Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

“Geli Hati Aku Baca Anak Muda Tak Boleh Survive Hidup Di Kota Dengan Gaji RM2,000”


‘Anak muda yang manja…”, itulah yang disampaikan oleh seorang pengguna Twitter dengan nama Anis Hafiza dalam memperlekehkan persoalan anak muda zaman sekarang yang dikatakan tidak mampu hidup di bandar dengan berpendapatan RM2,000.


Berang dengan sikapnya yang dikatakan riak dan takbur, dapat dilihat ramai anak muda yang melemperkan kata-kata kesat dan menidakkan kenyataan beliau yang menerangkan anak muda zaman sekarang terlalu manja dan terlebih merengek berbanding mencari jalan keluar daripada kesempitan dunia.


Dalam konteks yang dikeluarkan di Twitter, beliau dilihat menggunakan hartanah sebagai peluru untuk menyampaikan mesej bahawa seorang anak muda mampu untuk berjaya dan hidup selesa di kota besar walaupun bergaji kecil.


Namun begitu, kami di sini turut merasakan bahawa adalah tidak sama sekali untuk sesiapa sekalipun menyampaikan sesebuah mesej dengan cara mengejek mahupun memperlekehkan keadaan di mana orang hidup dalam keadaan susah.


Dalam konteks ini dapat dilihat beliau mempersoalkan keadaan di mana anak muda zaman sekarang lebih memilih untuk mendapatkan keselesaan berbanding daripada berusaha dengan lebih keras untuk menjayakan hidup masing-masing.



Sindiran daripada wanita ini menerima kecaman hebat daripada orang ramai terutamanya generasi muda yang menyampaikan bahawa beliau tidak merasai penderitaan orang lain untuk bercakap dengan cara bongkak dan riak seperti itu.


Seorang netizen membalas twit beliau dengan mengatakan hidupnya tidak sama sekali seperti yang digambarkan wanita tersebut.



Seorang pengguna turut menyatakan bahawa beliau sedih dengan sikap wanita ini yang terlalu negatif terhadap keadaan semasa yang dialami kebanyakan generasi muda.



Walaupun cerita yang disampaikan wanita ini tentang hartanah adalah sedikit sebanyak betul, namun beliau sekalipun tidak menyampaikan cara atau kaedah untuk keluar daripada dibelenggu kekangan kewangan untuk hidup di bandar.


Hanya sindiran dan cacian yang diberikan yang membuatkan ramai netizen berang dengan keyataan yang keluar dari mulut beliau itu.


Tetapi yang menarik perhatian kami di sini adalah apabila seorang netizen bertindak mempersoalkan tindakan wanita ini yang hanya menyemarakkan api dengan meyimbah petrol kepada anak-anak muda di luar sana.

Apa-apa pun kami di sini mendoakan agar semua pihak bertenang dan hentikan peperangan yang tidak membawa apa-apa kebaikan kepada mana-mana pihak.


Semoga wanita tersebut mendapat hidayah untuk lapang dada dan bantu anak muda untuk berjaya dalam hidup dan terus tabah berjuang untuk keluar daripada dibelenggu masalah pendapatan rendah untuk hidup di kota.


Sumber - Amazingnara

Comments :

0 comments to ““Geli Hati Aku Baca Anak Muda Tak Boleh Survive Hidup Di Kota Dengan Gaji RM2,000””

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.