Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Fazura Yakin Masa Depan Cerah Bersama Fattah



Kuala Lumpur: "Saya nampak masa depan saya di mata Fattah," itu yang diucapkan Nur Fazura berhubung hubungannya dengan Fattah Amin. Mengakui sikapnya yang degil dan terlalu mementingkan kerjaya, ajakan Fattah untuk menghalalkan hubungan mereka pernah dipandang sepi Fazura.


"Saya berfikir panjang tentang hubungan saya dengan Fattah tetapi apabila dia hantar keluarga untuk merisik, hati saya terbuka untuk menerimanya," kata aktres yang berusia 34 tahun itu. Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, bagaimanapun kesal dengan laporan-laporan yang disifatkan kurang beretika oleh beberapa media tentang hubungan mereka.


"Kita masyarakat Timur, jadi saya merasakan tindakan seperti menyebarkan gambar-gambar rumah keluarga saya sangat tidak patut dilakukan. "Apapun saya hargai kesabaran semua pihak menunggu kami balik dari mengerjakan umrah," kata Fazura.



Fattah, 27 tahun memberitahu, keputusan merahsiakan pertunangan mereka adalah keputusan yang diambil bersama keluarga. "Kami mahu fokus kepada ibadah umrah. Jika berita pertunangan ini diumumkan ketika itu, mungkin tumpuan kami akan terganggu," katanya.


Pasangan itu yang mula rapat selepas terbabit dalam drama Hero Seorang Cinderella mengumumkan sudah bertunang 13 November lalu dua hari sebelum berlepas ke Mekah. Buat masa ini, tarikh pernikahan belum ditetapkan namun dirancang akan dilangsungkan dalam masa terdekat.


Sumber : AstroAwani

Comments :

0 comments to “Fazura Yakin Masa Depan Cerah Bersama Fattah”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.