Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Ciptaan Yang Menakjubkan! Nyamuk Denggi Pun “TAKUT” Pada Suratkhabar


Satu akhbar di Sri Lanka telah memperbaharui cara bagi melindungi para pembaca daripada serangan demam denggi. Hal ini demikian kerana virus daripada nyamuk ini seringkali menyerang penduduk di sana.


Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, seramai 400 juta penduduk diserang demam denggi setiap tahun. Tahun lalu sahaja, lebih kurang 30,000 penduduk Sri Lanka mengalami demam denggi.


Memandangkan tiada sebarang vaksin atau rawatan khas bagi memulihkan pesakit, langkah pencegahan merupakan kaedah terbaik bagi penyakit ini. Justeru, surat khabar Mawbima telah mengambil keputusan untuk menjadikan akhbarnya sebagai alat yang mampu menghalau nyamuk.


Kertas dan dakwat yang digunakan dalam penghasilan akhbarnya mengandungi esen serai wangi yang berfungsi dalam menghalau nyamuk daripada menghampiri manusia.


Melalui kaedah ini, apabila pembaca memegang surat khabar, esen serai wangi tersebut akan melekat pada badan pembaca sekali gus melindungi mereka daripada bahaya nyamuk.


Semenjak ianya diperkenalkan pertama kali di Hari Kesihatan Sedunia pada April lalu, penjualan surat khabar menjadi laris manakala jumlah pembaca pula meningkat kepada 300,000 orang!


Di samping itu juga, penjualan akhbar dikatakan sangat laku seperti pisang goreng panas.


Inovasi mudah dan menggunakan bahan semulajadi ini berjaya mengekang penyakit yang berpunca daripada virus nyamuk secara global.


Surat khabar kini bukan sahaja berfungsi untuk menyampaikan berita semasa kepada pembaca tetapi juga melindungi mereka daripada penyakit berbahaya.


Sumber - Good Times

Comments :

0 comments to “Ciptaan Yang Menakjubkan! Nyamuk Denggi Pun “TAKUT” Pada Suratkhabar”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.