Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Komik manga Jepun mengenai kehidupan Islam

Satu siri manga yang memaparkan kehidupan Islam bakal diterbitkan di Jepun. Keluaran terbaharu produksi East Press itu adalah sebahagian daripada siri koleksi Manga de Dokuha. Sebelum ini, siri-siri terdahulu Manga de Dokuha diterbitkan adalah dengan tujuan menerangkan kepentingan karya sastera klasik yang sebelum ini tidak diperdulikan para peminat manga. Menurut jurucakap rasmi syarikat penerbitan itu, pengetahuan rakyat negara Jepun mengenai agama Islam sangatlah sedikit dan kadangkala termaktub dalam apa yang disaksi dalam kaca televisyen sahaja. “Apa yang dilihat dalam berita seringkali...

Robert Kuok kekal individu terkaya Malaysia

Meskipun kekayaan kian terjejas akibat penurunan harga minyak dan ringgit, Tan Sri Robert Kuok dan beberapa hartawan perniagaan tempatan mengekalkan kedudukan masing-masing dalam senarai individu terkaya di Malaysia. Berdasarkan senarai kelolaan Forbes, Tan Sri Robert Kuok, 91, yang menjalankan perniagaan termasuk minyak sawit, gula, hartanah dan perhotelan terus mengungguli kedudukan teratas selama 10 tahun berturut-turut. Kekayaan ahli perniagaan itu susut sebanyak AS$200 juta kepada AS$11.3 bilion namun Kuok Group masih menguasai beberapa syarikat yang tersenarai di Hong Kong, Malaysia...

Arab Saudi hukum pancung lelaki hina Al-Quran

RIYADH, (MLP) - Mahkamah Islam Arab Saudi menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang lelaki selepas didapati bersalah menghina agama Islam dan Al-Quran. Memetik laporan akhbar Saudi Gazette pada Selasa lalu, lelaki berusia lingkungan 20-an itu memuat naik videonya mengoyakkan Al-Quran sebelum menghentak kitab suci agama Islam itu menggunakan kasut. Lelaki yang namanya tidak didedahkan itu dikatakan turut menyebarkan video tersebut di laman sosial. “Tertuduh didapati bersalah dan akan dikenakan hukuman pancung,” lapor akhbar berkenaan. Arab Saudi mengamalkan ajaran Islam Sunni Wahabi yang...

9 fakta mengenai SpongeBob SquarePants anda mungkin tidak tahu

Filem live-action SpongeBob SquarePants bakal menemui layar perak sekitar Mac. Pastinya ramai peminat-peminat setia siri kartun yang disiarkan di saluran Nickelodeon itu akan berpusu-pusu menyerbu pawagam tidak lama lagi. Bersangkutan dengan tayangan filem The Spongebob Movie: Sponge Out Of Water pada minggu hadapan, mari imbas beberapa fakta menarik mengenai dunia SpongeBob yang mungkin tidak diketahui oleh para peminat tegarnya sendiri. 1 - Pencipta SpongeBob Siri televisyen dan karekter SpongeBob dicipta oleh Stephen Hillenburg. Tahukah anda bahawa Stephen merupakan bekas ahli biologi...

Lelaki diceraikan kerana dimanjakan ibu

JEDDAH, (MLP) - Seorang wanita yang berumur 21 tahun di sini telah memfailkan perceraian di mahkamah daripada suaminya hanya beberapa hari selepas mereka berkahwin. Ia difahamkan bahawa alasannya adalah kerana dia telah mendapat tahu bahawa suaminya seorang yang dimanjakan oleh ibunya. Wanita tersebut tetap berkeras dan telah memberitahu hakim bahawa dia tetap tidak akan pulang kepada suaminya. Menurut surat khabar Sada di Saudi Arabia, wanita itu juga tambah berkata bahawa suaminya tidak mempunyai pegangan hidup di depan keluarganya. Akhirnya, hakim tidak mempunyai pilihan tetapi...

Wanita didakwa kerana mengambil gambar lelaki yang sedang mati

VOLVOGRAD, (MLP) - Seorang wanita yang berumur 27 tahun, Xenos Prokhorova telah mengambil gambar seorang lelaki yang sedang diserang sakit jantung dan telah memuat naiknya ke laman Facebook  tanpa menolongnya. Xenos dalam perjalanan pulang dari kerja apabila terserempak dengan Vadim Pokrovskii, 22, yang tengah diserang penyakit jantung di bandar Rusia ini. Dia dilaporkan telah mengeluarkan telefon pintar, mengambil beberapa keping gambar dan terus berjalan dari situ. Salah satu rakan Xenos di laman Facebook, Yuri Shcherbakov telah melihat gambar tersebut dan sedar bahawa kejadian...

Lubang benam 'telan' pasangan muda

SEOUL, (MLP) - Keselamatan awam di negara Korea Selatan kini sedang membimbangkan orang ramai selepas sebuah rakaman CCTV yang menunjukkan sebuah pasangan muda 'ditelan' ke dalam lubang benam secara tiba- tiba di lorong pejalan kaki di sini.  Video tersebut yang kini sedang viral di laman media sosial menunjukkan pasangan ini jatuh ke dalam lubang benam di lorong pejalan kaki yang berturap tidak lama selepas mereka turun dari sebuah bas dan orang yang berlalu lalang terkejut apabila kejadian ini berlaku. Kejadian ini difahamkan berlaku pada hari Jumaat, 20 Februari 2015...

'Jemputan istimewa' pengantin perempuan kepada ibu bapa sendiri

Seorang pengguna Reddit telah berkongsi satu posting yang menceritakan kisah seorang pengantin perempuan dan ibu bapanya. Pengantin perempuan berkenaan hanya dikenali sebagai Alyssa dikatakan telah didera oleh ibu bapa kandung selama 16 tahun sebelum melarikan diri dari rumah. Berita mengenai Alyssa yang sudah mempunyai kehidupan sendiri dan bakal melangsungkan perkahwinan sampai ke pengetahuan ibu bapanya. Meskipun tidak mendapat jemputan, ibu bapa Alyssa berusaha menghubungi saudara mara dengan hasrat supaya boleh menumpang jemputan ke perkahwinan anak sendiri. Alyssa yang bakal melangsungkan...

5 Masa Lalu Doraemon Yang Perlu Kamu Tahu

5 Masa Lalu Doraemon Yang Perlu Kamu Tahu - Kamu sudah bersiap nonton Doraemon: Stand by Me? Sebelum nonton film itu kamu harus tahu dulu masa lalu si Doraemon. Ini dia beberapa hal tentang masa lalu Doraemon yang perlu kamu tahu: 1. Satu Dari Sekian Banyak Doraemon merupakan satu dari sekian banyak robot kucing di masa depan. Mereka semua memiliki bentuk dan rupa yang sama lalu dilatih untuk melakukan banyak hal. 2. Memiliki Telinga dan berwarna kuning Doraemon sebelum yang kita tahu sekarang ternyata punya telinga lho. Namanya juga kucing, dia memiliki bentuk telinga segitiga runcing diatas kepalanya. Dan aslinya ternyata...

Suami tetak leher isteri dengan pedang

INDIA, (MLP) – Pertunjukan jalanan yang dipertonton oleh pasangan suami isteri di Chirala Mandal, India bukan calang-calang hebat kerana aksi yang dilakukan melibatkan lelaki menetak leher isteri menggunakan sebilah pedang. Pasangan Bhramharamba dan Balashankar Budati mempersembahkan aksi ngeri itu di khalayak ramai. Pertunjukan dimulakan dengan Balashankar mempamerkan tarian bersama senjata tajam terbabit. Kemudian isterinya, Bhramharamba akan baring di atas tanah sambil meletakkan sebiji buah kelapa di bahagian lehernya. Seusai tarian, Balashankar Budati akan bertindak menetak buah kelapa...

10 filem Bollywood dengan kutipan tertinggi

Meskipun dunia ligat dilanda gelombang hallyu, tempikan sinetron Sepanyol mahupun pengaruh meluas karya Hollywood, arena layar perak Bollywood tidak pernah tewas dibayangi mana-mana pengaruh dunia seni lain. Mana tidaknya, filem-filem yang dihasilkan di Bollywood masih digemari malah mendapat permintaan yang tinggi dari seluruh dunia. Ayuh ketahui 10 filem Bollywood yang berjaya mengutip kutipan tertinggi sepanjang tempoh tayangannya di India dan seluruh dunia. 10 - Yeh Jawaani Hai Deewani Filem romantik komedi ini dibintangi Ranbir Kapoor dan Deepika Padukone sebagai watak utama. Mengaut...

Dipenjarakan kerana mencuri 5 bungkus Nescafe

KUALA LUMPUR, (MLP) - Seorang penggangur yang berusia 38 tahun,  telah dijatuhkan hukuman penjara kerana didapati bersalah mencuri 5 bungkusan kopi Nescafe. Dia ditangkap ketika mencuri 5 bungkus Nescafe Classic yang berjumlah RM132 di sebuah pusat membeli-belah di sini pada jam 9 malam pada 19 Februari 2015.  Dia hadir ke mahkamah tanpa diwakili oleh seorang peguam untuk kes ini. Dia mengaku bersalah untuk tuduhan tersebut dan berkata bahawa dia terpaksa bertindak demikian atas keadaan terdesak terpaksa menyara anaknya yang masih bersekolah. Mahkamah telah mengarahkan hukumannya...

Wanita sembunyikan TV LED di dalam sari!

DELHI, (MLP) - Kes kecurian di kedai pakaian adalah sesuatu yang berlaku dengan kerap tetapi kumpulan pencuri ini amat berbeza.  Modus operandi mereka ini unik di mana para lelaki akan mengalih perhatian pekerja di dalam kedai manakala wanita-wanita pula akan mencuri komputer dan juga television LED dengan menyembunyikannya di dalam sari mereka. Kemudiannya, mereka akan beralih ke kawasan yang lain sebelum berita tentang kecurian mereka tersebar. Pihak polis di sini tergamam dengan wanita-wanita yang mencuri ini kerana mereka masih belum pasti akan cara mereka dapat membawa keluar...

Opah Piah pakar tebar roti canai

Sufiah Mohd Tahir, 74, atau lebih mesra dengan panggil Opah Piah tidak kekok menebar 80 roti canai, setiap hari walaupun pekerjaan itu sinonim dengan golongan lelaki. Kemahiran itu diwarisi daripada arwah suaminya ketika memulakan perniagaan di Ipoh sekitar tahun 90-an. Opah Piah yang merupakan penduduk asal di Kampung Changkat Tin gembira kerana masih diberikan kesihatan yang baik untuk terus bekerja walaupun kebanyakan wanita seusianya sudah tidak berupaya berbuat demikian. Tak boleh duduk diam Opah Piah berkata, selepas sekian lama berniaga di Ipoh, dia dan suaminya ke kampungnya dan memulakan...

Tips cantik bintang Bollywood

Bintang Bollywood dikagumi bukan sahaja kerana bakat, tetapi juga kecantikan mereka. MLP berkongsi beberapa tips kecantikan daripada lima aktres jelita dan ternama. Deepika Padukone Tarikan fizikal: Bentuk badan yang cantik dan tinggi lampai Tips kecantikan: Deepika percaya kecantikan terletak pada kulit yang cantik dan untuk mendapatkan kulit cantik, adalah penting untuk sentiasa relaks dan tenang. Jadi kata Deepika, carilah masa untuk berehat, pergi ke spa dan berurut. Katrina Kaif Tarikan fizikal: Kulit yang berseri dan senyuman yang menawan Tips kecantikan: Katrina merupakan pengguna setia topeng lumpur atau mud mask. Menurut...

Peralatan elektronik membantut tumbesaran kanak-kanak

Kajian yang dijalankan di Universiti Boston mendapati penggunaan peralatan elektronik seperti telefon pintar dan tablet akan membahayakan pertumbuhan emosi sosial kanak-kanak yang berusia muda dari 30 bulan. Cara yang paling baik untuk kanak-kanak sekitar umur satu hingga tiga tahun belajar adalah dengan interaksi di kehidupan sebenar. Menurut jurnal Pediatrics, kanak-kanak perlu belajar rasa empati dan kemahiran penyelesaian masalah dengan bermain dengan kanak-kanak lain. Penggunaan gajet eletronik semasa usia yang tersangat muda boleh mengganggu pemerolehan kemahiran tersebut. “Jika alat-alat...

Sudirman: 10 lagu paling nostalgia

Sempena memperingati 23 tahun pemergian penghibur terhebat tanah air, Allahyarham Dato' Sudirman bin Haji Arshad, MLP menyenaraikan 10 lagu Allahyarham paling digemari segenap lapisan masyarakat. Hujan  Sebuah lagu balada dengan lirik merintih pemergian sang kekasih. Jauh Di Sudut Hati Pernah kehilangan seseorang? Pasti hati tersentuh dengan bait lagu ini. Betapa sedih meratapi kehilangan, namun terselit juga harapan agar dipertemukan suatu hari nanti. Milik Siapakah Gadis Ini Juga sebuah balada, namun kali ini menceritakan kehebatan seorang wanita yang berjaya menambat hati si jejaka. Nilai...

6 'trick' diet yang berkesan!

Banyak yang sering kita dengar tentang cara menurunkan berat badan. Kali ini, MLP berkongsi 6 'trick' yang anda boleh amalkan untuk memastikan perjalanan anda untuk mendapatkan berat badan idaman lebih mudah! 1. Elak rasa lapar Jangan tunggu sampai perut keluarkan bunyi baru nak makan. Makanlah sebelum anda berasa lapar kerana ini akan membuatkan anda makan dalam kuantiti yang sederhana. 2. Guna peraturan warna Pastikan tiga warna ini ada dalam pinggan anda setiap kali makan; merah, oren dan hijau. 3. Minum, minum dan minum Air masak ya. Bukan air manis berperisa, apalagi air bergas....

Polis cuba menculik kerana terlalu comel

JEPUN, (MLP) - Seorang anggota polis berusia 24 tahun ditahan kerana disyaki cuba menculik seorang budak perempuan berusia 10 tahun. Menurut Polis , Nobuhiro Akiyama didakwa kerana melarikan kanak-kanak itu pada jam 4 petang pada 15 Januari lalu. Jurucakap polis berkata, Akiyama memujuk mangsa nenaiki keretanya dengan menggunakan maklumat sulit mengenai keluarga kanak-kanak tersebut.  “Dia memberitahu kanak – kanak itu bahawa bapanya berada di hospital kerana terbabit dalam satu kemalangan jalan raya,” katanya. Bagaimanapun, kanak-kanak terbabit bernasib baik kerana terus...

Menara kediaman Tertinggi di Dunia terbakar

DUBAI, (MLP) - Salah satu dari menara kediaman tertinggi di dunia, Marina Torch terbakar, awal pagi tadi. Menara setinggi 336.1 meter itu dilaporkan terbakar  pada kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan. Menurut laporan BBC, terdapat dua kebakaran berlaku di menara tersebut dan punca kejadian masih belum dapat dikenal pasti. Difahamkan, kebakaran itu bermula di tingkat ke-50 dan merebak ke tingkat ke-70.  Penduduk telah dipindahkan ke menara bersebelahan dan tiada kematian dilaporkan setakat ini.  Sementara itu, kebakaran berjaya dikawal serta beratus-ratus penduduk...

5 Peraturan Aneh di Dunia

5 Peraturan Aneh di Dunia Saat Wisata - Di negara-negara 4 musim, musim panas adalah saatnya berlibur. Tempat-tempat wisata menjadi lebih ramai dari biasanya. Untuk menjaga kelestarian dan ketertiban, terkadang terciptalah peraturan aneh dari pemerintah setempat. Berikut ini bisa kita lihat 5 peraturan unik di dunia dikutip dari detik. Bila Anda berniat mengunjungi tempat-tempat ini sebaiknya perhatikan betul agar tak kena denda. 1. Portugal - Dilarang pipis di laut Peraturan ini terbilang konyol dan unik. Pemerintah melarang orang buang air kecil di perairan laut Portugal. Jika ada wisatawan yang ketahuan melakukannya,...

4 Filem Terbaik Bruce Lee

Siapa yang tidak kenal dengan mendiang Bruce Lee, aktor bela diri asal Hong Kong yang mampu menggebrak Hollywood melalui kemampuan bela diri Jeet Kun do yang memukau. Sepanjang karirnya, Bruce Lee tercatat sudah menghasilkan sejumlah film laga yang hampir kesemuanya laris manis di pasaran. Puncak karirnya pun lantas menjadi kejutan bagi banyak orang akibat kematiannya yang tergolong mendadak. Ya, pada 20 Juli 1973 silam, Bruce Lee ditemukan sudah tidak bernyawa. Hasil autopsi menyebutkan dirinya terkena endema otak yang terjadi akibat reaksi aneh dalam tubuhnya setelah mengonsumsi obat pereda rasa sakit Equagesic. Namun demikian, meskipun...

10 Kemalangan Jalanraya Tertinggi Mengikut Negara

SENARAI 10: Kemalangan Jalanraya Tertinggi Mengikut Negara Akhir ini alasan kenapa kemalangan jalan raya di Malaysia semakin meningkat oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) semakin hangat dibicarakan di pelbagai media. Ada yang setuju dan tak kurang pula yang membantah. (Maklumlah, orang kita suka melawan). Tapi tahukah anda bahawa kadar kemalangan jalan raya di Malaysia memang sangat TERUK sekarang? Untuk lebih memahami, di bawah ini telah disenarikan 10 kadar kematian tertinggi pengguna jalan raya bagi setiap 100,000 orang penduduk di negara ASIA. (Penduduk Malaysia dianggarkan 27 Juta orang)     ...

5 Bintang Bollywood Jaman Dulu Paling Terkenal

5 Bintang Bollywood Jaman Dulu Paling Terkenal - Kalau kita bicara tentang bintang filem Bollywood, pasti yang di ingat bintang-bintang seperti shah rukh khan, Katrina kaif dll. jujur saya tidak terlalu mengikuti filem bollywood yang sekarang, tapi dulu masa masih kecil akhir 90an, semasa ledakan filem bollywood dan hampir semua TV Swasta waktu itu banyak menayangkan filem india. Berikut adalah 5 Bintang Bollywood Zaman Dulu Paling Terkenal : 1. Amitabh Bachchan Ini adalah Bintang Bollywood zaman dulu paling terkenal sepanjang masa, sepanjang kariernya dia membintangi hampir 140 filem bahkan sampai sekarang, badan yang tinggi dan wajah...

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.