Ingin menjadi permaisuri hati impian para jejaka? Segala
percakapan, pemakaian dan perlakuan si gadis penting bagi menyempurnakan
ideologi untuk bergelar pasangan terbaik.
Tidak pasti bagaimana caranya? Ayuh teliti 6 sikap perempuan yang cukup disenangi arjuna.
Keluhuran Hati
Biasanya lelaki akan terpikat pada gadis yang bersikat lembut, mengambil berat serta penuh kasih sayang.
Wajah yang ayu mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika stres, cemas dan gelisah malah senang hati ketika mahu bermanja.
Penuh Pengertian
Sikap pengertian membuatkan lelaki berasa diterima seadanya. Sikap ini terpalit daripada perasaan mudah dan memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan lain-lain.
Jika lelaki membuat silap, gadis berpengertian tidak terus melempar tuduhan tetapi cuba memahami bait permasalahan.
Menghargai
Berbeza dengan perempuan yang suka diperlaku dengan lembut, lelaki suka dihargai.
Saat dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan, penghargaan tersebut membuatkan mereka berasa bangga dan disayangi.
Menjaga Penampilan
Sudah menjadi lumrah setiap gadis menjaga penampilan agar senantiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Tatarias yang baik mencerminkan keperibadian perempuan yang menghargai dirinya.
Jika ditakdirkan suatu hari nanti pasangan tersebut menjadi teman hidup, tidakkah si pria mahukan seorang yang boleh menjaga diri serta temannya juga?
Pandai Berbicara
Gadis yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual merupakan ciri-ciri yang membuatkan lelaki tertarik!
Jika gadis itu seorang yang pandai berseloroh waima boleh menerima jenaka dengan baik, tentunya dia melengkapkan ciri impian kaum adam.
Tahu Menyesuaikan Diri
Sang hawa dengan ciri-ciri ini memperoleh lebih nilai di mata lelaki.
Mengapa? Ini kerana mereka ini tahu peranan tatkala berdepan dengan insan yang lebih tua dan berperangai mengikut suasana. Selain itu mereka mudah diajak ke mana sahaja serta tidak kekok berada di bandar atau kampung.
Apa yang kurang, kita baiki.
Kredit gambar: thoughtcatalog, tumblr, gifbin, fallingfromvertigo

Sumber : http://news.mylaunchpad.com.my/blog/
Comments :
0 comments to “ 6 sikap gadis yang digemari jejaka”
Post a Comment