Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Buruh wanita menaiki bas dengan banyak tempat duduk yang kosong tetapi lebih rela berdiri. Apabila ditanya, penjelasannya buat ramai terkedu!


Wanita di China ini hanya bekerja sebagai seorang buruh kasar di sektor pembinaan, namun mempunyai pemikiran seperti mereka yang terpelajar dan bertamadun.


Setiap hari beliau menaiki bas berulang alik dari rumah ke tempat kerjanya. Dan setiap hari juga buruh wanita ini tidak akan duduk di dalam bas yang dinaikinya dan lebih rela berdiri walaupun kesemua tempat duduk di dalam bas itu kosong dan tiada penumpang selain dirinya.


Pada satu hari, buruh wanita ini telah ditanya oleh seorang netizen dan penjelasannya telah menjadi kisah dan perbualan hangat para netizen di media sosial. Netizen tersebut telah menceritakan kisah hebat buruh wanita ini.


Wang Zhenzhen yang berusia 58 tahun adalah seorang pekerja buruh kasar yang bekerja di tapak pembinaan seperti yang biasa dilakukan oleh kaum lelaki. Wang selalu menggunakan pengangkutan awam iaitu bas ke tempat kerjanya.


Pada satu hari, seperti biasa, Wang meninggalkan tempat kerjanya selepas selesai waktu kerja dan menaiki bas yang melalui jalan ke rumahnya di Haining.


Bas ini mempunyai banyak tempat duduk yang kosong tetapi beliau enggan duduk. Sebaliknya Wang lebih rela berdiri sehingga sampai ke rumahnya. Bagi seorang wanita yang telah berusia 58 tahun dan bekerja buruh dengan berdiri sepanjang hari, pasti harinya amat memenatkan tetapi Wang masih enggan duduk.


Saya bangun dari tempat duduk dan pergi bertanya kepadanya, “Duduklah di mana-mana. Bas ini kosong.”


Dan wanita ini menjawab, “Baju saya sangat kotor, penuh dengan tanah. Jika saya duduk, tempat duduk di dalam bas ini akan menjadi kotor, dan akan mengganggu penumpang lain menjadi tidak selesa.”


Perkataan ini menyentuh hati saya dan saya telah membuat keputusan untuk menghantar kisahnya ke media sosial.


Kisahnya mendapat perhatian di media sosial. Ramai netizen yang memuji wanita ini dengan antaranya menulis, “Wanita ini bekerja sebagai buruh di tapak pembinaan tetapi tahap moralnya amat cemerlang mengatasi mereka yang berpelajaran.”


Ada pula yang berkata, “Baju kamu mungkin kotor tetapi minda dan naluri kamu amat bersih dan berkilauan!”


Malah seorang wartawan telah pergi ke tapak pembinaan dan mendapatkan temubual daripada wanita ini.


Menurut Wang Zhenzhen, “Tugas saya di tapak pembinaan ialah menyambung pelantar di setiap bahagian bangunan. Suami dan anak lelaki saya juga bekerja di sini.”


Wartawan ini bertanya kepada Wang, “Kerja ini amat berat bagi seorang wanita, yang hanya mampu dilakukan kaum lelaki. Kamu boleh mengalihkan bahan-bahan yang berat ini?”


Wang Zhenzhen berkata, “Tiada masalah. Saya sudah biasa melakukan kerja-kerja berat di ladang. Saya ini buta huruf, jadi kerja yang kasar dan berat ini sahajalah yang mampu saya lakukan.”


Wang Zhenzhen dan suaminya mempunyai dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Anak lelaki sulungnya dan anak perempuannya telah berkahwin dan hanya anak lelaki bongsu yang tinggal bersamanya.


Kata Wang, “Kediaman kami dibuat dari kayu dan sudah berusia 30 tahun. Keadaan rumah kami amat uzur dan apabila tiba waktu hujan, ia bocor di sana sini. Jadi kami mahu membaiki rumah ini dan semua berkerja keras mengumpul wang bagi tujuan itu. Pada masa yang sama, kami juga mengumpul wang untuk perkahwinan anak lelaki bongsu kami.”


Wang Zhenzhen berkata, beliau sudah biasa menggunakan bas awam berulang alik ke tempat kerjanya. Pernah beliau melihat beberapa orang pekerja pejabat yang berpakaian kemas dan bersih duduk di dalam bas. Walaupun mereka tidak berkata apa-apa, tetapi cara mereka memandang Wang kelihatan dengan wajah yang tidak selesa.


Kata Wang, “Biasanya saya akan mandi di kawasan pembinaan dan bersalin dengan pakaian yang bersih. Barulah pada waktu itu saya akan duduk di dalam bas. Jika saya terlalu kotor dan tidak membawa pakaian bersih untuk disalin, saya lebih rela berdiri sepanjang perjalanan pulang ke rumah.”


Tiba-tiba dengan nada gembira Wang berkata, “Semalam, seorang pemandu bas berkata kepada saya supaya duduklah di mana-mana, dan kemudian dia berkata lagi, jika tempat duduk itu kotor dan bertanah, dia akan membersihkannya. Saya menjadi sangat tersentuh lalu terus duduk di satu tempat duduk dalam perjalanan tersebut sehingga sampai ke rumah.”


Sikap Wang Zhenzhen seharusnya dikagumi oleh semua. Dan sikap pemandu bas itu juga. Jika semua orang bersikap seperti mereka, maka dunia ini akan menjadi sangat aman dan tenteram .


sumber: Era Baru


Comments :

0 comments to “Buruh wanita menaiki bas dengan banyak tempat duduk yang kosong tetapi lebih rela berdiri. Apabila ditanya, penjelasannya buat ramai terkedu!”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.