Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Pesakit Nazak Meluahkan Permintaannya Untuk Melihat Pantai. Apa Yang Paramedik Buat Sangat Mengharukan.


Paramedik Penuhi Hasrat Wanita Nazak

Pesakit dibawa ke kawasan pantai di Hervey Bay oleh krew ambulans.


SEORANG wanita sedang nazak yang sepatutnya dikejarkan ke hospital, dibawa oleh pasukan parademik untuk melihat pantai buat kali terakhir atas permintaannya.Pasukan paramedik itu mendapat pujian ramai apabila berkongsi kisah menyayat hati wanita tersebut di media sosial.



Perkhidmatan Ambulans Queensland menceritakan kisah Danielle dan Graeme, pasukan paramedik yang membuat keputusan untuk melencongkan ambulans mereka ke Hervey Bay, Australia kepada pengikutnya di Facebook.


“Mereka sepatutnya membawa pesakit ke unit jagaan paliatif di sebuah hospital dan pesakit meluahkan permintaannya untuk melihat pantai.


“Krew melencong ke kawasan pantai di Hervey Bay demi menunaikan permintaan pesakit itu.


“Ada kalanya ia bukan ubat, latihan atau kemahiran tetapi apa yang anda perlukan adalah menyelami emosi orang lain untuk melakukan kelainan,” demikian menurut kenyataan di Facebook.


Posting mengenai krew ambulans itu memperoleh lebih 41,000 like dan dikongsi 12,000 kali di Facebook.


Sumber - mstar

Comments :

0 comments to “Pesakit Nazak Meluahkan Permintaannya Untuk Melihat Pantai. Apa Yang Paramedik Buat Sangat Mengharukan.”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.