Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Kemudahan Awam : Rawang Bypass Dibuka Mulai Esok



PROJEK laluan baharu jalan pintas Rawang atau Rawang Bypass sedia dibuka kepada awam bermula Rabu ini. Perkara itu diumumkan Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui 'posting' yang dimuatnaik di laman twitter pada Selasa. Laluan alternatif sepanjang 23 kilometer itu akhirnya dapat dimanfaatkan pengguna, khususnya penduduk bandar Rawang yang terpaksa berdepan kesesakan jalan raya untuk ke bandaraya Kuala Lumpur.


Projek pembinaan yang menelan belanja sebanyak RM630 juta itu melibatkan projek menaiktaraf struktur jalan raya, selain bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar Rawang. Projek yang termaktub dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) ini bertujuan untuk memajukan jaringan jalan raya ke bandaraya Kuala Lumpur tanpa melalui bandar Rawang dan mampu mengurangkan tempoh perjalanan selama dua jam sebelum ini kepada hanya 30 minit.


Menarik mengenai pembinaan lebuh raya ini, ia turut memiliki jejambat berbengkang-bengkok yang dibina menggunakan kaedah Moveable Scaffolding Systems (MSS). Kaedah MSS yang pertama digunakan dalam pembinaan lebuhraya di negara ini dapat mengurangkan kemusnahan Hutan Lipur Komanwel.



Pembinaan jalan ekspres ini yang dikatakan paling kompleks memiliki struktur jajaran dengan ketinggian 58.2 meter dari aras bumi sekaligus menjadikan ia jambatan tertinggi di Malaysia. Perjalanan menyelusuri kawasan Hutan Simpan Kanching yang kaya dengan flora dan fauna pastinya memberi pengalaman berbeza.


Comments :

0 comments to “Kemudahan Awam : Rawang Bypass Dibuka Mulai Esok”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.