SEOUL, (MLP) - Keselamatan awam
di negara Korea Selatan kini sedang membimbangkan orang ramai selepas
sebuah rakaman CCTV yang menunjukkan sebuah pasangan muda 'ditelan' ke
dalam lubang benam secara tiba- tiba di lorong pejalan kaki di sini.
Video
tersebut yang kini sedang viral di laman media sosial menunjukkan
pasangan ini jatuh ke dalam lubang benam di lorong pejalan kaki
yang berturap tidak lama selepas mereka turun dari sebuah bas dan orang
yang berlalu lalang terkejut apabila kejadian ini berlaku.
Kejadian ini difahamkan berlaku pada hari Jumaat, 20 Februari 2015 pada hari yang ketiga Tahun Baru Cina.
Ahli
bomba telah bergegas ke tempat kejadian dan berjaya menyelamatkan mangsa
- mangsa yang jatuh ke dalam lubang benam yang panjangnya berukuran 10
kaki. Tiada kecederaan yang serius yang dilaporkan dan mereka telah
menerima rawatan di hospital yang berdekatan.
Kerajaan
Korea Selatan telah mengarahkan satu kajian selidik yang segera di
seluruh negara untuk semua tapak pembinaan dan kawasan berdekatan supaya
kejadian seperti ini dapat dielakkan pada masa akan datang.
Comments :
0 comments to “ Lubang benam 'telan' pasangan muda ”
Post a Comment