Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

6 Petanda Yang Menunjukkan Kucing Sangat Menyayangi Tuan Mereka


Kecomelan kucing membuatkan ramai ingin memeliharanya. Bagi mereka yang menjaganya pasti akan menjaga seperti anak mereka sendiri.


Tetapi adakah kucing akan membalas perasaan sayang yang sama seperti anda menyayanginya? Berikut merupakan tanda-tanda kucing menunjukkan rasa sayang kepada manusia:


1. Gerakan Menolak Menggunakan Tangan


Gerakan ini ditunjukkan ketika mereka berusaha menggerakkan tangan mereka. Tindakan ini sering dilakukan oleh kucing semasa mereka kecil. Mereka biasanya menekan tangan mereka semasa sedang menyusu untuk merangsang aliran susu ibunya.


Mereka melakukan aksi itu kerana merasakan suasana yang bahagia. Jika kucing anda melakukannya bermakna mereka sangat gembira dan percaya kepada anda.


2. Ekor Kucing Melengkung


Kucing terkenal dengan haiwan yang tiada ekspresi pada wajahnya. Tetapi anda boleh melihat perasaan mereka melalui ekornya. Jika ekornya berdiri tegak dan sedikit melengkung itu bermakna mereka cuba terima dan menyukai anda.


3. Berdengkur


Kucing anda selalu berdengkur kepada anda? Ini menunjukkan mereka mempunyai perasaan sayang kepada anda kerana menjaganya. Berdengkur ialah tanda mereka menunjukkan kepuasan hati mereka.


4. Tidur Bersama-sama


Tidur adalah cara kucing menikmati hari-hari mereka. Jadi apabila mereka sering tidur dengan anda itu bermakna mereka ingin menunjukkan rasa sayang dengan ingin berada dekat dengan anda.


Selain itu, menurut kajian saintifik jika kucing berada di sebelah manusia ia akan mengelakkan manusia dari masalah tidur.


5. Menggosokkan Badan Pada Kaki Ataupun Tubuh Anda


Kucing melakukan perkara ini kerana menandakan anda adalah sebahagian daripada mereka. Apabila mereka menggosok badannya ia akan meninggalkan bau.


Tambahan lagi apabila kucing cuba menggosok kepala dan pipinya, ia juga menjadi tanda bahawa mereka memerlukan perhatian anda.


6. Membawa Hadiah Dan Mengigit Anda


Salah satu cara kucing ingin mengucapkan terima kasih dengan memberikan hadiah kepada anda. Contohnya mereka akan membawa bangkai tikus atau burung.


Mereka juga akan menggigit anda kerana menjaga mereka. Gigitan yang mereka buat tidaklah terlalu menyakitkan. Ini ialah salah satu cara mereka berkomuniksi dengan anda.


Sumber - Taikotai.tv

Comments :

0 comments to “6 Petanda Yang Menunjukkan Kucing Sangat Menyayangi Tuan Mereka”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.