Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Pelanggan Terkejut Apabila Harga Hidangan Kari Kepala Ikan Di Restoran Mamak Mencecah RM600!


Baru-baru ini tular satu isu apabila seorang pelanggan terkejut dengan harga kari kepala ikan yang didakwa mencecah ratusan ringgit!


Pelanggan tersebut bersama-sama keluarganya telah menikmati makan malam di sebuah restoran mamak terkenal di Kuala Lumpur pada hujung minggu lalu dan terkejut semasa menerima bil makanan.


Berdasarkan kepada gambar resit yang dimuatnaik oleh pelanggan berkenaan iaitu Faudzy Asrafudeen menerusi media sosial, anda boleh lihat harga yang dikenakan pihak restoran bagi hidangan empat mangkuk kari kepala ikan merah itu bernilai RM600!


Hal ini membawa maksud semangkuk hidangan berkenaan bernilai lebih kurang RM150! Bayangkan! Malah, hidangan bagi makanan lain yang dipesan turut memperlihatkan harga yang mahal menjadikan keseluruhan bil hampir RM1,000.


Menerusi kenyataannya ketika dihubungi mStar Online, Faudzy mendakwa bahawa dia tidak menyangka harga makanan di restoran mamak berkenaan semahal itu.


“Saya memang tak tengok menu sebab biasanya tahu purata harga yang nak dibayar. Walaupun dah ada bajet, tapi terkejut bila tengok harga kepala ikan macam itu,“ujar Faudzy, 56 tahun.


Faudzy turut meminta penjelasan daripada pekerja mengenai harga tersebut yang kemudiannya menjelaskan bahawa harga tersebut dikenakan berdasarkan kepada saiz kepala ikan.


“Saya minta pekerja di kaunter untuk perjelaskan. Katanya harga mengikut saiz kepala ikan. Kalau kepala besar berharga antara RM120 dan RM150 manakala saiz kecil antara RM60 dan RM80”.


Faudzy yang merupakan pengarah pembangunan pasaran di sebuah syarikat walau bagaimanapun tidak mahu mengambil tindakan undang-undang kepada restoran berkenaan. Sebaliknya, dia hanya mahu memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak kesal di kemudian hari.


“Saya bayar sajalah. Takkan tak bayar pula sebab dah makan. Tapi saya memberi peringatan kepada semua sebab tak nak orang lain pula yang terkena macam kami”.


Katanya lagi, “Mana-mana restoran pun, periksa dahulu menu dan lihat harganya sebelum membuat tempahan, lebih-lebih lagi restoran mamak yang jarang sediakan menu dan harga. Jadi, anda kena minta menu terlebih dahulu terutamanya jika mahu makan kari kepala ikan”.


Justeru, peranan yang penting harus dimainkan oleh pihak restoran dalam memastikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan. Pengusaha seharusnya memaklumkan kepada pelanggan dengan lebih awal mengenai harga bagi setiap makanan yang dipesan. Hal ini supaya pelanggan tidak akan terkejut apabila melihat harga yang perlu dibayar.


Sumber - Era Baru

Comments :

0 comments to “Pelanggan Terkejut Apabila Harga Hidangan Kari Kepala Ikan Di Restoran Mamak Mencecah RM600!”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.