Selebriti-selebriti dari negara Korea memang terkenal untuk kulit muka yang cantik. Apakah rahsia mereka?
Bacalah di sini untuk mengetahui rahsia-rahsia cantik daripada beberapa bintang terkenal di Korea!
Go Hyun Jung
Pada tahun 2011, Go telah menerbitkan sebuah buku tentang rahsia penjagaan kulit yang laris dijual dalam hanya 2 hari! Antara
rahsia kecantikannya adalah untuk elak daripada makan makanan pedas dan
masin untuk mengekalkan kulit yang cerah. Dia juga adalah peminat
ikhlas teh grapefruit yang membantu dalam mengekalkan kulit yang cantik dan berseri.
Walaupun berusia 33 tahun, Song
kelihatan seperti remaja kerana pandai menjaga dirinya. Dia mengelak
daripada memakan coklat, teh hitam dan makanan ringan dan sebaliknya
banyak memakan buah, sayur-sayuran dan sekali-sekala, telur.
Setiap 2 minggu, dia akan meletakkan mask dengan
telur putih dan madu di atas kulit muka untuk memutihkannya. Madu
sebenarnya dapat mengurangkan garis-garis halus. Dia juga membasuh
mukanya dengan susu.
Song Joong Ki
Song berkata bahawa rahsia kecantikannya adalah dengan memakan sebiji epal dan minum yogurt setiap hari. Seorang yang gemar bersenam, Song percaya bahawa senaman memainkan peranan penting dalam kecantikan dan kecergasan badan dan rohani.
Yoon Mi Rae
Yoon adalah seorang yang rajin menggunakan minyak kelapa untuk kecantikkannya! Minyak kelapa mempunyai banyak faedah dan mengandungi pelbagai vitamin dan mineral!
Goo Hara
Penyanyi berbakat ini akan mencadang anda untuk meminum pelbagai
jenis jus untuk kulit yang cantik. Antara jus kegemarannya mengandungi
pisang dan badam.
Goo Hara mempercayai bahawa jus buah yang segar mempunyai khasiat yang dapat membantu meningkatkan metabolisme anda.
Kredit Foto: couch-kimchi,drama news network, k drama stars, soompi, Kpopstar, Kpop Wallpaper
Sumber : http://news.mylaunchpad.com.my/lifestyle-entertainment/article/articleid/645856/rahsia-kulit-cantik-5-selebriti-korea
Comments :
0 comments to “ Rahsia kulit cantik 5 selebriti Korea”
Post a Comment