Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Caj tambang RM6,000. Ini dah melampau!


TAMBANG `cekik darah’ apabila seorang pemandu teksi mengugut penumpang lelaki warga Bangladesh membayar tambang sebanyak RM6,000 bagi perjalanan sejauh kira-kira tujuh kilometer.


Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang kelmarin, apabila mangsa berusia 41 tahun mahu menggunakan perkhidmatan teksi bagi perjalanan dari Jalan San Peng menuju ke Sunway Putra Mall, di sini.


Menurut sumber polis, mangsa yang bersendirian menahan teksi model Proton Persona dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 40-an untuk ke lokasi berkenaan.


“Ketika dalam perjalanan, mangsa bertanya jumlah tambang perlu dibayar kepada pemandu teksi terbabit selepas mendapati teksi itu tidak menggunakan meter tambang diwajibkan.


“Soalan itu menyebabkan mangsa marah dan memaklumkan tambang keseluruhan yang perlu dibayar adalah RM6,000,” katanya semalam.


Terkejut dengan jumlah tidak munasabah itu, mangsa yang juga ahli perniagaan mempersoalkan bayaran itu sebelum meminta pemandu teksi terbabit memberhentikan kenderaan di tepi jalan.


“Pemandu teksi naik angin sebelum mengeluarkan pisau dan mengugut mangsa supaya membayar kira-kira RM4,500 atau mangsa akan dicederakan nanti.


“Mangsa yang dalam ketakutan menyerahkan bayaran tambang RM3,900 sebelum mangsa dibenarkan keluar dari teksi itu,” katanya.


Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk tindakan lanjut.


“Kejadian itu adalah kali pertama berlaku terhadap mangsa sepanjang menetap di negara ini sejak beberapa tahun. Kejadian itu menyebabkan mangsa trauma menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam berkenaan,” katanya.


Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah yang dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan masih dilakukan bagi menjejaki suspek.


Sumber : HMetro


Pesalah Perang Bosnia Minum Racun Ketika Siaran Langsung


THE HAGUE: Seorang penjenayah perang Croat Bosnia meninggal dunia selepas menelan racun semasa perbicaraan rayuan di The Hague.


Slobodan Praljak, 72, meninggal dunia di hospital dan kawasan bilik perbicaraan kini telah diisytiharkan sebagai tempat kejadian jenayah.


Semasa kejadian bekas komander tentera Croat Bosnia itu bangun dari tempat duduknya dan menjerit dia bukan seorang penjenayah sebelum meminum cecair daripada sebuah botol.


“Saya telah minum racun,” katanya.


Ini susulan keputusan mahkamah yang mengekalkan hukuman penjara 20 tahun ke atasnya.


Hakim Carmel Agius terus menggantung perbicaraan tersebut dan ambulans dipanggil.


“Jangan ambil botol itu keluar daripada bilik ini,” arah hakim itu.


Praljak dikejarkan ke hospital berdekatan dan disytiharkan telah meninggal dunia dan siasatan kini dijalankan.


Praljak dihukum penjara pada 2013 berikutan keganasan di bandar Mostar semasa perang Bosnia yang berlaku dari 1992 hingga 1995.


Dia merupakan antara enam bekas pemimpin dan ketua tentera Croat Bosnia yang dihadapkan ke Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia (ICTY).


Kesemua mereka sedang menghadiri keputusan rayuan terakhir oleh mahkamah tersebut.


Sumber : Awani


Rezeki Tergolek: Peniaga Raih RM600 Sehari Berniaga Musim Banjir



Rantau Panjang: Seorang peniaga raih RM600 sehari selepas mengambil peluang terhadap keghairahan orang ramai untuk bermain air di kawasan banjir. Mohd Khairil Azwa, 30, berkata dia mula berniaga di lokasi banjir di Banggol Kulim, di sini, selepas air melimpahi kawasan itu dua hari lalu dan ia juga menjadi tumpuan orang ramai setiap tahun.


Katanya, dia mula berniaga minuman dan makanan (sate ikan) pada jam 12 tengah hari sehingga jam 8 malam dan mendapat sambutan menggalakkan. "Alhamdulillah ini rezeki saya ketika banjir. Malah setiap tahun saya mengambil peluang berniaga kerana sudah sedia maklum bahawa tempat itu memang menjadi tumpuan ramai.


"Di sini musim banjir ada kala dirai seperti pesta dengan orang ramai daripada pelbagai peringkat umur datang bermain air dan kita dapat melihat aneka ragam manusia. "Namun dalam bersuka ria, semua masih berjaga-jaga kerana di musim banjir ini pelbagai kemungkinan boleh berlaku," katanya yang tinggal di Gual Tinggi, di sini.


Mohd Khairil berkata, agensi keselamatan seperti pihak polis, bomba dan Angkatan Pertahananan Awam (APM) sentiasa ada di lokasi bagi memastikan penduduk yang mengunjungi tempat itu selamat. Katanya, bagi penduduk di sekitar kawasan itu mungkin sudah biasa melihat suasana sebegini kerana setiap kali banjir, orang ramai akan memenuhi kawasan itu.


"Lagipun lokasi ini selamat kerana paras air yang tidak tinggi dengan aliran air yang biasa. Selepas sehari banjir baru ramai yang mengunjungi tempat ini kerana banjir pada hari pertama lebih bahaya dengan air yang agak deras. "Saya akan manfaatkan peluang yang ada ini sebaik mungkin untuk mencari rezeki, kerana biasanya hanya dalam masa seminggu lebih saja fenomena pesta air ini berlaku. Selepas ini kebanyakannya sudah sibuk untuk membersihkan rumah atau kawasan yang dinaiki air," katanya.


Sumber : BHarian

Banjir Di Kelantan Semakin Pulih: 4 Daripada 9 Jajahan Mulai Reda



KOTA BHARU: Keadaan banjir di Kelantan bertambah baik apabila paras air di empat daripada sembilan jajahan yang terlibat mulai surut petang tadi. Jajahan Jeli, Bachok, Kuala Krai dan Machang mulai pulih dengan semua pusat pemindahan di jajahan berkenaan ditutup petang tadi.


Sementara itu tinjauan udara bersama Unit Udara Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Jajahan Tanah Merah, Pasir Mas dan Rantau Panjang mendapati air di kebanyakan kawasan mulai surut. Ini mengambarkan bahawa gelombang pertama banjir yang melanda negeri berkenaan sejak tiga hari lalu mulai reda.


Harapan mangsa untuk pulang ke rumah mungkin terpaksa dilupakan memandangkan mangsa banjir berkemungkinan berdepan dengan fenomena air bertakung atau air mati. “Kawasan yang kita tinjau ialah Tanah Merah, Rantau Panjang dan Machang dan kita dapati air dah mula surut dan juga kawasan-kawasan yang air statik,” jelas Pengarah JBPM Kelantan, Nazili Mahmood.


Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa hujan yang melanda Pulau Pinang dan Perak hari ini diramal berlarutan sehingga lewat pagi esok. Sementara hujan diramal berlaku di Perlis, Kedah, Kelantan dan Pahang bermula petang ini dan boleh berlarutan sehingga malam.


Sumber : AstroAwani

Sukar Memiliki Rumah Walaupun Hanya Sebuah, Pakar Hartanah Ini Dedahkan Puncanya


Beberapa hari ini, teruk Kak Jemah (KJ) dihentam para netizen gara-gara penggunaan ayat yang kurang sesuai di media sosial.


Dari beberapa kecaman yang diberikan, ada yang lahir dari rasa kecewa mereka kerana tidak dapat memiliki rumah pertama mereka dan aku turut bersimpati dengan mereka.


Sepanjang 19 tahun aku melabur di dalam hartanah, berikut adalah beberapa asbab atau faktor yang sebenarnya menyukarkan pemilikan rumah ini berlaku walaupun hanya untuk sebuah rumah.


1. Masalah Cashflow

Ya, aliran tunai yang terhasil adalah negatif yakni perbelanjaan melebihi pendapatan.


Jika bernasib baik, ‘break even’ (pendapatan cukup-cukup sahaa menampung perbelanjaan) sudah mampu menghadirkan rasa syukur kepada mereka.


Dan, walaupun kita tahu salah satu dari jalan penyelesaiannya adalah mencari income tambahan, tetapi tidak ramai yang berkesempatan melakukannya.


Tidak seperti aku dulu, selepas waktu pejabat, terpaksa menebalkan muka mencari pembeli bagi produk Nata De Coco dan perfume Ralph Lauren Sport dari meja ke meja semata-mata untuk mencari pendapatan sampingan.


2. Jerat "Hutang Jahat"

Seawal kerjaya sudah terjerat dengan ‘hutang jahat’ yakni hutang yang tidak memberikan faedah berterusan.


‘Peer pressure’ dari rakan-rakan, juga dari keluarga biasanya menjadi penyebab kepada tindakan mereka membina hutang jahat.


Mungkin mereka tidak sekental aku yang sanggup menebalkan telinga walaupun disindir, gara-gara tidak mempunyai sofa untuk 2 tahun pertama usia perkahwinanku.


Malah sehingga kini, aku masih terus-terusan disindir hanya kerna mengekalkan ‘tv kotak’ di kalan rataratanyasudah bertukar kepada ‘tv leper’. Apa nak buat, pesan mak aku, “kalau barang tu masih elok buat apa ditukar?”.


3. Tiada Modal

Bila kedua-dua masalah di atas telah mula bertamu, mana mungkin mereka dapat menyimpan dan jika tiada simpanan, mana mungkin modal dapat dikumpul untuk pembelian rumah pertama?


Aku tidaklah bermaksudkan yang mereka perlu menyimpan sehingga RM500 sebulan tetapi sekurangkurangnya RM50 sebulan secara konsisten sudah memadai.


Aku dulu turut bermula dengan RM50 selama setahun pertama sebelum amaunnya aku tingkatkan selari dengan peningkatan gaji dan juga income sampingan Nata De Coco dan Polo Ralph Lauren Sport yang aku jual.


4. Tiada Ilmu

Sebenarnya, jika mereka punya ilmu aku yakin pembelian rumah pertama tidaklah sesukar mana. Walaupun tanpa modal, semuanya mampu diusahakan.


Ini telah dibuktikan oleh beberapa bekas student yang pernah hadir ke kelas hartanahku.


Ada yang seawal 6 bulan bekerja sudah memiliki rumah dan rumah yang dibeli tersebut, tidak langsung menyesakkan cashflow mereka


Inilah pentingnya kita rajin membaca dan menghadiri majlis ilmu. Tolak tepi rasa iri terhadap yuran yang dikenakan oleh pemberi ilmu, kerna itu adalah kos masa yang mereka peruntukkan untuk berkongsi ilmu dengan kalian.


5.Tidak Berzakat & Bersedekah

Ini adalah faktor paling utama yang ramai seakan terlupa atau buat-buat lupa.


Gaji kecil dijadikan alasan sedangkan janji Allah, penyucian harta melalui zakat dan sedekahlah yang sebenarnya meluaskan rezeki mereka.


Ditambah pula dengan pemberian konsisten kepada ibu bapa setiap bulan sebenarnya lebih menambahkan keberkatan terhadap pendapatan yang diterima.


Inilah yang aku alami sepanjang 19 tahun melabur.


Jika tidak, mana mungkin aku dilorongkan untuk mengetahui tentang unit di Vista Angkasa yang berjaya aku perolehi pada harga RM150K.


Kesimpulannya, sebelum kita ‘kecewa’ kerna tidak mampu membeli dan mengecam para pelabur, adalah lebih baik kita muhasabah kembali 5 faktor di atas. Aku yakin jika anda berjaya selesaikannya dengan baik, pasti rumah pertama akan menjadi milik anda tak lama lagi.


Kredit - Meor Zaidee

Kenapa 'Unlike' Video Saya? - Datuk Aliff Syukri

KOTA BHARU: Pelajar Tahfiz Ditemui Lemas Dalam Kolam


Dalam kejadian sekitar jam 1.20 petang itu, Mohamad Bazli Seriumi, 16, bersama lima rakannya yang lain ingin menarik bot yang menjadi kegunaan warga sekolah terbabit ke tebing. - Foto Astro AWANI / Muhafandi Muhamad


KOTA BHARU: Seorang remaja ditemui lemas di sebuah kolam dalam satu kejadian di Pusat Tahfiz Asmaa Al Ikhlas, Pulau Raja di sini petang tadi.


Remaja berkenaan sebelum itu terjun ke kolam berkenaan untuk menarik sebuah bot ke tebing.


Dalam kejadian sekitar jam 1.20 petang itu, Mohamad Bazli Seriumi, 16, bersama lima rakannya yang lain ingin menarik bot yang menjadi kegunaan warga sekolah terbabit ke tebing.


Rakan mangsa, Muhammad Anas Mohamed, 13, berkata sebelum kejadian beliau bersama empat lagi rakan yang lain berada di dalam bot sambil ditemani seorang guru mereka, Abdul Rahman Zaidi, 21, yang berada di dalam air dan sedang menolak bot ke tebing.


"Bazli tiba lewat dan mahu ikut serta menaiki bot yang berada 50 meter dari tebing kolam.


"Tanpa membuang masa dia terus terjun ke dalam kolam dan saya sangkakan dia bergurau apabila melihat tangannya terkapai-kapai dan tenggelam timbul kerana dia pandai berenang," katanya.


Anas berkata apabila kelibat mangsa tidak kelihatan, guru terbabit terus berenang ke lokasi mangsa tenggelam dan kira-kira lima minit mencari di kawasan sekitar, mangsa akhirnya ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa.


Mangsa juga baharu mendaftar di pusat tahfiz itu pada September lalu dan sudah menghafaz empat juzuk al-Quran.


Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Tumpat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bunut Payong, Kota Bharu.


Sumber - AstroAwani

“Dah La Sombong ! Pengotor Pulak”, Perangai Segelintir Orang Malaysia Di Korea Memalukan



Benar kata orang,jauh berjalan luas pemandangan. Ya , memang benar. Malah dalam Islam juga dituntut supaya kita menziarah tempat-tempat orang supaya minda dan akal kita lebih terbuka serta dapat mengenali budaya dan adat di tempat orang.


Jangan sewenangnya memperlakukan tempat orang tanpa mengira kepentingan orang di belakang. Seperti yang kami dapat dari kiriman pembaca di mana seorang pelancong kita di Korea sangat sedih dengan perilaku ‘orang kita’ yakni rakyat malaysia sendiri yang melancong ke sana.


.

Apa yang terjadi?


Jom baca kisah beliau di bawah.

Tak cukup sombong, pengotor pula!


Ya… memang aku nak tulis tentang sebuah kekecewaan yang tak dapat dibendung lagi. Kejadian di surau KTO, Seoul.


Aku seorang. Keluar lif, sekumpulan orang kita sedang nak masuk lif. Macam selalu, aku senyum, tapi tak dilayan. Semua elak bertembung mata dengan aku. Ya, itu aku dah biasa sangat.


Orang kita yang mampu melancong ni memang terlampau elitis berprestij tahap tak layak sedekahkan senyum kepada traveller solo yang sengkek selekeh macam aku. Fine.


Aku masuk surau, nak letak beg nak ke toilet. Tu diaaa… lantai kotor. Rambut panjang bersepahsepah. Okey, mungkin ada langsuir bermasalah kelemumur solat di situ sebelum aku sampai.


Dah ke toilet, masuk semula surau, ambil wuduk, duduk sekejap nak pakai stoking dan tudung. Nahhhh… atas ada Quran, bawah ada tisu basah kotor diselit dalam bungkusannya yang dah kosong. Amboi, tinggi betul maqam manusia ni, buang sampah bawah Quran!



Ya, aku nak beritahu ni, aku pergi buang sampah tu tadi. Geli pegang tisu bekas kesat ape entah, pun aku tahan. Daripada nama umat Islam Malaysia jadi lebih busuk di Korea Selatan



Kawan-kawan tolong sampaikan ini kepada mana-mana kenalan umat Melayu Islam yang dah biasa hidup mewah, dan rasa diri tuan besar di mana jua berada.


Kepada para pelancong yang suka mengotorkan negara orang, Korea tu, bukan negara Islam. Depa buka surau, memang hati-hati yang busuk akan hanya akan pandang dari perspektif bisnes tourism – nak menarik lebih ramai pelancong Muslim.


Tapi, kau kena sedar yang mereka tu telah memasukkan peruntukkan bajet dan masa untuk pembersihan dan penyelenggaraan surau untuk kau.


Supaya kau dapat jalan-jalan di negara depa dengan tenang dan gembira sebab dapat solat di tempat selesa. Depa tu kafir, tak perlu solat pun. Tapi depa buat juga, untuk kau!


Kau jalan dalam grup, memang orang tempatan takkan pernah serang kau suruh buka tudung dsb. Tapi kami dah kena. Kena maki, kena tarik tudung. Sebab benci orang Islam.


Tapi apa kau buat?


Kau kotorkan surau, kau lecakkan lantai toilet konon demi nak menghadap Tuhan. Lepas tu depa yang tak solat itulah yang bersihkan kotoran yang kau, manusia yang bersolat itu buat. Kau yang buat orang bukan Islam bertambah benci pada orang Islam.


Ya, memang aku hangin.


Kalaulah ada orang yang tak seagama dengan kau, tumpang toilet rumah kau, kemudian keluar tak Flush. Amacam?


Kalau selama hidup kau hanya bergantung pada bibik untuk tolong buangkan sampah ke tong, bawak la bibik tu melancong sekali


.

Ingat. TUANnya bangsa Melayu, tak cukup setakat berduit sampai mampu melancong. Iman tak cukup setakat pada cukupnya solat. Musafir sampai ke langit ketujuh pun, kalau adab dan akhlak busuk, sia-sia.


Nasihat banyak pun tak guna. Kawan aku siap buat buku Mentaliti Jamban. Tapi yalah, golongan sombong pengotor ni bukannya suka membaca pun.


Sudahlah. Tulis panjang pun bukan depa ni baca habis. Aku jugak yang kena kecam balik, sebab kutuk bangsa sendiri, tak boleh sabar, tak redha dan tak apologetik


Tak salah nak melancong ke mana sahaja yang anda suka.


Tetapi jagalah adab sewaktu berada di tempat orang.nSetiap perilaku kita mencerminkan adab dan akhlak kita.Kita bawa nama Islam di mana sahaja. Jadi bawalah juga akhlak Islam yang sebenarnya.


Bukannya sekadar Islam pada nama sahaja.


Semoga kisah yang dikongsi memberi iktibar kepada semua pembaca.


Sumber - Amazingnara

Muka Macam Patung Lilin


Rome: Orang ramai terkejut melihat perubahan ketara wajah bekas perdana menteri Itali, Silvio Berlusconi - pemimpin yang paling lama berkhidmat sejak Perang Dunia Kedua - yang tidak ubah seperti patung lilin selepas muncul pada mesyuarat parti Forza Italia dan satu program bual bicara,baru-baru ini.


Wajah Berlusconi, 81, yang diketahui umum menjalani pembedahan plastik serta pemindahan rambut sebelum ini, kelihatan ‘beku’ dengan kulit perang dan dahi licin tanpa satu kedutan.


Jutawan itu disingkirkan daripada jawatan tertinggi di negara itu pada 2011 ketika Itali berdepan krisis hutang Eurozone.


Dia juga pernah berdepan dakwaan termasuk mengadakan parti liar yang disertai gadis penghibur di vila peribadinya, selain disabitkan kesalahan membayar untuk khidmat seks dengan pelacur bawah umur yang kemudian dibatalkan.


Bagaimanapun dia didapati bersalah kerana penipuan cukai pada 2013 menyebabkannya disingkirkan daripada Senat dan disekat daripada memegang jawatan.


Berlusconi kini berusaha menghidupkan semula kerjaya politiknya dengan menggunakan proses perundangan untuk mengetepikan sekatan terhadapnya.


Sumber : Daily Mail


Dah 12,706 Mangsa Banjir Kelantan


MANGSA banjir di Kelantan meningkat kepada 12,706 orang 9 malam ini berbanding 11,915 mangsa 6 petang tadi.


Jumlah itu membabitkan 4,622 keluarga yang ditempatkan di 100 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah.


Berdasarkan portal ebanjir Kelantan, daerah Pasir Mas mencatat jumlah mangsa tertinggi seramai 7,980 mangsa daripada 3,310 keluarga yang ditempatkan di 44 PPS.


Diikuti, Kota Bharu 1,440 orang membabitkan 362 keluarga, Pasir Puteh (819 mangsa, 244 keluarga), Tanah Merah (704 mangsa, 207 keluarga), Tumpat (575 mangsa, 188 keluarga), Machang (364 mangsa, 104 keluarga), Bachok (313 mangsa, 75 keluarga), Kuala Krai (283 mangsa, 74 keluarga) dan Jeli (228 mangsa, 58 keluarga).


Sementara itu, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang masih melebihi paras bahaya 10.55 meter (m).


Dua sungai utama lain di paras amaran iaitu Sungai Kelantan di Tangga Krai dan di Jambatan Guillemard.


Manakala, empat sungai lain termasuk Sungai Kelantan di Tambatan Diraja di paras berjaga-jaga.


Sumber : Harian Metro


Apabila Gigi Tidak Digosok Selama 20 Tahun


Wow. Menonton video ini membuatkan kami ingin menggosok gigi 20 kali sehari. Teruk betul gigi brader dari UK ini. Macam mulut Captain Jack Sparrow.


Langkah Mudah Cuci Kipas Memastikan Habuk Tak Melekat 2,3 Bulan


Ramai yang malas untuk mencuci kipas kat bilik atau dimana-mana sahaja kan. Bila cuci kejap je dah berhabuk balik. Ini adalah satu cara untuk memudahkan anda mencuci kipas dan memastikan habuk tidak akan singgah dalam tempoh 2,3 bulan tanpa berbelanja lebih.


Ini cara mudah untuk bersihkan kipas anda.


1. Basuh bilah kipas dan bersihkan kipas anda terlebih dahulu.


2. Kemudian tuangkan sedikit pelembut kain ke dalam bekas tanpa campur air.


3. Celupkan span atau kain ke dalam cecair pelembut tadi dan sapukan pada permukaan bilah dan jaring kipas.


4. Biarkan selama 5 minit. Kemudian bilas dan keringkan kipas tersebut. Lepas tu baru pasangkan kipas itu kembali.


Shuib 'korbankan' Sepahtu Sinar Demi Siti Sarah


Majlis sambutan mengenang kemunculan program Sepahtu Sinar di stesen radio Sinar FM hari ini tidak menjadi kenyataan apabila berlaku kejadian tidak diduga.


Sepatutnya sempena peringatan tahun kedua program yang mendapat sambutan ramai itu, Shuib bercadang 'melaram' dengan pakaian cantik bersama rakan penyiar lain.


Bagaimanapun ada hal yang lebih mendesak berlaku tiba-tiba. Isteri Shuib, Siti Sarah Raisuddin, tiba-tiba mengalami tekanan darah rendah.


Shuib juga mengumumkan untuk mengundur diri daripada slot berkenaan yang bersiaran mulai jam 6 pagi hingga 10 pagi setiap Isnin hingga Jumaat itu bermula hari ini.


“Sebenarnya hari ini adalah hari lain daripada yang lain. Kerana ini adalah hari terakhir saya di Sepahtu Sinar.


"Memang berat hati, tetapi memandangkan keadaan yang ada, saya kena juga buat keputusan," katanya.


Makluman yang penuh emosi itu turut disiarkan secara langsung oleh Shuib melalui Sinar FM kira-kira jam 9.45 pagi tadi.


“Hari ini patut saya masih lagi berkerja di Sepahtu Sinar malah sudah pun merancang memakai pakaian yang disukai dan bergambar dengan semua orang di sana.


“Tetapi tidak sangka pula jadi macam ini,” katanya melalui perkongsian di media sosial pula.


Mohon terus beri sokongan


Untuk makluman, Siti Sarah yang pernah memarakkan semula lagu Sandarkan Pada Kenangan dengan berduet bersama Datuk Jamal Abdillah terpaksa dikejarkan ke hospital malam tadi.


Tekanan darahnya itu menurun ketara ekoran penyakit gastrik yang dialami.


Keadaan itu kata Shuib sangat membimbangkan sehingga Siti Sarah sempat meminta maaf kepadanya dan bercakap tidak seperti selalu lagi.


Bagaimanapun menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 33, keadaan Siti Sarah kini beransur pulih.


“Nasib baik cepat ke hospital… malam tadi tekanan darah dia turun habis... tetapi keadaan dia pagi ini dah semakin baik,” katanya.


Shuib bersyukur terhadap peminat yang tidak henti-henti bertanya khabar dan mendoakan kesihatan isterinya itu.


“Saya ucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan Sarah.


Pada masa sama, Shuib turut meluahkan kekesalannya kerana terpaksa menarik diri daripada mengendalikan program yang mula bersiaran sejak 2015 itu bersama dua lagi rakan lain iaitu Jep dan Rahim.


“Teruskan memberi sokongan kepada Sinar FM, saya mohon maaf kepada peminat kerana tidak boleh lagi bersama Sepahtu Sinar atas desakan kerja dan masa,” katanya.


Sumber : Malaysiakini


Piring Hitam Hadiah Pun Jokowi Isytihar Ke Badan Antirasuah


Presiden Indonesia Joko Widodo bercadang membuat pengisytiharan kepada badan antirasuah negara itu selepas menerima hadiah istimewa daripada pemimpin Denmark.


Malah menurut Komisi Pembanterasan Rasuah (KPK) itu, ia bukan sesuatu yang asing buat pemimpin popular terbabit.


Salah seorang pemimpin KPK, Giri Suprapdiono, presiden yang lebih dikenali ramai dengan nama Jokowi itu sudah beberapa kali membuat pengisytiharan hadiah yang diterimanya kepada agensi berkenaan.


"Tindakan beliau memang wajib dicontohi pemimpin lain," katanya hari ini.


Semalam Perdana Menteri Denmark Lars Lokke Rasmussen menghadiahkan Jokowi piring hitam edisi khusus kumpulan heavy metal AS, Metallica, semasa kedua-duanya bertemu di Bogor.



Hadiah itu ternyata mengejutkan Jokowi yang memang dikenali seorang peminat muzik heavy metal.


"Rasmussen memahami (muzik) kegemaran saya," katanya dengan senyum lebar seperti dipetik The Jakarta Post.


Sebagai balasan, Jokowi menghadiahkan sebilah rencong (belati) yang menjadi senjata tradisional dari Aceh.


Album dihadiahkan Ramussen itu mengandungi lapan lagu klasik Metallica termasuk Disposable Heroes dan The Things That Should Not Be.


Ia adalah terbitan sempena sambutan 30 tahun Metallica dan baru berada di pasaran pada 10 Nov lalu.


Berdasarkan gambar yang beredar di internet album berkenaan dilihat mempunyai tandatangan pemain dram Metallica, Lars Ulrich, yang lahir di Denmark tetapi berpindah ke Los Angeles ketika berusia 16 tahun.


Kata Giri KPK sangat menghargai sikap dan niat Jokowi membuat pengisytiharan berkenaan walaupun ia sekadar piring hitam.


Niat Jokowi itu dimaklumkan kepada umum oleh salah seorang pegawai kanannya, Johan Budi Sapto Pribowo.


Kata Johan Jokowi akan mengisytiharkan hadiah itu kepada KPK dalam tempoh terdekat.


Beberapa bulan lalu, Jokowi mengisytiharkan dua ekor kuda dari Sumbawa yang dihadiahkan penduduk Nusa Tenggara Timur.


Selepas diteliti KPK memutuskan kuda berkenaan menjadi milik kerajaan dan diuruskan kerajaan.


Pada 2014 - selepas Jokowi disahkan memenangi pilihan raya presiden Indonesia - penyanyi kumpulan Lamb Of God, Randy Blythe mengumumkan bekas ahli perniagaan perabot itu sebagai "presiden heavy metal pertama dunia".


Untuk rekod, KPK ialah sebuah badan bebas dan berpengaruh di Indonesia. Ia tidak tertakluk kepada mana-mana jabatan atau kementerian, dan mempunyai kuasa mendakwa di mahkamah.


Keadaan itu membuat KPK digeruni.


Dalam beberapa kes, hubungan kerajaan dan KPK pernah tegang ekoran ketegasan agensi berkenaan mengambil tindakan terhadap pegawai kanan parti atau pemimpin negara.


Sumber : Malaysiakini


Punca Data Internet Telefon Cepat Habis


Punca Data/Kuota Internet Telefon Cepat Habis. Penggunaan internet seperti sudah menjadi keperluan dalam kehidupan seharian. Rata-rata menggunakan internet untuk berkomunikasi, mencari maklumat, dan menonton video sebagai hiburan.


Bagi yang melanggan plan data terhad pasti sering berdepan dengan masalah di mana kuota internet habis tanpa anda sedari. Perkara ini pastinya menghalang anda dari melayari internet.


Jika anda masih tertanya-tanya, berikut merupakan antara punca data internet cepat habis. Semoga entri ini dapat membantu anda melakukan penjimatan.


Kemas kini aplikasi secara automatik

Mungkin anda tidak sedar yang anda mengemas kini aplikasi setiap kali versi terbaharu dilancarkan. Proses kemas kini memakan data yang banyak dan bayangkan jika anda mempunyai puluhan aplikasi. Matikan tetapan ini di bahagian Settings pada Google Play Store untuk kemas kini dilakukan tanpa kebenaran.


Memuat naik gambar berkualiti tinggi

Kualiti kamera pada telefon pintar semakin meningkat dengan menghasilkan gambar setanding DSLR. Kini telefon pintar mampu merakam gambar beresolusi tinggi dan anda pula asyik memuat naik di media sosial seperti Instagram.


Memuat naik gambar beresolusi tinggi menggunakan data yang banyak. Tidak perlu risau kerana kini Facebook, Instagram dan WhatsApp menyokong gambar berkualiti rendah. Sisla semak di bahagian Settings.


Rangkaian internet pantas

Percaya atau tidak, kelajuan rangkaian internet turut mempengaruhi penggunaan data. Jika anda menggunakan rangkaian pantas seperti LTE, kelajuan upload dan download semakin pantas dan memerlukan penggunaan data yang lebih banyak.


Disebabkan itulah Youtube secara automatik mengubah kualiti video bergantung kepada kelajuan internet anda. Untuk tukar rangkaian internet sila ke:


iOS: Settings > Cellular > Cellular Data Options


WhatsApp memuat turun gambar secara automatik

Saya yakin ramai tidak perasan yang anda secara tidak sengajamemuat turun semua gambar dan video yang dikongsikan dalam aplikasi pesanan WhatsApp. Lebih-lebih lagi jika menyertai banyak 'group chat' yang sering berkongsi gambar dan video viral. Maka tidak hairanlah data cepat habis.


Sosial media memainkan video secara automatik

Facebook, Instagram, dan Twitter menjadi punca utama data internet cepat habis kerana tanpa kita sedar ia memainkan video secara automatik.


Kelekaan kita dalam melayari laman sosial untuk mengetahui berita viral, gosip artis, dan perkembangan rakan, tanpa menyedari ia menggunakan data yang banyak. Anda boleh muat turun Facebook Lite yang mengurangkan penggunaan data sebanyak 50% berbanding versi utama.


Notifikasi

Penerimaan notifikasi mungkin dilihat seperti tidak memberikan impak besar. Namun jika anda mengaktifkan notifikasi untuk semua aplikasi terutamanya setiap kali rakan memuat naik gambar baru di Instagram, janganlah salahkan syarikat telekomunikasi jika data cepat kering.


Sumber - Nikkhazami

Mudah Terpedaya: 'Pegawai' Songlap RM18,700



Subang Jaya: Dua individu masing-masing kerugian RM14,200 dan RM4,500 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket di dua lokasi berasingan dekat sini, semalam. Kejadian pertama membabitkan pegawai swasta lelaki berusia 40 tahun yang menerima panggilan daripada lelaki mendakwa sebagai 'pegawai bank' di Terengganu dan memaklumkan mangsa mempunyai pinjaman peribadi tertunggak RM30,000.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, berkata mangsa menafikan membuat pinjaman dan suspek memberitahu kemungkinan data peribadinya disalah guna. "Mangsa kemudian disambungkan ke talian didakwa Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu sebelum bercakap dengan 'Sarjan Alias' yang memaklumkan semakan kad pengenalan mendapati dia terbabit dengan kes dadah serta penipuan wang.


"Mangsa juga didakwa bersubahat dengan 'suspek' yang sudah ditangkap manakala akaun bank miliknya akan dibekukan untuk siasatan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Mohammad Azlin berkata, mangsa kemudian berhubung dengan 'Inspektor Imran' yang memintanya mengeluarkan semua bagi mengelak akaun dibekukan.


"Mangsa yang terpedaya melakukan transaksi ke akaun lain miliknya dan memberi nombor akaun, butiran pengenalan diri serta kata laluan ATM. "Dia juga dilarang memaklumkan perkara itu kepada sesiapa dalam masa dua jam," katanya.


Beliau berkata, mangsa menyedari ditipu apabila menerima mesej TAC untuk melakukan pemindahan wang dan mendapati suspek melakukan perkhidmatan perbankan dalam talian bagi memindahkan wangnya berjumlah RM14,200. Dalam kes kedua, seorang penolong pegawai perakaunan membuat laporan berhubung lelaki warga Amerika yang dikenali menerusi laman sosial dan mendakwa bertugas sebagai pensyarah di Universiti Southern California.


"Mangsa mendakwa mengenali lelaki itu menerusi Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak September lalu. "Suspek mendakwa ingin menghadiahkan wang AS$100,000 bersama telefon pintar, tablet dan komputer riba kepada mangsa tetapi ditahan pihak kastam," katanya.


Beliau berkata, mangsa kemudian menerima panggilan daripada individu mendakwa sebagai 'pegawai kastam' dan memintanya membayar cukai pelepasan kerana barang dihantar kononnya membabitkan nilai besar. "Mangsa yang percaya memberikan nombor akaunnya dan membuat transaksi pembayaran berjumlah RM4,500," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.


Terkini 29 November (8.00PM): Banjir Kelantan Meningkat Kepada 12,114 Mangsa



Kota Bharu: Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 12,114 orang yang ditempatkan di 100 pusat pemindahan sementara (PPS), sehingga jam 7.30 malam ini, berbanding 11,500 mangsa 6.15 petang tadi.


Daripada jumlah itu, 4,297 keluarga terbabit ditempatkan di PPS di sembilan daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Puteh, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Pasir Mas, Jeli, Tumpat dan Bachok. Berdasarkan laman eBanjir Kelantan, Pasir Mas mencatat mangsa banjir paling tinggi membabitkan 7,344 orang daripada 2,973 keluarga ditempatkan di 42 PPS, termasuk Madrasah Haji Ghafar di Rantau Panjang dibuka jam 6 petang tadi.


Ia diikuti Kota Bharu dengan rekod seramai 1,442 mangsa membabitkan 360 keluarga yang ditempatkan di 13 PPS. Tumpat menyaksikan sebuah lagi PPS dibuka di SK Bunohan pada 3 petang tadi, menjadikan tiga PPS yang menempatkan 414 mangsa daripada 135 keluarga.


Pasir Puteh menunjukkan peningkatan kepada 819 mangsa daripada 253 keluarga di lapan PPS, manakala Tanah Merah juga menyaksikan peningkatan kepada 907 mangsa banjir berbanding 848 orang pada pagi tadi. Sementara itu, paras air Sungai Golok di Jenob menunjukkan penurunan daripada paras bahaya 23.52 pada jam 7 pagi tadi kepada paras berjaga-jaga, iaitu 22.30 meter pada 7 malam tadi.


Sungai Golok di Rantau Panjang dan Kuala Jambu kekal pada paras bahaya sementara Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Kusial pada paras amaran.


Sumber : BHarian

10 Kegunaan Lain Listerine Yang Korang Tidak Pernah Tahu



Tahukah anda Listerine sebenarnya boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan lain. Ikuti tulisan Hafiz Tint di bawah untuk 10 kegunaan Listerine yang boleh anda cuba sendiri di rumah.


Listerine adalah antara benda wajib yang akan aku beli dan letakkan di dalam tandas di rumah. Aku memang selalu berkumur dengan Listerine untuk pastikan mulut aku sentiasa wangi. Aku ajar anak aku yang berumur 9 tahun untuk amalkan perkara yang sama dan ianya memang bagus untuk gigi anak-anak yang suka sangat makan benda-benda manis.


Selain daripada digunakan untuk berkumur, Listerine juga ada beberapa lagi kegunaan lain yang bagus dan efektif yang korang tak pernah tahu. Mari aku kongsikan 10 cara kegunaan lain Listerine yang boleh korang amalkan.


1. Hilangkan bau busuk pada ketiak.


Tuangkan sedikit Listerine ke atas bebola kapas atau kain putih dan sental ketiak korang. Listerine akan menghilangkan bau tengik korang tu dan memberikan bau yang lebih segar. Barulah bini korang suka kena peluk selalu.


2. Hilangkan kegatalan akibat gigitan serangga.


Sapukan sedikit Listerine ke kawasan yang kena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam. Kalau gatal nak kahwin lain, cara ni tak berkesan.


3. Membasmi kuman di mangkuk tandas.


Listerine bukan hanya boleh basmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas korang. Tuangkan sedikit Listerine dan sental mangkuk tandas tadi dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas korang pun berbau wangi. Jangan sampai korang teruja nak cium mangkuk tandas tu pula nanti, naya.


4. Membantu hilangkan kelemumur.


Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan Listerine secukup rasa ke atasnya. Urut dan usap Listerine tu ke seluruh bahagian rambut hingga terasa kedinginannya. Syoknya. Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut korang. Lebih jimat daripada korang bayar treatment for scalp kat salun.


5. Menghilangkan kutu di bulu haiwan.


Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan Listerine dengan air dan spray ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut. Confirm bertempiaran lari kutu tu nanti mengalahkan Usain Bolt.


6. Membersihkan muka yang berjerawat.


Jika korang dah beli macam-macam pencuci muka mahal tetapi jerawat korang tak hilang-hilang, jangan korang sental dengan kertas pasir terus. Cuba korang guna Listerine pula. Sapukan sedikit ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang. Barulah berbeza rupa kau dengan jalan berturap.


7. Membasmi kuman di berus gigi.


Korang selalu berus gigi untuk hilangkan kekotoran dan kuman di gigi, tapi bagaimana kalau berus yang korang gunakan tu pula berkuman? Tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi korang tadi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman tu. Barulah korang boleh gunakan tanpa was-was.


8. Bersihkan skrin tv atau monitor komputer.


Spray sedikit Listerine ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer korang. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata. CSI Las Vegas pun takkan berjaya sabitkan korang dengan sebarang kes.


9. Hilangkan bau busuk di dalam tong sampah.


Jika korang memang malas nak basuh tong sampah di rumah tu dan korang tak suka bau sampah yang busuk, ambil kain yang tidak di pakai dan rendam dengan sedikit Listerine. Kemudian tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Listerine tadi akan menyerap bau tersebut.


10. Melegakan masalah kaki anda.


Tuangkan Listerine ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki korang selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki korang berbau busuk dan bercagu tu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat. Barulah layak kaki korang tu pakai kasut Adidas NMD.


Ini antara beberapa cara lain penggunaan Listerine. Korang bolehlah cuba. Kalau tak rajin nak cuba, beli jugalah Listerine tu untuk berkumur.


Sumber - TaikoTV

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.