Hasil kajian mendapati semasa hayatnya, gladiator roman mengamalkan diet berasakan kacang dan bijirin. Pelik bukan? Biasanya orang awam mengandaikan lelaki perkasa gemar menikmati hidangan berunsur daging haiwan dan karbohidrat.

Tidak terhenti setakat itu, pahlawan-pahlawan ini turut menghadam minuman istimewa yang diperbuat daripada abu tumbuhan. Tonik prasejarah ini dikatakan dapat membentengi tubuh selepas melakukan senaman fizikal lantas menggalakkan penyembuhan tulang yang lebih baik.

Saintis menggunakan spektroskopi untuk mengukur jumlah karbon, nitrogen, dan sulfur dalam tulang berkenaan. Nisbah strontium (unsur kimia yang terdapat dalam abu) untuk kalsium turut diperiksa.

Menurut pakar, diet gladiator roman ini tidaklah begitu berbeza dengan orang zaman sekarang. Bijirin barli dan minuman debu tumbuhan sebagai sumber tenaga tidak banyak bezanya dengan pengambilan magnesium dan kalsium dalam bentuk tablet. 
 

Fakta mengenai Home Alone yang anda tidak tahu


fakta-mengenai-home-alone-yang-anda-tidak-tahu
Setiap kali menjelangnya hujung tahun dan perayaan Hari Natal kunjung tiba pastinya ramai yang mula menyelongkar dan menonton semula filem Krismas kegemaran.

Tentunya filem Home Alone menjadi pilihan ramai ekoran keletah serta aksi lucu Kevin McCallister (lakonan Macaulay Culkin) menentang dua penjahat iaitu Harry (Joe Pesci) dan Marv (Daniel Stern) yang cuba untuk merompak rumahnya.



Kini hampir 24 tahun filem arahan Chris Columbus ini menemui layar perak. Home Alone kini menjadi sebuah fancais filem apabila disusuli oleh empat buah filem sekuel.

Ayuh ketahui 9 fakta yang anda tidak tahu mengenai filem Home Alone!

Pelakon Aksi

Masih ingatkan anda akan beberapa aksi bahaya Kevin seperti sleeding salji di dalam rumah, memanjat rak sehingga runtuh atau zip lining ke rumah pokok?



Pihak produksi sebenarnya menggunakan pelakon aksi bernama Larry Nicholas untuk melakonkan aksi berbahaya ini. Stuntman berusia 30 tahun itu mempunyai susuk tubuh yang kecil dan ketinggian yang sama dengan Macaulay Culkin semasa filem dirakam.

Hampir Dilanggar

Meskipun hampir kesemua adegan berbahaya menggunakan pelakon aksi namun babak di mana Kevin hampir dilanggar ini dilakonkan sendiri oleh Macaulay Culkin!



Adegan ini amat berbahaya maka ia telah dirakamkan dengan keadaan terbalik. Maksudnya kereta bergerak secara ke belakang sama seperti reaksi muka Kevin.

Salji

Home Alone merupakan filem yang berlatarbelakangkan musim sejuk ekoran ditayangkan semasa sambutan Krismas. Tetapi tahukah anda bahawa salji yang dilihat dalam filem berkenaan bukannya salji betul?



Ia sebenarnya adalah emping atau serpihan kentang yang dikisar. Tambahan pula kipas angin membantu menjadikan keseluruhan filem tampak benar! Tidakkah ‘salji’ palsu itu sepatutnya berwarna kuning?

Kesan Gigit

Pelakon Joe Pesci yang membawa watak Harry benar-benar menjiwai aksaranya. Semasa adegan Kevin digantung oleh kedua perompak di dalam rumah, Harry mengertak kanak-kanak itu dengan mengatakan bahawa dia mahu mengigit jarinya.



Semasa sesi lakonan Joe telah mengigit secara betul sehingga menyebabkan jari Macaulay Culkin luka. Masih ada parutnya sehingga kini.

Teman Wanita Buzz

Tentu anda tidak dapat melupakan babak Kevin menyelongkar kotak simpanan barang Buzz? Dia menjumpai bingkai gambar yang memuatkan gambar teman wanita abangnya lalu membuat reaksi menyeringai.



Tahukah anda orang di dalam gambar itu sebenarnya adalah lelaki? Pihak produksi mahu menggunakan gambar seorang gadis yang benar-benar buruk. Bagi menggelakkan orang sebenar dicemuh kemudian hari, mereka memakaikan alat solek dan menukar seorang krew lelaki menjadi wanita.

Tarantula

Adegan di mana watak Marv ditakutkan dengan labah-labah Tarantula benar-benar dilakonkan sendiri oleh Daniel Stern.



Tetapi Daniel hanya membenarkan aksi itu dibuat sekali sahaja tambahan pula dia perlu berjaga-jaga kerana jeritan boleh menakutkan haiwan artropod berkenaan.

Pelabur Tidak Berminat

Home Alone adalah filem berbajet kecil dan tidak mempunyai ramai pelabur. Filem sepanjang 103 minit ini sebenarnya kelolaan produksi Warner Bros sebelum 20th Century Fox mengambil alih projek lantas menambah sedikit lagi bajet menjadi USD 17 juta (RM 59 juta).



Siapa sangka Home Alone mendapat sambutan hangat lantas menduduki tangga pertama selama 12 minggu! Filem komedi keluarga ini turut menjadi filem dengan kutipan tertinggi pada tahun 1990 yakni sebanyak USD 476,684,675 (RM1.66 billion) meskipun mula ditayangkan pada 16 November.

Efek Khas

Bajet yang kecil, mengekang keinginan pihak produksi untuk mempunyai efek khas yang menarik. Sebaliknya mereka menggunakan khidmat seorang anak muda bernama Kevin Nordeen dengan upah yang murah.



Kevin hanya mengenakan bayaran rendah untuk setiap efek khas yang dibuat iaitu sekitar USD200 (RM 697), USD 500 (RM 1,742) dan USD 600 (RM 2,091).

Ornamen Krismas

Bagi menghalang Marv dari memasuki rumah, Kevin ada meletakkan pelbagai ornamen Krismas di tepi tingkap rumah. Sejurus melihat karekter Marv terpijak hiasan tersebut, pasti ramai yang terkumit turut merasakan kesakitan yang dialaminya.



Adegan terbabit benar-benar dilakonkan sendiri Daniel Stern tanpa memakai kasut. Meskipun tanpa bantuan kesan khas namun perhiasan tersebut sebenarnya diperbuat dari gula-gula. Tetapi sakit bukan jika terpijak gula-gula keras?

Terasa mahu menonton semula bukan filem Home Alone selepas membaca?



Kredit gambar: Fanpop, tumblr, buzzfeed, YouTube
 

Remaja miliki aset peribadi 72 juta hasil usaha sendiri


remaja-miliki-aset-peribadi-72-juta-hasil-usaha-sendiri
AMERIKA SYARIKAT, (MLP) - Percayakah anda seorang remaja yang bukan berasal dari keluarga yang kaya, sudah memiliki aset bernilai 72 juta ketika usianya baru mencecah 17 tahun?

Mohammed Islam, seorang pelajar yang menetap di Queens, New York, mula berkecimpung dalam pelaburan saham ketika dia berusia 9 tahun.

Dia bermain saham berupa dagangan minyak dan emas yang bermula pada modal yang kecil.

Mohammed Islam turut memberitahu sebuah majalah, dia menggunakan masa rehatnya untuk bermain saham berkenaan.

Kredit gambar: facebook
 

Perniagaan online di Facebook dan Instagram menyalahi undang-undang Malaysia


perniagaan-online-di-facebook-dan-instagram-menyalahi-undang-undang-malaysia
PUTRAJAYA, (MLP) - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mengisytiharkan perniagaan secara online menerusi laman sosial Facebook atau Instagram adalah menyalahi undang-undang kecuali mendaftar terlebih dahulu dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Timbalan Menterinya Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, peniaga dalam talian perlu mendaftar sebagai langkah-langkah keselamatan buat para pengguna bagi mengelakkan sebarang penipuan atau eksploitasi berlaku.

Menurut Ahmad Bashah, terdapat beberapa syarat yang harus dipatuhi berdasarkan Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) yang dikeluarkan pada tahun 2012.

“Para peniaga wajib memaparkan nama perniagaan, nama syarikat, nombor pendaftaran syarikat, e-mel dan nombor telefon mereka dalam laman Facebook atau Instagram,” tegasnya.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu berucap mengenai perdebatan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2014 di Dewan Negara semalam.

Perihal tersebut telah dibangkitkan oleh Senator Shahanim Mohamad Yusoff yang mempersoal langkah-langkah yang diambil kementerian berkenaan bagi melindungi para pengguna yang gemar membeli barangan dan servis secara online.

Kredit gambar: wiki
 

Pesawat terpaksa mendarat kerana kegeloraan yang teruk


pesawat-terpaksa-mendarat-kerana-kegeloraan-yang-teruk
TOKYO, (MLP) - Pesawat American Airlines 280 terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Narita, Jepun selepas 14 penumpang dilaporkan cedera.

Ia dalam perjalanan dari Seoul ke Dallas dan telah berdepan dengan kegeloraan yang teruk di atas Lautan Pasifik. 

Satu video yang dimuatkan di Youtube menunjukkan situasi di dalam pesawat ketika kegeloraan itu berlaku. Pesawat kelihatan melantun untuk beberapa minit dan penumpang dilihat menjerit dan menangis kerana ketakutan.  

Beberapa bagasi, dulang makanan dan pinggan juga telah melantun dan mencederakan penumpang di dalam pesawat itu. Menurut laporan, 10 penumpang dan 4 krew kapal tercedera dan lima daripada mereka dibawa ke hospital dengan serta-merta selepas mendarat di Jepun.

Ahli bomba dan paramedik sudah pun bersedia ketika pesawat tersebut tiba di Jepun. Ia berlepas dari Lapangan Terbang Incheon pada 6:16 pm waktu tempatan dan telah mendarat di Lapangan Terbang Narita pada hampir pukul 1 pagi waktu tempatan, lebih kurang empat jam selepas berlepas.


72% pengguna internet Malaysia berusia 7 hingga 35 tahun


72-pengguna-internet-malaysia-berusia-7-hingga-35-tahun
KUALA LUMPUR, (MLP) – Statistik terkini yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menunjukkan seramai 18.6 juta orang merupakan pengguna Internet aktif di Malaysia.

Kajian terperinci SKMM mendapati sebahagian besar atau lebih spesifik, 72 peratus dari golongan tersebut berusia di antara tujuh hingga 35 tahun.

SKMM turut melaporkan bahawa berdasarkan kajian dilakukan terhadap 1,000 pelajar institusi pengajian tinggi, 600 daripada mereka menghabiskan banyak masa di laman sosial dan ketagihan itu boleh menjejaskan kesihatan malah berisiko berdepan ancaman siber.

"Adalah penting bagi pengguna Internet mengamalkan sikap bertanggungjawab semasa menggunakan kemudahan berkenaan untuk menangani ancaman siber,” ujar Datuk Jailani Johari.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu lagi, Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan sebuah program khas ‘Klik Dengan Bijak’ untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran tentang penggunaan Internet secara selamat dan positif.

Kredit gambar: clashot
 

Reka bentuk tren LRT 2015


reka-bentuk-tren-lrt-2015 KUALA LUMPUR, (MLP) - 50 tren enam gerabak kenderaan rel ringan (LRV) berharga RM990 juta sedang diperoleh daripada pengeluar tren China CSR Zuzhou Electric Locomotive Co Ltd (CSR ZELC).

Dijangka akan mula beroperasi sekitar Oktober tahun hadapan, tren baharu itu akan dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat, termasuk televisyen litar tertutup, tingkap kecemasan, kipas pengudaraan kecemasan, peranti pengesanan asap dan kebakaran dan sistem pemantauan automatik operasi tren.





Selain itu, tren berkenaan turut dilengkapi paparan destinasi interaktif dalam tren, tempat duduk tidak melungsur turun, LCD hiburan berinformasi, dan ruang kerusi roda yang lebih luas.

Sumber

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.