Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Sabah: RM11 juta ditemui ... Milik siapa?



KOTA KINABALU: Wang tunai dianggarkan bernilai RM11 juta ditemui oleh pihak berkuasa dalam serbuan di dua lokasi berasingan termasuk di sebuah hotel di sini, pagi tadi.


Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi itu dipercayai dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah yang mengadakan Op Gegar selepas menerima maklumat berhubung kegiatan pelacuran di lokasi berkenaan.


Menurut sumber, hasil daripada serbuan itu, anggota penguatkuasa berjaya menemui wang tunai dianggarkan RM11 juta membabitkan dua lokasi iaitu sebuah hotel dan pangsapuri di sekitar Kota Kinabalu.


"Dalam serbuan pertama, kita berjaya menemui sejumlah wang mencecah jutaan ringgit dan susulan daripadanya, sebuah pangsapuri lagi diserbu dan turut ditemui jumlah wang jutaan ringgit.


"Semua wang tunai itu dianggarkan bernilai kira-kira RM11 juta dan proses pengiraan masih dilakukan setakat ini,"katanya.


Sementara itu, JIM Sabah dijangka akan membuat satu sidang media berkenaan kes terbabit pada petang ini.


Sumber - AstroAwani

Comments :

0 comments to “Sabah: RM11 juta ditemui ... Milik siapa?”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.