Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Denda RM300 Untuk Kesalahan Menggunakan Telefon Bimbit Ketika Memandu



Baru-baru ini Menteri Pengangkutan Malaysia iaitu Liow Tiong Lai telah mengumumkan bahawa pemandu di negara ini yang berjaya ditangkap ketika menggunakan telefon bimbit ketika memandu boleh dikenakan denda sebanyak RM300. Menteri itu turut mendedahkan bahawa pegawai penguat kuasa dan juga penggunaan kamera statik serta mudah alih juga akan digunakan bagi menangkap pemandu yang melakukan kesalahan tersebut.


Menurut The Star, penggunaan telefon bimbit di kalangan pemandu merupakan antara 20 kesalahan yang akan disertakan dalam Sistem Keselamatan Automatik iaitu gabungan Sistem Penguatkuasaan Automatik dengan sistem mata demerit. Penguatkuasaan ini telah dibuat berikutan kadar kemalangan yang sangat tinggi, melibatkan sebanyak 5,310 kematian dari Januari hingga September 2017. Manakala tahun lalu telah mencatatkan sebanyak 7,152 kematian melibatkan nahas jalan raya.



Berdasarkan kepada ucapan yang dikongsikan di dalam majlis pelancaran Sungai Dua di Bentong, penggunaan aplikasi pemanduan arah pada telefon bimbit adalah dibenarkan tetapi ianya perlulah diletakkan pada pemegang di dalam kenderaan. Sebagai rujukan, Datuk Nadzri Siron selaku Ketua Pengarah JPJ juga pernah mewartakan denda sehingga RM300 bagi kesalahan bermain Pokemon Go ketika memandu pada Ogos tahun lalu.


Sumber : Ering

Comments :

0 comments to “Denda RM300 Untuk Kesalahan Menggunakan Telefon Bimbit Ketika Memandu”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.