Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

10 Air Terjun Tertinggi Di Dunia

1. Angel Falls , Canaima National Park, Venezuela ( 979 Meter )
Angel falls atau Santo Angel adalah air terjun tertinggi di dunia dengan ketinggian 979 meter bersamaan 3.212 kaki. Air terjun Ini terletak di Rio Caroni , Taman Nasional Canaima , Venezuela .
Air terjun ini pertama kali dilihat di awal abad ke-20 oleh seorang penjelajah bernama Ernesto de Santa Cruz. Air terjun ini tidak dikenali di dunia sehinggalah secara rasmi ditemui oleh penerbang Amerka , Jamse Crawford Angel yang sedang terbang mencari lokasi  lombong emas.
2. Tugela Falls , Natal National Park, South Africa ( 948 Meter )


Tugela Falls adalah air terjun kedua tertinggi di dunia , walaupun ada perdebatan bahawa ia adalah mungkin air terjun tertinggi dunia dan bukan Angel Falls . Air terjun ini terletak di Drakensberg (Dragons Mountains) di Natal National park, Republik Afrika Selatan . 
3. Tres Hermanas, Cataratas las, Ayacucho, Peru ( 914 Meter )

Juga Di kenali sebagai Three Sisters Falls. Air terjun ini tidak mempunyai saliran utama yang besar , tetapi tidak dinafikan ia air terjun yang jatuh adalah tinggi . profil ketinggian Google Earth menyokong anggaran ketinggia sebagai 914 meter . 
4. Olo'upena Falls , Molokai, Hawaii, US ( 900 Meter )

Oloupena Falls adalah air terjun yang terletak di bahagian utara timur pulau Hawaii. Dan Secara tidak rasmi dinamakan air terjun tertinggi keempat di dunia . Mengikut website worldwaterfalldatabse , Air terjun ini bukanlah air terjun berkelas dunia , tetapi air yang jatuh dikira antara tertinggi dunia . 
5. Catarata Yumbilla Falls Amazonas, Peru ( 896 Meter )


Yumbilla Falls terletak di Per Cuispes, Wilayah Amazon , adalah air terjun kelima tertinggi di dunia , dan dikenali antarabangsa hanya dalam tahun 2007 . Berketinggian 895 Meter. Ketinggian telah di ukur oleh Geographic peru dengan menggunakan peralatan laser. 

6. Vinnufossen Falls, More og Romsdal, Norway ( 860 Meter )



Vinnufossen adalah air terjun tertinggi di Eropah dan yang keenam tertinggi di dunia.  Air terjun ini terletak di timur perbandaran Sunndalsora di daerah Romsdal , Norway.

7. Puukaoku Falls, Hawaii, US ( 840 Meter )



Puukaoku Falls adalah air terjun ke tujuh tertinggi di dunia. air terjun ini berada di Molokai, sebuah pulau di Hawaii dengan ketinggian 840 meter .

8. James Bruce Falls Princess Louisa Marine Provincial Park, British Columbia, Canada ( 840 Meter )



James Bruce Falls adalah air terjun tertinggi di benua Amerika Utara dan Kesembilan tertinggi di dunia. Terletak di Princess Louisa . Air terjun berterusan sepanjang tahun dan biasanya kering menjelang julai .

9. Browne Falls, Fiordland National Park, New Zealand ( 836 Meter )


Browne Falls, Air terjun yang terletak di Taman Negara FIordland, New Zealand. Di dalam hutan hujan yang sederhana . Berketinggian 836 Meter dan adalah air terjun ke sembilan tertinggi di Dunia .

10. Kjerrskredfossen Falls, Nærøyfjorden, Norway ( 830 Meter )


Kjerrskredfossen Falls , kebanyakan aliran adalah jumlah yang sangat rendah dan tidak mengalir secara konsisten. Terletak di barat daya bandar Gudvangen. Berketinggian 830 Meter. Air terjun ini adalah air terjun ke 10 tertinggi di dunia .


Sumber : Wikipedia , Mapsofworld , WaterfallsDatabase , http://killjols.blogspot.com
 

Comments :

0 comments to “10 Air Terjun Tertinggi Di Dunia”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.