Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Nak sertai Sekolah Hogwarts?

Anda peminat fanatik Harry Potter? Jika ya, mungkin anda akan cemburu dengan apa yang akan dipaparkan ini. College of Wizardry merupakan acara tahunan yang diadakan untuk mengumpulkan peminat Harry Potter dari 11 negara. Ia menjadi satu konvesyen di mana semua tentang Harry Potter diadaptasi ke alam realiti - termasuklah magik! Acara ini berlangsung di sebuah perkampungan di Poland, di mana sebuah bangunan yang dikesan mempunyai persamaan dengan Hogwarts dipilih sebagai lokasi. 200 peserta akan memainkan peranan masing-masing; guru magik, profesor dan pelajar. Tiada skrip dibekalkan,...

Aplikasi dan gadget unik untuk iPad anda

Pengeluaran aplikasi telah naik dengan mendadak dalam lima tahun lepas dengan kemunculan tablet dan telefon pintar. Lebih daripada hanya membina aplikasi, pengeluar dan pereka telah menceburi wilayah baru, mencipta aksesori dan alat. Di sini kami mengkaji semula empat aplikasi dan alat yang menarik untuk iPad anda.iCadeManakala pada masa lalu kami mungkin telah memilih untuk pergi ke arked, aplikasi iPad baru iCade kini membenarkan anda bermain permainan Atari lama dari rumah anda. iCade, yang diperbuat daripada sebuah bingkai kayu, direka seperti konsol arked. Dengan menggelongsori iPad...

Jalan ditutup kerana ketam melintas

AUSTRALIA, (MLP) - Lebih 120 juta ketam yang mendiami Pulau Christmas akan memenuhi jalan raya pada setiap tahun antara bulan Oktober dan November. Ini adalah kerana waktu tersebut adalah tempoh musim mengawan bagi ketam-ketam di Pulau Christmas jadi ia berhijrah dari pulau ke laut untuk bertelur. Oleh kerana kehadiran ketam yang banyak pada tempoh penghijrahan tersebut, pihak berkuasa terpaksa mengarahkan jalan raya di pulau tersebut ditutup agar ketam-ketam tersebut tidak dilanggar kenderaan ketika ‘melintas’. Kebiasaannya, ketam merah mengambil masa 4 minggu untuk bertelur, sebelum pulang...

Pemilik darah jenis ‘emas’

Apabila berbicara mengenai darah manusia, rata-rata orang ramai hanya mengetahui jenis darah A, AB, B, dan O. Namun kumpulan darah besar tersebut sebenarnya mempunyai jutaan kepelbagaian mikro yang berbeza. Ini adalah kerana permukaan atasan sel darah diselaputi dengan antigen istimewa. Sebanyak 342 antigen kini dikenalpasti. Pemilikkan beberapa jenis tertentu menentukan jenis darah penuh anda. Pada tahun 1961, saintis terkesima apabila menemui sejenis darah baharu yang dipanggil Rh-null. Nama tersebut diberi ekkoran kelangsungan jenis darah terbabit yang kekurangan 51 antigen di dalam sistem...

Ikan jerung sempat ‘photobomb’ gambar

NEW SOUTH WALES, (MLP) - Seorang penonton di New South Wales, Steph Bellamy sedang mengambil anak-anaknya menyediakan diri untuk pertandingan meluncur di sini. Tetapi, apa yang  luar biasa adalah dengan tiba-tiba seekor ikan jerung telah melompat keluar daripada air dan ‘photobomb’ gambar tersebut.  Bellamy berkata "Jerung itu telah melompat dua kali dan saya sempat mengambil gambar pada lompatan yang kedua. Saya dapat mendengar orang ramai bertanya, 'Apakah itu?' Selepas ‘zoom’ gambar tersebut, baru saya perasaan yang ia seekor jerung’’.  Kemunculan jerung...

Jual kentut di eBay

Laman web ebay merupakan antara laman web jual beli paling popular di dunia. Boleh dikatakan apa sahaja yang anda perlukan, boleh ditemui di laman web ini. Tetapi jangan terkejut kalau ada yang menggunakan laman web ini untuk membuat kerja gila. Seorang wanita dengan nama akaun kbug1978, menjual kentutnya di dalam balang kaca yang tertutup rapi di eBay. Kedengaran seperti satu lawak jenaka? Tetapi percayalah, 'barang' ini memang betul-betul dijual. "Ini adalah kentut yang amat segar yang disimpan dalam sebuah bekas dengan bau menawan.Saya yakin kentut ini cukup murni dan tidak tercemar oleh...

Taman Permainan menyebabkan kematian lelaki dewasa

NEW YORK, (MLP) – Seorang lelaki maut kerana dihentam tayar dari permainan buaian di sebuah taman rekreasi kanak-kanak, awal minggu lalu. Aleim Perkins membawa anak buahnya, Leela yang berusia enam tahun untuk bermain buaian di Taman Permainan Tompkins. Lelaki berusia 39 tahun itu dilaporkan menghayun buaian secara kuat sebelum tayar yang dipasang rantai itu menghentam mukanya dan menyebabkan kecederaan dalaman. Saksi di tempat kejadian mengatakan bahawa Aleim terus rebah selepas terkena hentaman kuat tersebut. Mulutnya dipenuhi darah dan dia terus tidak sedarkan diri. Beberapa ibu bapa...

tali skipping pun gajet juga?

Kelebihan dan kegunaan tali skipping Isu gadget pada kali ini akan membincangkan berkenaan topik tali skipping. Apakah tali skipping ini? Adakah ia hanya sesuai untuk kanak-kanak untuk bermain? Apakah kelebihannya jika kita orang dewasa ini menggunakannya? Kali ini kita akan membincangkan berkenaan dengan kelebihan dan kegunaan tali skipping dalam membantu meningkatkan prestasi kecergasan dan membantu membakar kalori yang berlebihan. Tali skipping adalah tali yang panjang yang biasa digunakan oleh kanak-kanak untuk melompat dan sebagainya. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan dengan menggunakan...

Apabila suami bantu kerja rumah

Secara harfiahnya, mempunyai pasangan seharusnya memudahkan urusan seharian. Sang suami sentiasa berada di sisi ketika sakit ataupun sihat. Namun tidak semua jejaka sempurna yang menyarungkan cincin ke jari anda. Ada pula kes tatkala isteri memerlukan bantuan, si suami berusaha melakukan yang terbaik untuk meringankan beban. Akhirnya, lebih baik mereka hanya membiarkan sang hawa melakukan semua kerja-kerja rumah kerana kebanyakan pria memang gagal apabila berbicara mengenai kerja-kerja rumah! Apabila disuruh membawa pulang raspberi dan beri biru Tatkala menyuruh untuk membeli enam biji...

Rumah di planet Marikh?

Meskipun tiada ura-ura mengenai perpindahan manusia ke planet lain, Jabatan Penerbangan Nasional dan Pentadbiran Angkasa (NASA) telah memulakan misi membina rumah prototaip di planet Marikh. Jika diamati pada rangka pelan, penempatan tersebut berbentuk kubah dan boleh didiami beberapa orang. Rumah berkenaan turut dilengkapi enam bilik tidur, bilik air, dapur, ruang tamu dan ruang bekerja. NASA sebenarnya telah mula membina rumah prototaip itu di Hawaii sejak beberapa tahun lalu malah mula diduduki ahli krew sebagai percubaan. Para saintis mahu mengadaptasi keadaan di planet merah itu dengan...

Kurus itu sihat. Betul ke?

Tidak semestinya kurus itu sihat. “Kurus tidak bermakna secara automatik anda tidak gemuk,” kata Dr Jimmy Bell, Profesor Imbasan Molecular di Kolej Imperial, London. Sejak 1994, Bell dan rakan setugasnya mengimbas lebih 800 orang bagi menghasilkan “peta gemuk” bagi mencari di mana lemak tersimpan. Menurut data yang diperolehi Bell, mereka yang mengekalkan diet, memiliki lebih banyak lemak walaupun pada mata kasar mereka kelihatan kurus. Senario ini lebih bahaya kerana orang kurus selalu berasa mereka sihat kerana tidak gemuk. Saintis percaya, tubuh menyembunyikan lemak pada bahagian dalam dahulu sebelum lemak muncul pada bahagian...

Terapi anak kucing untuk kawal stress

Rasa tertekan? Cubalah terapi anak kucing. Sebuah video yang disiarkan di YouTube minggu lalu menunjukkan betapa berkesan terapi kucing dalam mengawal tekanan anda. Klip tiga minit yang dicipta oleh Soul Pancake dan Purina Tidy Cats bermula dengan perbincangan orang awam mengenai perkara yang meletakkan mereka di bawah tekanan mental atau emosi. Selepas meluahkan perasaan, mereka masuk ke sebuah "bilik terapi" lut sinar dan kemudian diarahkan untuk berehat, menutup mata dan mendengar bunyi kucing mengiau. Selepas beberapa saat, mereka membuka mata dan terkejut dengan kehadiran anak kucing yang comel! Dengan...

Petrol & Diesel dijangka turun 10 sen mulai 1 Januari 2015

KUALA LUMPUR, (MLP) - Presiden Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman tidak menolak kebarangkalian harga minyak RON95, RON97 dan diesel dijangka turun 10 sen bermula 1 Januari 2015. Beliau berkata demikian ekoran rentetan penurunan harga minyak mentah dunia yang menyusut sejak kebelakangan ini. "Ini hanya bayangan harga kerana kadar sebenar hanya akan ditetapkan kerajaan dalam masa terdekat. Rakyat perlu tahu terdapat kos lain yang tidak termasuk di dalam pengiraan harga minyak seperti pengangkutan dan sebagainya," ujar Hashim. Buat pertama kali sejak tahun 2009, harga...

Diet cara gladiator roman

Tentunya ramai yang beranggapan seorang prajurit zaman roman sebagai lelaki pemakan daging tegar serta pengemar kentang bukan? Nyahkan andaian itu dengan kadar segera. Ahli antropologi telah menemui dan mengkaji struktur tulang para pejuang gladiator dari makam kota kuno yang pernah menjadi ibukota wilayah Romawi di Asia. Hasil kajian mendapati semasa hayatnya, gladiator roman mengamalkan diet berasakan kacang dan bijirin. Pelik bukan? Biasanya orang awam mengandaikan lelaki perkasa gemar menikmati hidangan berunsur daging haiwan dan karbohidrat. Tidak terhenti setakat itu, pahlawan-pahlawan...

Fakta mengenai Home Alone yang anda tidak tahu

Setiap kali menjelangnya hujung tahun dan perayaan Hari Natal kunjung tiba pastinya ramai yang mula menyelongkar dan menonton semula filem Krismas kegemaran. Tentunya filem Home Alone menjadi pilihan ramai ekoran keletah serta aksi lucu Kevin McCallister (lakonan Macaulay Culkin) menentang dua penjahat iaitu Harry (Joe Pesci) dan Marv (Daniel Stern) yang cuba untuk merompak rumahnya. Kini hampir 24 tahun filem arahan Chris Columbus ini menemui layar perak. Home Alone kini menjadi sebuah fancais filem apabila disusuli oleh empat buah filem sekuel. Ayuh ketahui 9 fakta yang anda tidak...

Remaja miliki aset peribadi 72 juta hasil usaha sendiri

AMERIKA SYARIKAT, (MLP) - Percayakah anda seorang remaja yang bukan berasal dari keluarga yang kaya, sudah memiliki aset bernilai 72 juta ketika usianya baru mencecah 17 tahun? Mohammed Islam, seorang pelajar yang menetap di Queens, New York, mula berkecimpung dalam pelaburan saham ketika dia berusia 9 tahun. Dia bermain saham berupa dagangan minyak dan emas yang bermula pada modal yang kecil. Mohammed Islam turut memberitahu sebuah majalah, dia menggunakan masa rehatnya untuk bermain saham berkenaan. Kredit gambar: facebook   Sumber  ...

Perniagaan online di Facebook dan Instagram menyalahi undang-undang Malaysia

PUTRAJAYA, (MLP) - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mengisytiharkan perniagaan secara online menerusi laman sosial Facebook atau Instagram adalah menyalahi undang-undang kecuali mendaftar terlebih dahulu dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Timbalan Menterinya Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, peniaga dalam talian perlu mendaftar sebagai langkah-langkah keselamatan buat para pengguna bagi mengelakkan sebarang penipuan atau eksploitasi berlaku. Menurut Ahmad Bashah, terdapat beberapa syarat yang harus dipatuhi berdasarkan Peraturan...

Pesawat terpaksa mendarat kerana kegeloraan yang teruk

TOKYO, (MLP) - Pesawat American Airlines 280 terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Narita, Jepun selepas 14 penumpang dilaporkan cedera. Ia dalam perjalanan dari Seoul ke Dallas dan telah berdepan dengan kegeloraan yang teruk di atas Lautan Pasifik.  Satu video yang dimuatkan di Youtube menunjukkan situasi di dalam pesawat ketika kegeloraan itu berlaku. Pesawat kelihatan melantun untuk beberapa minit dan penumpang dilihat menjerit dan menangis kerana ketakutan.   Beberapa bagasi, dulang makanan dan pinggan juga telah melantun dan mencederakan penumpang di dalam pesawat...

72% pengguna internet Malaysia berusia 7 hingga 35 tahun

KUALA LUMPUR, (MLP) – Statistik terkini yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menunjukkan seramai 18.6 juta orang merupakan pengguna Internet aktif di Malaysia. Kajian terperinci SKMM mendapati sebahagian besar atau lebih spesifik, 72 peratus dari golongan tersebut berusia di antara tujuh hingga 35 tahun. SKMM turut melaporkan bahawa berdasarkan kajian dilakukan terhadap 1,000 pelajar institusi pengajian tinggi, 600 daripada mereka menghabiskan banyak masa di laman sosial dan ketagihan itu boleh menjejaskan kesihatan malah berisiko berdepan ancaman...

Reka bentuk tren LRT 2015

KUALA LUMPUR, (MLP) - 50 tren enam gerabak kenderaan rel ringan (LRV) berharga RM990 juta sedang diperoleh daripada pengeluar tren China CSR Zuzhou Electric Locomotive Co Ltd (CSR ZELC). Dijangka akan mula beroperasi sekitar Oktober tahun hadapan, tren baharu itu akan dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat, termasuk televisyen litar tertutup, tingkap kecemasan, kipas pengudaraan kecemasan, peranti pengesanan asap dan kebakaran dan sistem pemantauan automatik operasi tren. Selain itu, tren berkenaan turut dilengkapi paparan destinasi interaktif dalam tren, tempat duduk...

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.