Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Sukar Memiliki Rumah Walaupun Hanya Sebuah, Pakar Hartanah Ini Dedahkan Puncanya


Beberapa hari ini, teruk Kak Jemah (KJ) dihentam para netizen gara-gara penggunaan ayat yang kurang sesuai di media sosial.


Dari beberapa kecaman yang diberikan, ada yang lahir dari rasa kecewa mereka kerana tidak dapat memiliki rumah pertama mereka dan aku turut bersimpati dengan mereka.


Sepanjang 19 tahun aku melabur di dalam hartanah, berikut adalah beberapa asbab atau faktor yang sebenarnya menyukarkan pemilikan rumah ini berlaku walaupun hanya untuk sebuah rumah.


1. Masalah Cashflow

Ya, aliran tunai yang terhasil adalah negatif yakni perbelanjaan melebihi pendapatan.


Jika bernasib baik, ‘break even’ (pendapatan cukup-cukup sahaa menampung perbelanjaan) sudah mampu menghadirkan rasa syukur kepada mereka.


Dan, walaupun kita tahu salah satu dari jalan penyelesaiannya adalah mencari income tambahan, tetapi tidak ramai yang berkesempatan melakukannya.


Tidak seperti aku dulu, selepas waktu pejabat, terpaksa menebalkan muka mencari pembeli bagi produk Nata De Coco dan perfume Ralph Lauren Sport dari meja ke meja semata-mata untuk mencari pendapatan sampingan.


2. Jerat "Hutang Jahat"

Seawal kerjaya sudah terjerat dengan ‘hutang jahat’ yakni hutang yang tidak memberikan faedah berterusan.


‘Peer pressure’ dari rakan-rakan, juga dari keluarga biasanya menjadi penyebab kepada tindakan mereka membina hutang jahat.


Mungkin mereka tidak sekental aku yang sanggup menebalkan telinga walaupun disindir, gara-gara tidak mempunyai sofa untuk 2 tahun pertama usia perkahwinanku.


Malah sehingga kini, aku masih terus-terusan disindir hanya kerna mengekalkan ‘tv kotak’ di kalan rataratanyasudah bertukar kepada ‘tv leper’. Apa nak buat, pesan mak aku, “kalau barang tu masih elok buat apa ditukar?”.


3. Tiada Modal

Bila kedua-dua masalah di atas telah mula bertamu, mana mungkin mereka dapat menyimpan dan jika tiada simpanan, mana mungkin modal dapat dikumpul untuk pembelian rumah pertama?


Aku tidaklah bermaksudkan yang mereka perlu menyimpan sehingga RM500 sebulan tetapi sekurangkurangnya RM50 sebulan secara konsisten sudah memadai.


Aku dulu turut bermula dengan RM50 selama setahun pertama sebelum amaunnya aku tingkatkan selari dengan peningkatan gaji dan juga income sampingan Nata De Coco dan Polo Ralph Lauren Sport yang aku jual.


4. Tiada Ilmu

Sebenarnya, jika mereka punya ilmu aku yakin pembelian rumah pertama tidaklah sesukar mana. Walaupun tanpa modal, semuanya mampu diusahakan.


Ini telah dibuktikan oleh beberapa bekas student yang pernah hadir ke kelas hartanahku.


Ada yang seawal 6 bulan bekerja sudah memiliki rumah dan rumah yang dibeli tersebut, tidak langsung menyesakkan cashflow mereka


Inilah pentingnya kita rajin membaca dan menghadiri majlis ilmu. Tolak tepi rasa iri terhadap yuran yang dikenakan oleh pemberi ilmu, kerna itu adalah kos masa yang mereka peruntukkan untuk berkongsi ilmu dengan kalian.


5.Tidak Berzakat & Bersedekah

Ini adalah faktor paling utama yang ramai seakan terlupa atau buat-buat lupa.


Gaji kecil dijadikan alasan sedangkan janji Allah, penyucian harta melalui zakat dan sedekahlah yang sebenarnya meluaskan rezeki mereka.


Ditambah pula dengan pemberian konsisten kepada ibu bapa setiap bulan sebenarnya lebih menambahkan keberkatan terhadap pendapatan yang diterima.


Inilah yang aku alami sepanjang 19 tahun melabur.


Jika tidak, mana mungkin aku dilorongkan untuk mengetahui tentang unit di Vista Angkasa yang berjaya aku perolehi pada harga RM150K.


Kesimpulannya, sebelum kita ‘kecewa’ kerna tidak mampu membeli dan mengecam para pelabur, adalah lebih baik kita muhasabah kembali 5 faktor di atas. Aku yakin jika anda berjaya selesaikannya dengan baik, pasti rumah pertama akan menjadi milik anda tak lama lagi.


Kredit - Meor Zaidee

Comments :

0 comments to “Sukar Memiliki Rumah Walaupun Hanya Sebuah, Pakar Hartanah Ini Dedahkan Puncanya”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.