Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Hidup penuh keajaiban! Ibu dan anak ditemui dengan selamat setelah terperangkap dan hilang selama 5 hari dalam nahas pesawat yang membawa maut


Ini adalah kisah ibu dan anak yang telah mengalami pengalaman mengerikan ketika berada di dalam pesawat yang terhempas di hutan tebal Colombia dan mereka telah dijumpai setelah hilang dan terperangkap selama lima hari di dalam hutan tersebut.


Pada bulan Jun 2015, seorang ibu muda yang berusia 18 tahun bernama Nelly Murillo dan bayi lelakinya, Yudier Moreno telah ditemui dengan selamat di hutan tebal Colombia setelah mengalami pengalaman malang terbabit dengan nahas pesawat yang membawa mereka.


Ibu dan anak ini ditemui selamat dengan kecederaan ringan tidak jauh dari pesawat yang telah terhempas tersebut. Nelly dan bayinya, Yudier telah menaiki pesawat Cessna 303 yang membawa bekalan kelapa dan ikan, yang dalam penerbangan di antara Nuqui dan Quibdo apabila nahas itu telah berlaku.


Pesawat itu telah didapati hilang dari radar sejurus selepas 20 minit ia berlepas dan pihak berkuasa dengan segera telah menyedari kehilangan pesawat tersebut.


Mereka telah menghubungi pihak yang bertanggungjawab dalam usaha mencari dan mengesan lokasi pesawat tersebut yang telah terhempas. Pesawat tersebut telah terhempas di hutan tebal Colombia dan pasukan mencari dan menyelamat telah bergegas ke lokasi terbabit.


Selama lima hari selepas kehilangan pesawat ini, pasukan penyelamat yang terdiri daripada 14 orang anggota telah memasuki hutan Colombia untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat ke atas pesawat yang telah terhempas ini.


Akhirnya mereka telah dapat mengesan dan melihat juruterbang pesawat tersebut, Kapten Carlos Mario Ceballos telah ditemui meninggal dunia di dalam kokpit.


Mereka juga mendapati pintu pesawat telah dibuka, yang memberi makna dan petunjuk bahawa ada penumpang yang terselamat.


Dengan keadaan pesawat yang terhempas dengan teruk dan hampir berkecai, pihak penyelamat merasakan adalah amat mustahil bagi mangsa boleh terselamat dalam nahas tersebut. Namun mereka meneruskan usaha mencari mangsa yang terselamat.


Pada hari kelima di dalam usaha pencarian, mereka telah menemui seorang ibu sedang terbaring di tepi sungai sambil memeluk erat bayinya.


Ketua pasukan penyelamat, Kolonel Carrascal berkata, “Ini adalah satu keajaiban dan keadaan luar biasa. Semangat kental ibu ini telah memberi kekuatan kepada bayinya untuk terus hidup dan selamat.”


Kedua-dua ibu dan bayi ini telah ditemui dalam keadaan selamat dengan hanya mengalami kecederaan ringan.


Ibu kental Nelly Murillo dan bayinya, Yudier Moreno telah diselamatkan melalui helikopter dan dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut. Nelly hanya mengalami kelecuran kecil dan beberapa luka di anggota badannya.


Menurut abang Nelly, Carlos, kedua-dua ibu dan anak ini telah terselamat dan meneruskan kehidupan selama lima hari dengan meminum air kelapa dan air hujan.


Keajaiban itu sememangnya wujud di mana-mana. Pantang maut sebelum ajal! Adalah menjadi satu kehebatan dan kekaguman apabila ia terjadi. Dan para penyelamat tersebut juga tidak berputus asa dan terus berusaha gigih mencari mangsa yang masih terselamat. Ia juga menjadi punca akhirnya ibu dan bayi lelakinya ini telah berjaya ditemui dan diselamatkan dari nahas pesawat malang ini.


Kredit imej: Youtube Screenshot/ CNN


Comments :

0 comments to “Hidup penuh keajaiban! Ibu dan anak ditemui dengan selamat setelah terperangkap dan hilang selama 5 hari dalam nahas pesawat yang membawa maut”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.