Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Berbaring beri merpati makan

  Jamaluddin baring di bahu jalan supaya merpati dapat makan di sisinya. KANGAR - Aksi seorang lelaki yang berbaring di bahu jalan dan menabur makanan burung di sekeliling badannya ternyata menarik perhatian orang ramai yang melalui Jalan Bukit Lagi, dekat sini. Jamaluddin Abdul Ghani, 64, berkata, dia tidak kisah dianggap kurang siuman asalkan dia puas...

Telur ayam lebih kecil dari syiling?

SEORANG kanak-kanak perempuan di Britain mendakwa salah seekor ayamnya telah menetaskan telur terkecil di dunia yang dipercayai lebih kecil daripada wang syiling 5 pence. Shannon Hayes, 12, dari Capel Iwan, Carmarthenshire berkata, dia turut melakukan kajian sendiri menerusi Internet untuk memastikan telur dengan ukuran 1.8 sentimeter (sm) tinggi itu adalah paling kecil berbanding rekod sebelum ini. "Saya sangat yakin ia adalah yang terkecil walaupun ia belum disahkan oleh rekod dunia secara rasmi," katanya lagi. Menurutnya lagi, dia telah menyimpan telur tersebut di tempat yang lebih selamat. Pada 2011, seorang penternak...

Penjenayah ditangkap selepas like status FB

MONTANA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang penjenayah yang dikehendaki atas tuduhan mencuri berjaya diberkas selepas tindakannya menyukai status di sebuah laman di Facebook yang memaparkan dirinya sebagai orang paling dikehendaki. Levi Charles Reardon, 23, muncul di laman Facebook Crimestoppers yang memaparkan wajah seorang suspek dengan status Readorn, Levi Charles, 23, lelaki berkulit putih, 5 kaki 11 inci, berambut perang, bermata biru dan dikehendaki untuk kes penipuan,  USD2500. Beberapa minit selepas memuatnaik mengenai maklumat tersebut, pengguna laman yang mengunakan nama 'Levi Charles Reardon' menyukai posting berkenaan. ...

Dipecat selepas kritik majikan di Facebook

Gambar Hiasan "Saya memulakan pekerjaan baru hari ini, tapi saya sangat tidak suka bekerja di taska" tulis Kaitlyn Wells dilaman Facebook miliknya. Malangnya status tersebut telah menarik perhatian beberapa pengguna Facebook dan kritikannya itu diketahui oleh majikannya dan Kaitlyn kemudiannya dipecat serta merta. Kaitlyn berkata, tindakannya memuatnaik status berkenaan adalah satu kesilapan yang besar dilakukannya. "Saya tidak membeci kanak-kanak malah saya sendiri mempunyai anak dan sayang padanya,". DALLAS - AMERIKA SYARIKAT. Tindakan seorang ibu tunggal mengkritik majikannya di laman sosial Facebook...

Diburu kerana kulit

Inilah lelaki dan wanita albino yang diletakkan di bawah perlindungan polis dan tentera sebagai usaha terdesak menghentikan kekejaman pemerdagangan tubuh manusia di pasar gelap di timur Afrika. Polis di seluruh Malawi diarah menembak sesiapa saja yang menyerang albino sementara Perdana Menteri Tanzania mengarahkan penduduk negara itu membunuh mereka yang ditemui bersama-sama anggota tubuh albino. Di Burundi, kanak-kanak albino dari seluruh timur Afrika ditempatkan di penempatan khas di bawah kawalan tentera bagi menghalang mereka daripada diserang. Perkembangan drastik itu dilakukan selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)...

Apps Review : Worm2 atau Cacing panas

Hujung minggu lalu dihabiskan dengan bermain Worms 2: Armageddon yang boleh didapati melalui Google Play untuk peranti Android. Bukan mudah untuk bermain game ini, Worms 2: Armageddon memerlukan pemerhatian dan strategi tertentu untuk menewaskan watak jahat apatah lagi pemain akan dihalang dengan batu-bata serta halangan yang mengakibatkan cubaan sia-sia saja. Disebabkan halangan terbabit, penguji terpaksa menunggu dan terus menunggu untuk ke peringkat seterusnya. Permainan nampak saja senang, tetapi kalau sudah mula bermain, argh! geram tidak dapat menjatuhkan meneruskan perjalanan apabila kita beraksi sebagai cacing yang cuba melepaskan...

KFC mohon maaf pekerja tunjuk isyarat tangan lucah

KUALA LUMPUR, (MLP)  – Sebuah video yang memaparkan seorang pekerja wanita restoran makanan segera yang menunjukkan isyarat lucah tersebar di laman Facebook sejak semalam. Rakaman selama lapan saat itu mendapat 3,887 perkongsian ketika berita ditulis. Insiden terbabit dikatakan dirakam oleh pelanggan yang berkunjung ke premis itu. Menurut laporan portal The Hype Media, difahamkan, sekumpulan pelajar sekolah berkunjung ke restoran KFC yang terletak di Taman Putra untuk makan tengah hari. Wanita dalam video berkenaan dikatakan tidak mengizinkan kumpulan terbabit mengabungkan meja...

Dubsmash jadi kegilaan netizen!

Sejak kebelakangan ini, aplikasi Dubsmash menjadi kegilaan netizen sehingga akaun Facebook dan Instagram kita dibanjiri dengan video ini. Apakah itu Dubsmash sebenarnya? Dubsmash adalah aplikasi ‘lip syncing’ yang membolehkan pengguna telefon pintar memilih petikan lagu ataupun petikan rakaman audio terkenal dari filem, rancangan TV dan lain-lain dalam berbagai bahasa untuk rakaman video sendiri. Klip itu kemudian boleh dikongsi melalui WhatsApp, Facebook, dan Instagram. Nak jadi Mariah Carey? Taylor Swift ataupun Minion? Aplikasi ini boleh menjadikannya kenyataan! Bukan satu, dua tetapi...

Sekolah paling 'cool' di dunia?

Bila bercakap tentang alam persekolahan, kebanyakan daripada kita punya memori tersendiri. Ada yang beranggapan alam persekolahan adalah zaman terbaik pernah dilalui, tidak kurang juga sebaliknya. Tetapi bagi para pelajar Williamwood High di Scotland ini, mereka tentunya meninggalkan alam persekolahan dengan memori yang indah. Para pelajar, guru-guru dan pekerja-pekerja di sekolah berkenaan membuat satu video 'tribute' untuk meraikan tamat persekolahan atau 'graduation' untuk kelas 2015, yang telah berada di sekolah itu selama enam tahun. Video memperlihatkan kesemua yang terlibat menari dan 'having fun', berlatarkan lagu Uptown...

Samsung Galaxy S6 menawan

Selepas lama dengan rekaan yang agak biasa, model terbaru siri Galaxy S ternyata berjaya memukau penguji. Paling memikat mata, warna yang digunakan S6 unik dan menawan apabila Samsung memberi S6 empat pilihan warna putih, hitam, biru dan emas. Sudah pasti emas menjadi pilihan. Bahan yang digunakan juga menarik sehingga ia memantulkan kilauan dengan tampilan warna berbeza pada sudut pandangan berlainan. Penguji tidak perlu memberi spesifikasi peranti yang pernah diterbitkan sebelum ini. Selain bateri boleh ubah, rekaan unibodi turut mengorbankan satu lagi fungsi penting iaitu slot kad memori. Galaxy S6 tidak lagi mempunyai slot kad...

Negara baru diisytihar di Eropah

Zagreb: Seorang lelaki kelmarin mengisytiharkan sebuah negara baru di Eropah dengan jumlah penduduk seramai 160,000 orang. Vit Jedlicka juga mengisytiharkan dirinya presiden pertama Liberland, negara yang ditubuhkan di kawasan yang menjadi pertikaian antara Serbia dengan Croatia. Menurutnya, dia berjaya meyakinkan 160,000 orang untuk bergabung dengannya dan membentuk negara itu yang terletak berhampiran Sungai Danube. Pendaftaran untuk menjadi ibu negara baru itu dibuat menerusi laman web Jedlicka, liberland.org. Bagaimanapun, apabila wartawan Croatia cuba melawat negara yang seluas tujuh kilometer itu, mereka dilarang oleh polis...

Impian miliki anak tercapai selepas 10 kali keguguran

Kisah pasangan ini mungkin boleh menjadi inspirasi kepada pasangan-pasangan di luar sana yang belum dikurniakan cahaya mata. Ia menjadi bukti bahawa usaha yang tak kenal erti putus asa, akan membuahkan hasil suatu ketika nanti. Dalam tempoh 10 tahun, pasangan Sarah dan Mark Brennan dari United Kingdom, terpaksa melalui detik sukar kerana Sarah mengalami keguguran bukan sekali, bukan dua kali, tetapi 10 kali! Tidak cukup dengan kekecewaan itu, pasangan itu diberitahu pula yang mereka mungkin tidak boleh memiliki anak dengan cara normal dan terpaksa mencuba proses persenyawaan in-vitro atau IVF. Namun keajaiban berlaku apabila ketika...

Terkejut tangkap pari gergasi

Caleta La Cruz (Peru): Sekumpulan nelayan di sini terkejut selepas seekor ikan pari gergasi seberat hampir satu tan terperangkap dalam jaring mereka. Seorang nelayan, Franco Vergara berkata, ketika kejadian, dia bersama beberapa rakannya yang menaiki sebuah bot kayu menangkap ikan di kawasan pantai di bandar ini. “Tiba-tiba bot kami bergoyang dengan kuat dan hampir terbalik. “Saya terus melihat di sisi bot dan ternampak seekor ikan pari gergasi terperangkap di dalam jaring yang kami pasang,” katanya. Dia tidak pernah melihat ikan pari seperti itu dan hampir tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Gambar ikan pari itu yang diangkat...

Telur burung gajah berusia 800 tahun dilelong

London: Sebiji telur burung gajah yang berusia 800 tahun dijangka dijual lebih £50,000 (RM271,366) dalam satu acara lelongan di sini, tidak lama lagi. Telur yang 200 kali ganda lebih besar daripada telur ayam itu akan dilelong oleh syarikat lelongan Sotheby’s di sini, pada Khamis ini. Burung gajah yang boleh membesar setinggi tiga meter dan seberat 445 kilogram adalah burung paling besar yang pernah hidup di dunia. Haiwan yang hidup di Madagascar itu tidak boleh terbang dan ia pupus 400 tahun lalu akibat diburu manusia. Kerana saiznya yang besar dan sangat jarang dijumpai, telur burung gajah sangat diminati oleh pengumpul yang kaya. Sebanyak...

‘Abang selimut’ cuba selamat gadis

Beifang: Puluhan pelajar lelaki sebuah universiti di wilayah autonomi Ningxia Hui di barat laut China membentuk jaring keselamatan dengan menggunakan selimut untuk menyelamatkan seorang pelajar perempuan yang cuba membunuh diri. Menurut laporan, pelajar perempuan berkenaan itu dilihat bersiap sedia untuk terjun dari bumbung bangunan di Universiti Beifang. Seorang pelajar, Zhang Ming berkata, sebaik mengetahui mengenai perkara itu, pelajar lelaki mengalihkan basikal yang diletak dibawah bangunan berkenaan dan dengan pantas merentangkan 20 selimut. Mereka berdiri di situ dengan harapan dapat menyelamatkan pelajar perempuan itu...

Sahabat dukung rakan ke sekolah selama tiga tahun

JIANGSU, China, – Seorang pelajar di sini ternyata begitu berhati mulia apabila sanggup mendukung rakan baiknya yang cacat untuk ke sekolah setiap hari sejak tiga tahun lalu. Pelajar berkenaan Xie Xu, 18, mula mengenali rakannya itu, Zhang Chi, 19, ketika menuntut di Sekolah Tinggi Daxu di Xuzhou yang merupakan sebuah bandar besar di wilayah utara Jiangsu, China. Chi mengalami masalah distrofi otot yang menyebabkan kelemahan berterusan pada otot sehingga dia tidak mampu berjalan. Oleh itu, Xu yang setinggi 1.73 meter dan seberat 75 kilogram sanggup mendukung kawannya itu termasuk di sekitar sekolah bagi memastikan dia menghadiri...

Switzerland negara paling bahagia di dunia

NEW YORK – Switzerland dinobatkan sebagai negara paling bahagia di dunia sebelum ikuti rapat oleh Iceland, Denmark, Norway serta Kanada, demikian menurut satu kajian komprehensif oleh sepasukan ahli akademik di sini kelmarin. Laporan Kebahagiaan Dunia 2015 merupakan laporan tahunan ketiga untuk mengukur dan memberi penjelasan mengenai tahap kebahagiaan di 158 buah negara bagi mempengaruhi dasar kerajaan di serata dunia. Finland, Belanda, Sweden, New Zealand dan Australia berada kedudukan 10 teratas senarai itu sekali gus menjadikan negara bersaiz kecil dan sederhana di rantau Eropah Barat menduduki tujuh daripada 10 tangga teratas....

Pakar forensik tunjuk gambar mangsa MH17 dipecat

AMSTERDAM – Seorang pakar forensik Belanda yang membantu mengenal pasti identiti mangsa nahas Penerbangan MH17 di Ukraine pada tahun lalu dipecat selepas dia menunjukkan beberapa gambar mangsa pada satu kuliah awam, kata pihak kerajaan kelmarin. “Kerjasama dengan pakar itu, George Maat telah ditamatkan,” kata Menteri Kehakiman Belanda, Ard van der Steur. Terdahulu, beliau menyifatkan ceramah yang disampaikan Maat sebagai tidak sesuai kerana ia boleh menyinggung perasaan waris mangsa. Maat merupakan seorang pakar antropologi Universiti Leiden yang terletak di bandar Maastricht, selatan Belanda. Beberapa wartawan stesen televisyen...

Dikritik kerana hadiahkan Bently kepada pengebom

  Putera Al-Waleed ARAB SAUDI - Seorang kerabat diraja Arab Saudi dikritik pelayar laman sosial kerana menawarkan 100 buah kereta Bently kepada 100 juruterbang yang terlibat dalam kempen pengeboman Yaman. Menurut BBC, Putera Al-Waleed Talal mengumumkan perkara berkenaan selepas pengumuman tamat fasa pertama pengeboman di Yaman melalui laman Twitter beliau. Sebahagian besar pengikut putera berkenaan di laman Twitter menyokong langkah tersebut, malah memberitahu juruterbang pengebom berhak menerima lebih. Tetapi, di Yaman, orang ramai merasa terhina dengan...

Nenek Obama tunai umrah dapat perhatian

JIKA mempunyai seorang cucu dari kalangan pemimpin dikenali satu dunia, apa saja yang ahli keluarga buat, mesti mendapat perhatian ramai. Inilah kisah nenek kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, Sarah Omar di mana gambar wanita tersebut yang  berada di Arab Saudi untuk menunaikan umrah tersebar dalam media. Sarah yang berusia  94 tahun dikatakan ke sana bersama beberapa sanak saudara Obama. Warga emas berkenaan dilaporkan sangat gembira ketika mengunjungi satu pameran  berkaitan  kehidupan Nabi Muhammad SAW di Makkah, selepas menunaikan ibadat berkenaan. Menurut nenek kepada presiden tersohor...

Aplikasi Tinder satukan adik-beradik terpisah 16 tahun

BELANDA, (MLP) - Adik-beradik kandung yang terpisah selama lebih 16 tahun akhirnya bertemu semula selepas secara tidak sengaja bersetuju untuk bertemu janji (dating) di laman Tinder. Erik de Vries, 24, dan Josephine Egberts, 22, tidak pernah bersua muka selepas ibu bapa mereka bercerai pada tahun 1999. Bapa mereka membawa Erik dan kembarnya Maarten untuk menetap di Belgium manakala ibu mereka menjaga Josephine di Belanda. Meskipun Erik dan Maarten pernah mencuba untuk mencari semua adik mereka tetapi usaha itu hanya membuahkan hasil apabila Erik berpindah semula ke Belanda baru-baru ini. Tinder...

10 Hotel Bawah Laut Tercantik

1. Jules ‘Undersea Lodge; Spanyol: Hotel bawah laut ini terletak di pantai Puerto Rico, Spanyol. Hotel ini merupakan salah satu hotel tertua di dunia. Jules Undersea Lodge mempesona para tamu dengan kamar yang mewah, paket kamar terjangkau, belanja dalam ruangan dan melihat kehidupan bawah laut. Anda dapat menikmati pemandangan yang menakjubkan di hotel ini dengan keluarga Anda. 2. The Lifeboat Hotel; Belanda:  The Lifeboat Hotel di Belanda merupakan daerah tinggal menarik dan unik untuk wisatawan internasional. Di sini Anda dapat menemukan banyak kamar mewah dan cocok untuk bulan madu, sayangnya hotel ini cukup mahal....

Rumah Mudah Alih Untuk Dimiliki

Sumber...

20 Design Rumah Menarik Untuk Rumah Anda

1. Akuarium Tempat Tidur Kredit Gambar: acrylicaquariums.com 2. Lampu Gantung Unik – Membuat Ruangan Seperti di Hutan Kredit Gambar:  Hilden and Diaz 3. Kolam Renang Diluar dan Didalam Ruangan Kredit gambar: unknown 4. Meja Ayunan Kredit gambar: psfk.com 5. Pasir Pantai di bawah Meja Komputer Kredit gambar: Justin Kemp 6. Tangga Dengan Perosotan Kredit gambar: unknown 7. Lantai Kaca Dengan Poros Terbuka di bawah Kamar Mandi Kredit gambar: Hernandez Silva Arquitectos 8. Tempat Tidur Gantung Kredit gambar: Le Beanock 9. Tempat Penyimpanan Dibawah Tangga Kredit...

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.