Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Wanita Muda Sanggup Berhenti Kerja Di Bandar Dan Menetap Di Pulau Terpencil Dengan Melakukan 9 Pekerjaan Setiap Hari! Rupa-Rupa Inilah Sebab Di Sebaliknya…


Seorang pekerja kedai telah mengambil keputusan untuk meninggalkan bandar Edinburgh dan berpindah serta menetap di satu kawasan terpencil yang hanya mempunyai 45 orang penduduk!


Lebih mengujakan lagi, kesemua penduduk tersebut adalah berusia dalam lingkungan 65 tahun sekali gus menjadikan Sarah Moore, 26 tahun sebagai penduduk termuda di kawasan pekan yang dikenali sebagai Utara Ronaldsay.


Di samping itu, Sarah juga melakukan sembilan jenis pekerjaan di kawasan berkenaan memandangkan tiada siapa lagi yang boleh melakukannya. Antara pekerjaan yang disandang oleh Sarah adalah:


Posmen

Anggota bomba

Pengendali rumah api

Pemandu jentolak di ladang

Pengawal trafik udara

Pengendali bagasi di lapangan terbang

Kerani

Penggembala haiwan ternakan

Pembawa barangan

Walaupun mempunyai jadual yang padat, Sarah menyatakan bahawa dia amat menyukai kehidupan di pulau kecil tersebut.


“Kehidupan di sini tidak mudah dan ianya bukan tempat untuk anda boleh menjadi kaya dengan cepat tetapi saya sukakannya”.


“Kehidupan di bandar terlalu sesak dan tiada pemandangan hijau yang indah di sana. Bagi saya, pekerjaan sebagai pekerja di kedai tidak sesuai untuk saya”.


Tambah Sarah lagi, walaupun Edinburgh merupakan bandar yang sibuk dan penuh dengan manusia, dia merasa sangat sunyi.


“Saya tinggal di rumah yang sama selama 23 tahun dan saya hanya mengenali jiran yang tinggal di kiri dan kanan rumah sahaja. Di sini, saya mengenali semua orang”.


Selain perlu menjalankan banyak pekerjaan pada satu masa, kehidupan percintaan pastinya menjadi satu perkara yang sukar buat Sarah. Apatah lagi apabila semua penduduk di sana seringkali meminta Sarah untuk segera mendirikan rumah tangga dan membina keluarga.


“Hal ini kerana kebanyakan penduduk sudah berumah tangga dan saya adalah penduduk yang paling muda. Ya, saya boleh mencari calon yang tinggal di pulau lain tetapi buat masa ini, saya belum bersedia lagi.”


Pada musim panas, penduduk di Utara Ronaldsay akan mengadakan festival di mana ramai pemuda dari kawasan pulau lain akan menghadirinya. Pada waktu itu, terdapat segelintir penduduk yang lebih tua akan memberikan mereka dokumen kerja (resume) Sarah supaya pemuda-pemuda tersebut dapat berkenalan dengannya.


Sarah turut mendakwa bahawa kehidupan di Utara Ronaldsay adalah seperti ‘dunia yang berbeza’.


“Saya berjaya mengembangkan kemahiran diri dengan cepat dan menghabiskan masa dengan warga tua sehinggakan saya tidak mementingkan perbezaan umur setiap kali berbual dengan sesiapa”.


Satu-satunya masalah di kepulauan tersebut adalah sebilangan penduduk yang masuk ke pulau ini sudah berada dalam umur 50-an. Jadi, tidak banyak tugas yang mampu dilakukan oleh mereka.


“Saya tidak begitu merindui Edinburgh. Bulan lalu saya pulang ke sana untuk membantu ibu bapa berpindah ke tempat lain tetapi tiada kenangan yang boleh diimbau”.


Sumber - Daily Mail

Comments :

0 comments to “Wanita Muda Sanggup Berhenti Kerja Di Bandar Dan Menetap Di Pulau Terpencil Dengan Melakukan 9 Pekerjaan Setiap Hari! Rupa-Rupa Inilah Sebab Di Sebaliknya…”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.