Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

(Video & Gambar) Steven Seagal menghadap Sultan Johor


Bintang Hollywood Steven Seagal mengunjungi Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam satu lawatan di Johor hari ini.


Pelakon yang pernah menjadi jurulatih seni mempertahankan diri itu mengadakan perbincangan tertutup selama dua jam bersama Sultan Ibrahim di Hutan Bandar Gelang Patah.


Seagal, 65, pelakon yang memegang tiga kewarganegaraan termasuk Rusia popular menerusi filem hit pernah dilakonkannya seperti Under Siege, Above the Law, Out of Justice dan Hard to Kill.


Seagal turut berlakon dalam rancangan bersiri televisyen seperti Steven Seagal: Lawman dan True Justice


Mungkin ramai tidak mengetahui, selain berkecimpung dalam bidang lakonan, Seagal juga pandai bermain alat muzik seperti gitar malah memiliki dua album selain kebanyakan lagu itu digunakan sebagai runut bunyi untuk filemnya.


Sumber : Malaysiakini


Comments :

0 comments to “(Video & Gambar) Steven Seagal menghadap Sultan Johor”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.