Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Harimau Terlepas Dari Pertunjukan Sarkas, Dua Kanak-Kanak Cedera (Video)


Anggota dari jabatan keselamatan awam tempatan dan Jabatan Perhutanan kini sedang menyiasat kejadian tersebut. - Reuters


SHANXI: Seekor harimau yang terbebas dari kandangnya sewaktu pertunjukan sarkas di sebuah kampung di wilayah Shanxi, utara China, menecetuskan huru-hara sebelum ia berjaya ditawan semula, lapor Reuters.


Dua kanak-kanak telah cedera dicakar oleh haiwan itu, namun kedua-duanya telah dibenarkan pulang dari hospital selepas menerima rawatan, kata pihak berkuasa tempatan.


Pasukan sarkas itu sedang mengadakan pertunjukan di sebuah acara keraian berdekatan sebuah kuil di perkampungan Shengwang di mukim Hongtong, ketika harimau itu tiba-tiba dapat menerjah keluar dari kandang.



Anggota dari jabatan keselamatan awam tempatan dan Jabatan Perhutanan kini sedang menyiasat kejadian tersebut.



Sumber - AstroAwani

Comments :

0 comments to “Harimau Terlepas Dari Pertunjukan Sarkas, Dua Kanak-Kanak Cedera (Video)”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.