Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Pesalah Perang Bosnia Minum Racun Ketika Siaran Langsung


THE HAGUE: Seorang penjenayah perang Croat Bosnia meninggal dunia selepas menelan racun semasa perbicaraan rayuan di The Hague.


Slobodan Praljak, 72, meninggal dunia di hospital dan kawasan bilik perbicaraan kini telah diisytiharkan sebagai tempat kejadian jenayah.


Semasa kejadian bekas komander tentera Croat Bosnia itu bangun dari tempat duduknya dan menjerit dia bukan seorang penjenayah sebelum meminum cecair daripada sebuah botol.


“Saya telah minum racun,” katanya.


Ini susulan keputusan mahkamah yang mengekalkan hukuman penjara 20 tahun ke atasnya.


Hakim Carmel Agius terus menggantung perbicaraan tersebut dan ambulans dipanggil.


“Jangan ambil botol itu keluar daripada bilik ini,” arah hakim itu.


Praljak dikejarkan ke hospital berdekatan dan disytiharkan telah meninggal dunia dan siasatan kini dijalankan.


Praljak dihukum penjara pada 2013 berikutan keganasan di bandar Mostar semasa perang Bosnia yang berlaku dari 1992 hingga 1995.


Dia merupakan antara enam bekas pemimpin dan ketua tentera Croat Bosnia yang dihadapkan ke Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia (ICTY).


Kesemua mereka sedang menghadiri keputusan rayuan terakhir oleh mahkamah tersebut.


Sumber : Awani


Comments :

0 comments to “Pesalah Perang Bosnia Minum Racun Ketika Siaran Langsung”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.