Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Terkini 29 November (8.00PM): Banjir Kelantan Meningkat Kepada 12,114 Mangsa



Kota Bharu: Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 12,114 orang yang ditempatkan di 100 pusat pemindahan sementara (PPS), sehingga jam 7.30 malam ini, berbanding 11,500 mangsa 6.15 petang tadi.


Daripada jumlah itu, 4,297 keluarga terbabit ditempatkan di PPS di sembilan daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Puteh, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Pasir Mas, Jeli, Tumpat dan Bachok. Berdasarkan laman eBanjir Kelantan, Pasir Mas mencatat mangsa banjir paling tinggi membabitkan 7,344 orang daripada 2,973 keluarga ditempatkan di 42 PPS, termasuk Madrasah Haji Ghafar di Rantau Panjang dibuka jam 6 petang tadi.


Ia diikuti Kota Bharu dengan rekod seramai 1,442 mangsa membabitkan 360 keluarga yang ditempatkan di 13 PPS. Tumpat menyaksikan sebuah lagi PPS dibuka di SK Bunohan pada 3 petang tadi, menjadikan tiga PPS yang menempatkan 414 mangsa daripada 135 keluarga.


Pasir Puteh menunjukkan peningkatan kepada 819 mangsa daripada 253 keluarga di lapan PPS, manakala Tanah Merah juga menyaksikan peningkatan kepada 907 mangsa banjir berbanding 848 orang pada pagi tadi. Sementara itu, paras air Sungai Golok di Jenob menunjukkan penurunan daripada paras bahaya 23.52 pada jam 7 pagi tadi kepada paras berjaga-jaga, iaitu 22.30 meter pada 7 malam tadi.


Sungai Golok di Rantau Panjang dan Kuala Jambu kekal pada paras bahaya sementara Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Kusial pada paras amaran.


Sumber : BHarian

Comments :

0 comments to “Terkini 29 November (8.00PM): Banjir Kelantan Meningkat Kepada 12,114 Mangsa”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.